Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja nak tiba bulan Ramadan tahun 2024 kan? Rasa macam baru je beberapa bulan yang lepas bulan Syawal berlalu. Tahun ini banyak persiapan kena buat sebab lagi-lagi untuk ibubapa yang ada anak sebab persiapan naik sekolah dan persiapan raya lebih kurang dekat. Untuk tak nak kalut, aku nak buat persiapan awal raya supaya senang nak atur masa. Kalau boleh bulan Ramadan puasa nanti nak fokus untuk melakukan ibadah sahaja.

Selalunya aku akan sediakan persiapan raya macam shopping baju raya, kemas rumah, masak punjungan untuk jiran dan sedara terdekat, buat kuih raya, beli barang belanja untuk masak raya semuanya dalam tempoh bulan puasa. Tapi bila fikir balik, aku tak nak penat macam tahun yang lepas, so aku kena atur waktu untuk buat persiapan raya supaya ianya berjalan lancar. Lagipun tahun ini aku ada benda nak fokus juga selain persiapan raya jadi tak naklah pening kepala nanti.

Perkara pertama yang aku nak buat untuk beberapa persiapan raya kali ini adalah aku nak shopping beli barangan keperluan dahulu supaya bulan puasa nanti aku tak terlalu kerap keluar cari barang raya seperti baju raya, kasut raya, barang-barang nak buat kuih raya, barang-barang nak mengemas rumah dan juga skincare raya. Bayangkanlah, bila nak tiba hari raya nanti banyak benda nak buat tau. Nak mengemas rumah, buat kuih raya. Bila tiba hari raya pula, nak masak raya, nak ziarah menziarahi sanak-saudara lagi, tak cukup sehari nak ziarah mesti sampai berminggu-minggu, belum masuk  jemputan rumah terbuka. Hehehe~

Oh ya, bercerita mengenai persiapan sebelum raya ni, jangan lupa dengan skincare raya, kalau skip memang teruklah muka weii. Kenapa aku tekankan dengan skincare raya? Muka juga memerlukan penjagaan skincare yang baik supaya kulit lebih sihat dan bersih. Terutamanya apabila kulit terdedah dengan sinaran matahari dan makeup harian.

Setelah penat berjalan seharian mencari barang, mestilah kulit rasa tidak selesa, kadang akan buat kulit jadi berminyak dan kotor. Kulit muka minyak berlebihan ini merupakan faktor utama pertumbuhan jerawat. Takkan raya nanti nak biarkan kulit muka jadi teruk? Kebetulan pula, aku tertarik dengan satu pencuci muka yang aku pernah lihat so aku pun mencubanya dan ternyata ianya sangat menarik untuk dicuba. Pencuci muka yang aku guna kali ini adalah ALOE AC Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature.

ALOE AC Clean Bubble Cleanser - Pencuci Muka Terbaik Hansaegee Nature


ALOE AC Clean Bubble Cleanser ini merupakan pencuci muka cecair dalam bentuk buih yang sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit muka yang berminyak dan sensitif. Ianya berfungsi untuk membersihkan pori-pori kulit secara mendalam, menanggalkan sebum (minyak) yang berlebihan pada muka, menenangkan kulit yang berjerawat serta membaiki kulit yang rosak dan memberi kelembapan dan kelembutan pada muka.


BAHAN-BAHAN UTAMA :

Pencuci muka ALOE AC Clean Bubble ini mempunyai dua bahan utama yang baik untuk kesihatan kulit iaitu Aloe Barbadensis Leaf dan Tea Trea Leaf Oil.

  • Aloe Barbadensis Leaf : Melembapkan dan membersihkan kulit, melegakan sunburn, merawat jerawat, anti-keradangan serta mengurangkan tanda bintik gelap
  • Tea Tree Leaf Oil : Melicinkan kulit, anti fungus, merawat jerawat, membersihkan kulit serta mengurangkan jangkitan
Yang penting, pencuci muka aloe vera ini tidak mengandungi bahan-bahan yang merbahaya dan selamat digunakan kerana ianya Paraben-Free, Sulfate-Free, dan Alcohol-Free.




BERTESKTUR CECAIR BUIH LEMBUT

Didatangkan dengan reka bentuk botol pump dan bertekstur ringan dan lembut, apabila dipicit akan mengeluarkan cecair seperti buih-buih lembut. Buih yang kaya dan lembap yang terhasil dari ALOE AC Clean Bubble Cleanser bantu menghilangkan sebum (minyak) berlebihan, sisa mekap dan kekotoran pada muka jauh ke dalam liang, menggalakkan kulit kelihatan lebih bersih.


Ini baru pergi shopping barang raya sebelum raya, kulit muka dah mudah berminyak. Takkan raya nanti tak nak jaga muka kan? Jadi, memang pencuci muka ini diperlukan sebagai skincare untuk kulit berminyak supaya di hari raya dapat kita jaga kulit dengan lebih baik dan bersih. 


Dihari raya nanti banyak benda hendak dibuat dari ziarah menziarahi, masak untuk tetamu yang hadir dan macam-macam lagi. Bila dah ada ALOE AC Clean Bubble Cleanser barulah rasa yakin bersihkan muka kerana pencuci muka ini mudah menanggalkan kotoran, sel kulit mati dan sisa mekap pada kulit dengan berkesan, menjadikan kulit kelihatan bersih dan cerah.



CARA MENGGUNAKAN ALOE AC CLEAN BUBBLE CLEANSER

Cara penggunaan pencuci muka ini sangat mudah seperti pencuci muka biasa cuma berbeza tekstur sahaja iaitu  :

  1. Picitkan jumlah buih-buih yang betul pada tangan yang basah.
  2. Urut pada muka perlahan-lahan dengan buih tersebut semasa membuat gerakan membulat sehingga keluar semua sisa kotoran pada muka.
  3. Cuci muka dengan air suam/bersih.


Aku rasa terkejut kerana kulit aku tidak terasa kering! Buih yang terhasil menghalang kulit daripada kering dan mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari selepas proses mencuci.


ALOE AC Clean Bubble Cleanser - Pilihan Skincare Raya Aku!


Aku sangat berpuas hati menggunakan ALOE AC Clean Bubble Cleanser dan akan berterusan menggunakannya. Ini kerana pencuci muka ini sangat sesuai dengan kulit aku sekarang ini. Segala sisa mekap dan kotoran tanggal dimuka dan membuat kulit lebih bersih dan sihat.

Mudahlah kerja aku raya nanti sebab dah ada pencuci muka untuk kulit berminyak, so nak menyambut hari raya pun dalam mood yang happy je, sebab tak risau dah kulit muka berminyak sepanjang hari. Bukan sahaja tidak berminyak, malah kulit jadi lebih lembut dan bersih.

Aku recommendkan ALOE AC Clean Bubble Cleanser ini untuk korang wajib ada sebagai 'Skincare Raya' korang nanti. Nak cuci mekap pun senang ditanggalkan dengan bersih dan kulit akan sentiasa rasa lembap sepanjang hari tanpa mengeringkan kulit muka.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai ALOE AC Clean Bubble Cleanser, bolehlah layari laman sesawang berikut :