Tasneem CF Patch & Sleep Tight Patch | Ibubapa yang mempunyai anak kebanyakannya mengalami masalah dalam menguruskan anak kecil jika anak jatuh saakit dan mengalami kesukaran untuk tidur. Perkara ini tidak asing lagi buat para ibubapa yang mempunyai anak kecil. Pening memikirkan cara baagaima hendak mengatasi masalah berikut supaya ia tidak berlarutan dan anak tidak berasa selesa sepanjang hari. Tapi kini anda boleh atasinya dengan menggunakan Tasneem Patchure, CF-Patch dan Sleep Tight Patch.

Pernahkah anda mendengar produk Tasneem Naturel? Jika anda tidak pernah dengar atau pernah dengar tapi kurang tahu mengenainya, Tasneem Naturel merupakan salah satu rangkaian produk bayi menggunakan 100% pati tumbuhan semulajadi. Jenama ini telah diyakini lebih 100,000  pelanggan untuk mengatasi pelbagai masalah bayi dan kanak-kanak secara semulajadi.


Tasneem Naturel telah mengeluarkan beberapa jenis produk bayi seperti losyen, balm, minyak, spray mist dan sabun mandi di seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura sejak tahun 2016. Kini, memperkenalkan produk baharu keluaran Tasneem Naturel, iaitu CF-Patch dan Sleep Tight Patch, Patch Herbal No. 1 Malaysia dalam membantu melegakan batuk selesema dan tidur anak anda. Ianya berkelulusan FDA, tidak berbau kuat dan sangat mudah untuk digunakan.

Anak artis pempengaruh yang terkenal juga sudah memakainya. Siapa lagi kalau bukan si kecil comel, Bilal, anak selebriti tanah air kita, Neelofa dan PU Riz. Anda semua boleh tonton video tersebut yang telah dimuat turun oleh Neelofa di Instagram Story beliau.



CF-PATCH (Cough, Flu Patch)



Memandangkan Malaysia sekarang menghadapi cuaca yang tidak menetu akhir-akhir ini, ramai anak kecil kerap sakit seperti batuk dan selesema yang berterusan. Cukup risau lagi bila batuk tu boleh buat si kecil rasa susah nak bernafas. InshaaAllah, dengan adanya CF-Patch ini ia dapat membantu menyelesaikan masalah si kecil.



Terdapat beberapa fungsi pada CF-Patch ini. Antaranya ialah :
  • Mengatasi Batuk : Membantu mencegah dan mengurangkan batuk bagi si manja
  • Keringkan Hingus : Membantu untuk mengurangkan hidung berair (hingus)
  • Melancarkan Pernafasan : Memudahkan pernafasan dan melancarkan hidung tersumbat
  • Turunkan Suhu: Menurunkan suhu panas dan melembabkan tekak


Di dalam CF-Patch ia mengandungi bahan-bahan aktif  seperti :

  1. Tendrilleaf & Chekiang Fritillary Bulb berupaya bantu menurunkan suhu panas tekak yang menjadi punca kepada sakit tekak.
  2. Indigowood & Whiteflower Hogfennel Root menjadikan tekak lebih selesa dan membebaskan kahak.
Ramuan lain termasuklah Heartleaf Houttuynia Herb yang bertindak sebagai penyahtoksin dalam  badan. Manakala Pepperweed & Apricot Seed membantu melancarkan dan melegakan paru-paru.



Sekotak Patchure CF-Patch mempunyai 6 keping penampal bagi membantu melegakan batuk serta selesema bayi dan kanak-kanak. Cara penggunaan CF-Patch sangat mudah. Buka pelekat utama dan tanggalkan pelekat yang bulat. Kemudian tampal pada bahagian depan dan belakang dada si manja.





SLEEP TIGHT PATCH (Good Sleep)



Tidur si kecil terganggu dan mengalami kesukaran untuk tidur lebih nyenyak membuat ibubapa merasa resah. Lagi-lagi buat ibubapa yang bekerja. Kalau boleh masa ibubapa nak tidur tu, dengan si kecil sekali tidur. Mujurlah ada Sleep Tight Patch yang boleh membantu masalah tidur si kecil.



Fungsi - Fungsi Sleep Tight Patch 

  • Kitaran Tidur Yang Lebih Baik : Menggalakkan kitaran tidur yang normal
  • Tidur Yang Nyenyak : Membantu mendapatkan tidur yang lebih menenangkan
  • Kurangkan Situasi Terbangun : Membantu mengurangkan terjagaya diluar waktu tidur
  • Kurangkan Keresahan : Mengurangkan keresahan akibat tidak cukup tidur

Terdapat bahan-bahan aktif di dalam Sleep Tight Patch :

  1. Thinleaf Milkwort & Silktree Albizzia Bark dapat membantu meningkatkan kualiti tidur dan memori serta bertindak sebagai anti-depresi.
  2. Amber & Raw Dragon Tooth dapat menenangkan saraf, melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.
Selain daripada itu, ramuan lain termasuklah Spine Date Seed & Caulis Polygoni Multiflori bantu dalam menyah angin dalam badan. Manakala, Angelica Dahurica & Lotus Plumule berfungsi sebagai antipiretik untuk mengurangkan demam dan meredakan sakit-sakit badan.

Di dalam satu kotak Sleep Tight Patch terdapat 36 keping penampal. Sesuai dipakai untuk anak kecil 3 tahun ke atas. Ianya mudah untuk dipakai seperti CF-Patch. Pilih kawasan yang hendak ditampal (bebas dari rambut,losyen dan minyak), tanggalkan pelekat dan tampal pada titik akupuntur sama ada di bahu, belakang dan pinggul. Untuk Sleep Tight Patch, anda dicadangkan pakai sekitar 6-8 jam.



Kenapa Memilih Tasneem Patchure?

Bayi yang masih kecil masih belum sesuai untuk diberi ubat. Mungkin cara produk lain tidak praktikal untuk ibubapa lakukan, jadi Tasneem Patchure dapat membantu anda dengan cara yang mudah iaitu hanya perlu tampal pada kawasan yang diperlukan sahaja.

  • Ia bebas toksin, lulus FDA
  • Tiada bahan kimia
  • Tidak berbau kuat 
  • Tiada kesan Gam 

Jangan risau kerana produk Tasneem Naturel adalah produk yang berdaftar dan telah mendapat sijil pendaftaran FDA yang sah dan ianya selamat digunakan untuk bayi dan kanak-kanak. Jika anda berkenan untuk mendapatkannya, anda bolehlah layari laman sesawang https://www.tasneemnaturel.com/patchure/ ataupun media sosial Tasneem Naturel :

Facebook : https://web.facebook.com/tasneemnaturelhq

Instagram : https://www.instagram.com/tasneemnaturelhq/