6 Kelebihan Moisturizer Untuk Kulit Kering | Cuaca kali ini agak tak menentu ye. Sekejap hujan sekejap panas. Tapi bila tak hujan tu boleh terasa bahang panas tu. Bila dah tak tahan sangat, duduk jelah dalam aircond siang hari. Nyaman sikit rasa sejuk bila duduk dalam aircond sampai terlupa minum air macam biasa. Itu pun boleh jadi salah satu punca kulit kering berlaku. Baru-baru ini terasa kulit muka mudah kering pula. Jadi tak selesa bila kulit jadi kering.

Memang dulu susah sangat nak cari moisturizer yang serasi dengan jenis kulit. Kadang pernah pakai untuk melembapkan kulit yang jenis krim tapi tak serasi sampai kulit jadi gatal dan mengelupas. Tapi bila aku dah jumpa satu pelembap muka/moisturizer untuk kulit kering iaitu Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature, barulah aku tahu betapa pentingnya pemilihan krim pelembap muka/moisturizer yang jenis watery cream untuk kulit kering dan kulit kusam.



Biasalah orang perempuan, bila pergi shopping mana pernah nak sekejap je kan? Paling lama pun dalam 3-4 jam gitu. Dapat pula shopping dalam mall yang ada aircond. Tapi bila pakai best moisturizer Aqua Whitening Cream tak risau dah dengan masalah kulit kering. Mudah je kalau nak jaga muka dengan menggunakan pelembap muka/moisturizer ni. Aku mengamalkan tips penjagaan muka yang konsisten bagi dapatkan kesan yang terbaik untuk kulit aku. Nak tahu tak apa istimewanya moisturizer ni kepada aku dan berapa kali aku pakai dalam sehari? Kalau nak tahu korang kenalah baca sampai habis. Hehehhe~



Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ini merupakan moisturizer water based yang terbaik untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit kering seperti aku. Ia selamat digunakan kerana tidak mengandungi bahan merbahaya serta bebas dari paraben, sulfat dan alkohol.

Krim Pelembap Muka/Moisturizer Water Based Yang Bagus - Sesuai Untuk Kulit Kering


Seperti yang aku katakan di atas tadi, pelembap muka yang berasaskan air ini adalah sejenis gel krim muka berwarna putih tapi teksturnya ringan dan tidak melekit. Memandangkan ia sejenis air, jadi apabila diletakkan pada kulit muka, gosok dan urut perlahan-lahan, titisan air (waterdrop) akan muncul serta-merta. Kemudian, hanya perlu menepuk pada muka dan ia akan cepat  meresap sepenuhnya ke dalam kulit.

Terdapat 6 kelebihan yang ada pada moisturizer terbaik ini untuk kulit kering macam aku ni. Tapi buka itu sahaja, ia sesuai dengan semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kulit kombinasi dan kulit sensitif.


6 Kelebihan Best Moisturizer Aqua Whitening Cream Untuk Kulit Kering 

1. Moisturizer Water Based (Pelembap Muka Berasaskan Air)


Bahan-bahan pada pelembap muka ini berubah menjadi bentuk titisan air untuk memberi kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari. Bukan itu sahaja, pelembap muka ini juga dapat menyegarkan kulit kerana kulit akan berasa sejuk dan lembut selepas ia serap ke dalam kulit dengan cepat. Aku sendiri suka dengan moisturizer terbaik ini kerana ia tidak akan meninggalkan rasa melekit pada kulit muka.

2. Moisturizing & Hydrating Ingredients (Bahan Pelembap dan Penghidratan)


Moisturizer yang bagus ini sesuai dijadikan sebagai krim muka untuk kulit kering kerana ia mempunyai bahan-bahan yang terbaik untuk kulit muka seperti Niacinamide, Glycerin dan Camellia Japonica Seed Oil.

Bahan Glycerin dalam pelembap muka/moisturizer ini bersifat humectant iaitu berfungsi sebagai agen untuk mengikat kelembapan ke dalam kulit, dengan cara menarik molekul-molekul dari luar dengan cara membekalkan air yang cukup pada permukaan kulit.

Manakala, bahan Niacinamide pula berfungsi untuk mengawal minyak dimana sebagai pelembap penghidratan yang baik untuk kulit kering, dan juga pelembap muka terbaik untuk kulit berminyak dan mengekalkan kelembapan pada kulit.

Best Moisturizer Untuk Pori Terbuka Atau Pori Besar


Selain itu, Niacinamide juga mempunyai fungsi-fungsi yang lain seperti :
  • Dikenali sebagai vitamin B3 yang berfungsi untuk penuaan kulit
  • Memperbaiki liang pori yang membesar dan tona yang tidak sekata
  • Memperbaiki garis-garis halus, kulit kusam dan permukaan kulit yang lemah
  • Mengawal sebum dan minyak berlebihan pada kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran matahari dan membina semula sel kulit mati.

3. Brightening Function (Fungsi Mencerahkan)


Bukan itu sahaja, Niacinamide bertindak sebagai agen pemutih, membantu mencerahkan kulit dan mencerahkan bintik-bintik gelap, memperbaiki tona yang tidak sekata supaya tona kulit lebih cerah dan seimbang. Apabila kulit lebih terhidrasi, kulit akan nampak lebih cerah dan bersih serta menyegarkan sepanjang hari. 

Kalau dulu keadaan kulit sangat tak teratur ye, kulit nampak kusam tak bermaya. Kadang boleh jadi down bila lihat muka sendiri, tapi sejak guna pelembap Aqua ini rasa lebih yakin sebab kulit nampak lebih sihat dan glowing.

4. Repair Damaged Skin & Peeling Skin (Membaiki Kulit Rosak & Kulit Mengelupas)


Dalam pelembap muka ini mengandungi bahan utama iaitu Camellia Japonica Seed Oil yang bersifat 'non-comedogenic' agar pori-pori tidak mudah tersumbat dan tidak menyumbang kepada pertumbuhan jerawat di muka. 

Minyak ini diformulasikan dari Ekstrak Herbal, bahan-bahan semulajadi dari tumbuh-tumbuhan yang boleh menenangkan kulit di mana dapat meningkatkan penyerapan jauh ke dalam kulit supaya dapat baiki kemerahan, keradangan dan kerosakan kulit kerana sunburn. Jadi, ia berfungsi membina semula sel-sel kulit yang sihat serta melindungi kulit daripada sinaran UVB rosak. 

Yelah, sekarang kan musim panas, kulit mudah terdedah dengan sinaran matahari tanpa memakai apa-apa perlindungan kulit muka. Dengan adanya pelembap muka water based terbaik ni, kulit pun lebih terjaga dan tiada lagi masalah kulit kering dan kulit mengelupas.

5. Long Lasting Makeup (Makeup Tahan Lama)

Cara Makeup Tahan Lama - Guna Moisturizer Water Based Terbaik ni Sebelum Makeup!


Moisturizer water based ini bertindak sebagai primer makeup terbaik kerana ia boleh membuatkan makeup tahan lebih lama tau. Ini kerana kandungan air yang cukup membantu melembapkan kulit dari dalam dan membuatkan kulit muka jadi segar sepanjang hari dan makeup pun tahan lama.

Nak tak tips makeup tak bercapuk? Ikut steps ini dan anda akan dapat makeup yang lebih cantik dan tahan lama. First sekali pakai dahulu Aqua moisturizer ni kemudian barulah calit foundation, blusher, bedak dan lipstik. Dah siap! Mudah je kan? Makeup pun jadi pigmented dan tak bercapuk. 

Macam aku sendiri suka apply solekan yang natural sahaja, jadi kulit nampak lebih sihat dan segar sepanjang hari walaupun makeup nipis. Untuk makeup tebal pun tak ada masalah asalkan anda ikut cara makeup tahan lama ini.

6. Anti-Wrinkle (Anti Kedut)


Kulit yang selalu terdedah dengan sinaran matahari boleh menjadi penyebab utama kedutan. Apabila kulit kurang moisturize atau kerap terkena sunburn, potensi kulit muka menjadi kedut lebih besar. Bukan itu sahaja, kurang minum air juga boleh membuatkan kulit mudah berkedut. 

Oleh sebab itu, kita perlu mengamalkan penggunaan pemakaian Aqua moisturizer kerana kandungan air yang cukup di dalamnya dapat mengurangkan skin barrier mudah rosak terkena sunburn atau tidak cukup moisturize.


Biarpun berjemur bawah sinaran matahari ke atau dalam tempat yang ada aircond pun kulit maintain moisturize tanpa rasa berminyak dan kulit jadi kering. Memang selesa sangat bila pakai Aqua moisturizer ni. 

Waktu  Sesuai & Kekerapan Pakai Aqua Moisturizer


Waktu sesuai pakai moisturizer adalah pada waktu pagi selepas mandi atau sebelum pergi kerja dan sebelum tidur pada waktu malam. Moisturizer ini juga sebagai krim malam terbaik kerana bila korang pakai sebanyak 2 layer setiap malam secara konsisten, kulit anda lebih moisturize dan lebih tegang!

Pakai moisturizer berapa kali sehari?
Seeloknya pakai moisturizer 2-3 kali sehari secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Memang takkan menyesal bila dah guna moisturizer terbaik dari Hansaegee Nature ni. Mesti korang akan rasa nak repeat lagi guna sebagai rutin harian skincare anda.


Pengalaman Aku Guna Moisturizer Aqua Whitening Cream Selama Ini

Tidak dinafikan, aku dah guna hampir 3 bekas pelembap muka/moisturizer ini dan terdapat beberapa perubahan terhadap kulit muka yang dahulunya sejenis kulit kering, tetapi kini kulit muka lebih rasa lembap dan sihat setiap hari.



Sekarang aku lebih yakin nak keluar berjemur bawah cahaya matahari pun tiada masalah sebab pelembap muka ini bantu maintainkan kulit muka sentiasa lembap sepanjang hari dan kulit tidak mudah rosak terkena sinaran UV. 



Aku setia pakai pelembap muka/moisturizer ini sebab ia boleh buat makeup aku tahan lebih lama dan sentiasa on point walaupun berpanasan di siang hari. Memang aku terkejut sangat dengan kualiti pelembap muka ni yang boleh buat makeup tahan lama dan aku sememangnya highly recommended sangat pada korang semua untuk cuba moisturizer terbaik ini.