Cerahi Kehidupan Bersama TOP | Tahun baru persekolahan bakal tiba tidak lama lagi. Para ibubapa tentunya tidak sabar menyediakan kelengkapan baranagan keperluan sekolah anak-anak serba baru sebagai motivasi untuk mencapai kecemerlangan, khususnya di peringkat pendidikan rendah. Namun, sesi baru persekolahan amat bemakna bagi keluarga miskin bandar dek kerana perbelanjaan yang amat tinggi.
Kebanyakan daripada golongan miskin bandar menetap di flat-flat kos rendah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang padat dengan kemudahan asas yang terhad. Mereka yang berkelulusan pendidikan peringkat rendah kebiasaannya datang daripada isi rumah berpendapatan rendah dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan kehidupan golongan susah.
Prihatin dengan isu yang membelenggu keluarga-keluarga miskin bandar dan menyedari akan kepentingan pendidikan untuk semua, dengan kerjasama MYDIN, kempen dana amal Cerahi Kehidupan Bersama TOP diadakan bagi melengkapkan seramai 200 murid Tahun Satu daripada keluarga miskin dan daif yang menetap di flat-flat PPR di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang dengan barangan kembali ke sekolah bagi sesi persekolahan 2023/2024.
Sebahagian jualan daripada produk-produk detergen TOP terpilih di pasar raya MYDIN di seluruh negara dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023 akan disalurkan untuk menyediakan keperluan 200 murid Tahun Satu ini.
Antara kelengkapan yang turut disediakan untuk setiap murid termasuklah pakaian seragam, kasut dan stokin sekolah, set alat tulis, kotak pensil dan pensil pewarna. TOP akan menghantar pek-pek kembali ke sekolah khusus kepada keluarga terlibat sebelum bermulanya sesi baru persekolahan bagi memudahkan ibu bapa dan kanak-kanak terlibat rasa gembira jiwa mereka bahawa mereka jugaa mempunyai kelengkapan baru yang sama dengan rakan-rakan kelas yang lain.
Kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP yang telah wujud sejak tahun 2015 sangat memberi manfaat kelengkapan kembali ke sekolah kepada 3,206 pelajar daripada 97 komuniti di seluruh negara, dalam menyumbang produk-produk detergen TOP kepada keluarga dan penjaga mereka.
Terkini, TOP memperkenalkan rangkaian TOP Colour Signature yang terdiri daripada serbuk detergen permium Super Colour dan cecair detergen premium Colour Protect dengan teknologi terkini 5D Colour ProTech yang membenarkan pengguna mencuci kesemua pakaian mereka sekaligus dengan penuh yakin kerana warna pakaian tidak akan turun dan menjejaskan pakaian lain. Malah ia turut memastikan warna pakaian terus cerah berseri dan pakaian berwarna gelap kekal gelap.
Rangkaian terbaharu ini turut mencegah fabrik daripada kelihatan lusuh lebih awal dan memastikan ia sentiasa kelihatan baru supaya membantu membantu memanjangkan hayat pakaian dan menggalakkan kehidupan yang lestari. Setiap keluarga yang terlibat dalam program Cerahi Kehidupan Bersama TOP akan menerima pek 2.1kg serbuk detergen TOP Super Colour dan sebuah dispenser detergen boleh diguna semula.
Kesemua detergen TOP, termasuk rangkaian Colour Signature dikuasai oleh Advanced Micro-Clean Tech dengan Anti-Mikrobial Tech oleh Lion Japan yang menggunakan teknologi detergen generasi baharu dengan kemampuan menyingkirkan 99.9% virus berbahaya termasuk (COVID-19, Influenza A dan Coxsackie) serta bakteria secara berkesan. Formula pelbagai teknologi ini merangkumi fungsi Anti-Hapak, Anti-Hama dan Anti-Sebum, dipertingkatkan dengan Teknologi Haruman Menyerlah (Bolder-Scent), iaitu khusus dengan keberkesanan terbukti menyingkirkan bau hapak dan meninggalkan mood si pemakai.
Kerjasama antara TOP dengan Kloth Cares dan INTI bagi memperkenalkan rangkaian detergen Colour Signature dan pada masa sama, mengumpul lebih 700 kilogram pakaian terpakai elok yang disumbangkan oleh masyarakat umum yang prihatin. Pakaian-pakaian ini akan dibersihkan dan disediakan kepada keluarga mengambil bahagian yang berminat dalam projek-projek kitar semula.
Pengurus Besar Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Cik Carmen Foo berkata :
Peningkatan kos kehidupan memberi kesan kepada perbelanjaan keluarga dari golongan miskin bandar dalam menyediakan persediaan kembali ke sekolah. Oleh kerana itulah, kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP menarik perhatian dan menerima sokongan rakyat Malaysia yang ingin membantu yang lain.
Untuk menyokong kempen Cerahi Kehidupan Bersama TOP dalam menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah kepada 200 pelajar murid Tahun Satu daripada keluarga miskin bandar, orang ramai boleh membeli produk detergen TOP dari mana-mana pasar raya MYDIN yang mengambil bahagian dari 15 Disember 2022 sehingga 15 Januari 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/TOPdetergentMY.
"Kami komited dalam menyokong kehidupan 200 kanak-kanak menerusi kempen ini. Kami juga berharap untuk menghimpunkan dana yang lebih tinggi agar dapat membantu lebih ramai kanak-kanak. Sertai TOP untuk mengubah kehidupan keluarga miskin bandar agar mereka mampu mencapai masa depan yang lebih cerah," tambah Cik Carmen Foo.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rangkaian produk TOP dan kempennya, sila layari laman https://www.southernlion.com.my atau menghubungi talian khidmat pelanggan di 1800-880-133.
0 Comments
Post a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)