Hai korang, untuk entri kali ini WA nak kongsikan satu produk yang boleh buat korang kurangkan stres. Sebelum tu, WA nak pastikan di antara kita yang pernah alami stres kan? Sama ada yang muda atau pun yang berusia pernah alami stres.

Stres ni datang daripada pelbagai situasi sama ada kecil ataupun besar. Stres belajar, stres dengan kos hidup yang semakin meningkat, stres dengan kerja, stres dengan cinta dan sebagainya. Yang menjadi penentunya adalah bagaimana kita menghadapi situasi tu dan cara kita kurangkan stres tersebut.


Tapi tahukah korang, stres ni sangat berkait rapat dengan tidur? Apa pula kaitan stres dengan tidur kan? Semua orang tidur tapi berapa ramai dapat tidur yang secukupnya dan tidur yang lena? Faktor umur sangat memainkan peranan dapat mendapatkan tidur yang mencukupi. 


Biasanya semakin kita meningkat usia, kita sukar nak dapat tidur yang lena kerana pelbagai masalah dan tekanan yang perlu dihadapi. Contohnya seperti terlalu fikirkan banyak perkara atau menghadapi penyakit menyebabkan kita tidur tak lena. Bila tidur tak lena ni, kita tidak akan dapat tidur yang berkualiti. Otak dan badan kita tak dapat rehat yang secukupnya. Bila ianya terjadi, ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada emosi kita. Itu yang bangun tidur emosi jadi tidak stabil, stres, moody dan mudah naik marah.

Tidur yang tidak cukup juga dikaitkan dengan kemurungan. Dianggarkan bahawa 90% pesakit dengan masalah kemurungan adalah berkaitan dengan kualiti tidur. Selain itu, tidur yang tidak mencukupi juga boleh membawa kepada bunuh diri.


Mengapa Perlu Dapatkan Tidur Yang Cukup?


Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Meskipun dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia menjadi masalah bagi sesetengah orang. Percaya atau tidak, kurang tidur mendedahkan seseorang itu kepada risiko penyakit.

Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam. Nampak seperti lama, tetapi itu adalah hasil kajian bertahun-tahun yang dijalankan di Amerika Syarikat dengan kerjasama pelbagai badan. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar bilangan jam, kualiti juga adalah penting dan perlu diambil perhatian.


Dibawah ni WA kongsikan apakah manfaatnya kalau kita dapat tidur yang mencukupi setiap hari.

1. Merangsang Memori Dan Proses Pembelajaran


Tidur membantu  otak menyimpan maklumat baru sebagai memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi. Menurut kajian, mereka yang tidur selepas mengulang kaji mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian.


2. Mengawal Metabolisme Dan Berat Badan

Jika berat badan sering naik walaupun tidak mengambil kalori yang terlalu banyak, ia mungkin disebabkan tidur yang kurang. Ia menjejaskan cara badan memproses dan menyimpan karbohidrat, serta mengubah kadar hormon tertentu yang mengawal selera makan.


3. Mengawal Emosi Lebih Stabil

Apabila letih dan mengantuk, kita akan lebih mudah marah, kurang sabar, hilang fokus dan lebih beremosi. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti hari kita secara keseluruhannya. Kesannya, semua kerja tidak dapat dilakukan dengan efisyen. Malah, kemurungan juga terkait dengan kurang tidur.


4. Penting Untuk Kesihatan Jantung

Gangguan tidur yang serius didapati berkaitan dengan tekanan darah tinggi, peningkatan hormon stres dan degupan jantung yang tidak sekata. Ia meningkatkan risiko kepada penyakit jantung.


5. Meningkatkan Sistem Imun

Tidur yang cukup bermakna badan kita berfungsi dengan baik dan normal. Apabila terdapat gangguan, sistem badan akan terjejas termasuk sistem imun. Kita akan mudah mendapat penyakit. Ada kajian yang mendapati bahawa mereka yang kurang tidur lebih kerap mengalami demam.

Nampak! Tidur bukan hanya sekadar kita tutup mata dan tidur. Banyak manfaat yang kita akan kita dapat sekiranya kita cukup tidur setiap hari.

Sedar dengan manfaat tidur ini, Eskayvie telah menghasilkan sebuah produk untuk mudah tidur dan dapatkan tidur yang lena. Produk tersebut adalah Eskayvie Mindtropic yang dihasilkan oleh Dr Syid Ayob, doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Beliau merupakan Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz.

Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi untuk membantu menyokong kesihatan minda dan memudahkan penggunanya mudah untuk tidur dan mendapatkan tidur yang nyenyak. Ianya halal, selamat dan mudah diambil.


5 Bahan Utama Eskayvie Mindtropic

Berikut adalah 5 bahan utama yang ada pada Eskayvie Mindtropic.

1. Phosphatidylserine

  • Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung.
  • Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
  • Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.
  • Di samping itu, ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.



2. Ashwagandha KSM-66
  • Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
  • Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
  • Boleh mengurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
  • Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.


3. Bacopa Monnieri
  • Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat.
  • Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
  • Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood dan beri rasa gembira.
  • Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.


4. Magnesium
  • Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak.
  • Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
  • Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dan sebagainya).


5. Selenium
  • Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dan sebagainya.
  • Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

Kelebihan Eskayvie Mindtropic


  • 100% Bahan Semula Jadi
  • Rasa Tropika Yang Enak
  • Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan
  • Tanpa Gula Tambahan
  • pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

Manfaat Eskayvie Mindtropic


  1. Mengatasi gejala Brain Fog
  2. Merangsang perkembangan sel otak
  3. Menguatkan memori
  4. Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
  5. Menjadikan mood dan emosi lebih terkawal
  6. Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
  7. Menjadikan lebih ceria dan gembira
  8. Meningkatkan kesihatan tulang dan otot

Cara Pemakanan


Eskayvie Mindtropic adalah dalam bentuk tablet kunyah dan amat mudah diambil dan sesuai diambil tanpa air.

Cara pemakanan untuk orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

Cara penyimpanan : Simpan dibawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.


Feedback Pengguna Eskayvie Mindtropic


Sejak makan Eskayvie Mindtropic, Ain dapat tidur lena serta dapat deep sleep. Mindanya juga rasa lapang bila bangun pagi. Dah tak ada stres dan aura-aura negatif seperti sebelum ini.



Pengguna ini dapat deep sleep selepas cuba Eskayvie Mindtropic. Bangun tidur rasa cergas dan ceria.



Pengguna ni pula sebelum ni susah nak tidur. Tapi lepas cuba Eskayvie Mindtropic beliau lebih mudah tidur dan tidur lebih lena.

Puan Tuty, 43 tahun sebelum ini sering diserang stress yang melampau apabila tak cukup tidur. Tapi kini beliau dan tak stres-stres lagi kerana mudah tidur dan dapat tidur lebih lena. Tonton video perkongsian Puan Tuty dibawah.






Tidur Lebih Nyenyak Dan Bertenaga Bila Bangun Pagi

Secara kesimpulannya, tidur yang mencukupi sangat penting dalam mengawal emosi kita. Bila dapat tidur nyenyak pasti badan kita akan bertenaga dan emosi kita akan stabil apabila bangun pagi. Barulah kita lebih bersemangat untuk buat apa sahaja aktiviti kita hari tu dan tak mudah kita naak stres serta cepat naik marah.

Bagi korang yang hadapi masalah Insomnia atau susah nak tidur malam atau pun tidur tak lena tu boleh la cuba makan Eskayvie Mindtropic ni. Mana la tahu kan dengan asbab produk ni ia dapat menyelesaikan masalah yang korang hadapi tu. Dari susah nak tidur lebih mudah tidur dan dapat tidur yang lebih lena berbanding sebelum ni. 

Bagi yang berminat, korang boleh ke website dan media sosial Eskayvie pada link dibawah. WA harap entri kali ini bermanfaat untuk semua. Yang penting jangan stres-stres tau!



Website : 

Instagram : 

Facebook : 


#EskayvieMindtropic #JanganStresStres