Mala Mini Hotpot | Apabila berbicara mengenai industri Perkhidmatan Makanan (F&B) di Malaysia, hotpot adalah jenis sajian yang menjadi pilihan masa kini. Dalam industri hotpot yang berkembang pesat kebelakangan ini, terdapat lonjakan jenama dari luar negara yang memasuki pasaran tempatan dengan sistem perniagaan Franchise atau Licensing. Ini adalah keranan budaya unik masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan mudah beradaptasi dengan sajian antarabangsa.
Keadaan ini telah mewujudkan sebuah peluang yang luas untuk Mala Mini Hotpot meneroka kesempatan yang telah tersedia dengan menubuhkan sebuah perniagaan perkhidmatan makanan yang dijalankan secara Licensing dengan menjadikan Hotpot sebagai hidangan utamanya.
Dinamakan "MALA", iaitu sejenis resepi asli tradisi masyarakat di negara China yang telah menjadi warisan turun temurun sejak berzaman dan mendapat tempat di kalangan masyarakat negara China. Lebih menarik lagi, dengan perkembangan pesat ekonomi negara China dan jalinan hubungannya dengan negara-negara luar, telah menjadikan sajian resepi "MALA" ini turut berkembang ke seluruh dunia.
Mala Mini Hotpot ialah kumpulan syarikat pengurusan katering yang mengkhusus dalam perniagaan rangkaian restoran, penyelidikan dan pembangunan makanan dan minuman.
Ibu pejabatnya yang terletak secara strategik di Pusat Perdagangan Equine Park, Selangor. Ia mempunyai dapur pusat dan pusat logistik terkini. Pasukan Pakar Mala Mini Hotpot yang berpengalaman dan diterajui oleh pengerusi kami iaitu Y.A.M Tengku Sulaiman Shah Al Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj Y.A.M Tengku Laksamana Selangor untuk sentiasa bergerak ke hadapan dan berinovasi untuk menyumbang usaha dalam membangunkan sistem pengurusan saintifik yang serasi dengan budaya korporat Mala Mini Hotpot.
Asal Usul dan Perkembangan Mala Mini Hotpot
Dalam masyarakat moden ini, apabila disebut berkenaan dengan makanan sedap, minda kita biasanya akan mula membayangkan hotpot. Terdapat banyak jenama hotpot yang muncul dalam senarai makanan sedap, malah sesetengah daripadanya berada pada kedudukan yang agajk tinggi dalam senarai.
Resepi Mala yang dipopularkan oleh Mala Mini Hotpot ini memiliki cerita sejarahnya yang tersendiri. Kononnya dahulu pada era penghujung Dinasti Ming dan awal Dinasti Qing terdapat sekumpulan besar tukang perahu yang bekerja di jeti Sungai Jialing dekat Sinchuan dan Chaotienmen di Chongqing. Oleh kerana suhunya yang sejuk dan berkabus, mereka menyediakan resepi campuran pelbagai jenis cili dan rempah herba yang dapat memanaskan badan. Kemudian, mereka menambah beraneka jenis bahan makanan lain seperti daging, makanan laut dan sayuran untuk dicelup ke dalam sup campuran rempah tadi.
Populariti resepi Mala ini mula berkembang apabila para peniaga dari Chengdu menjadikannya sajiannya dikomersilkan kerana rasanya yang enak dengan ciri kebas dan pedas, ianya sangat digemari oleh seluruh penduduk tempatan dan berkembang ke seluruh China terutamanya di Xianjiang iaitu daerah penempatan muslim terbesar di negara China. Kini resepi mala ini turut juga dikenali oleh sebahagian besar masyarakat dunia.
Di Mala Mini Hotpot, bagi memastikan kualiti terjamin kami menggunakan lada bunga dari Gansu, cili dari Guizhou dan sebatian mentega dari Qinghai, Xianjiang juga puluhan jenis rempah ratus dari Yunan.
Mala Mini Hotpot adalah jenama yang dicipta dibawah dorongan keperluan orang ramai terhadap makanan sedap. Ia telah mencipta semula dan menaik taraf hotpot yang telah menjadi warisan budaya selama berabad-abad dengan kaedah pengurusan dan penjenamaan yang moden untuk menyediakan pengalaman perbelanjaan yang lebih baik kepada pelanggan.
Rahsia Mala Mini Hotpot Untuk Kekal Berkembang
Kebelakangan ini, amalan berbelanja dan gaya hidup orang ramai telah mengalami perubahan yang besar. Penyediaan makanan yang mudah, ringkas dan pantas kini mula menjadi pilihan orang ramai. Tidak hairanlah jika hidangan Hotpot yang memiliki ciri tersendiri dalam industri makanan dan minuman yang menerapkan corak perbelanjaan yang murah tetapi berkhasiat menjadi bahagian penting daripada hidangan popular yang digemari terutamanya generasi anak muda.
Pandemik yang melanda pada tahun 2020 telah menyebabkan industri makanan dan minuman terjejas teruk. Banyak restoran telah mengalami prestasi perniagaan merosot dan terpaksa gulung tikar ekoran malapetaka yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Namun demikian, Mala Mini Hotpot telah berjaya melihat musibah yang melanda dari sudut yang positif. Kami mula menjalankan operasi perniagaan dengan model terbaruu iaitu "Perniagaan Ringan Aset". Ataupun lebih dikenali sebagai Asset Light Business Model. Empat perkara yang diterapkan dalam Perniagaan Ringan Aset adalah :
- Modal yang rendah dan munasabah bertujuan agar ramai usahawan muda dapat bergabung dengan Mala Mini Hotpot.
- Pulangan Modal (ROI) yang pantas dikenali sebagai satu elemen yang sangat penting dalam perniagaan, kerana kepantasan (ROI) dapat mengurangkan atau menutup langsung risiko kerugian.
- Keuntungan yang tinggi bukan sekadar target meraih jualan, tetapi mengutamakan keuntungan dengan langkah merendahkan kos operasi serta kos bahan mentah.
- Ruang perkembangan yang luas supaya ia mudah dikendalikan tanpa keperluan tenaga mahir serta (SOP) Prosedur Operasi Standard yang seragam memudahkan sistem diduplikasi.
1 Comments
Makanan kat Mala Hot Pot nih nampak sedap-sedap sangat... makan panas-panas memang fav
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)