Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021 | Ayam Brand dikenali dengan kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14, dimana ia merupakan satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal , kaya dengan kualiti, tanpa bahan pengawet dan MSG tambahan, kini kembali dengan Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021 yang bertemakan #AyamBrandBersamaMu. Ianya menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator serta menyumbangkan bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.
Dalam kempen ini, turut disertakan juga perkongsian dari pakar pemakanan diet Hospital Pakar KPJ Damansara tentang pemakanan sihat serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan para peserta.
Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia , selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 101 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Pusat Jagaan Chahaya dan Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.
Menurut Pengurus Besar Ayam Brand, Chin Lee Foon berkata :
Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar peserta berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan. Dalam masa yang sama, turut memberi sokongan menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian.
Menurutnya lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ayam Brand menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber Omega-3 yang mencukupi iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung, menggalakkan aktiviti saraf yang sihat, menyokong penyerapan vitamin, memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel-sel dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.
Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #Ayam BersamaMu untuk membantu mereka menjadi pencipta kandungan . Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.
Pihak KPJ Damansara yang mengelolakan bengkel maya yang dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, karbohidrat dan sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan.
"Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik." Kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.
Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan famous Content Creator yang berusia 18 tahun yang mempunyai hampir 4,000 pengikut di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.
"Program #AyamFuttureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekaligus membantu menjana pendapatan kepada mereka." Ujar Arianna Natasha.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, anda boleh layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.
9 Comments
Baked Bean Ayam Brand memang wajib ada dalam stok di rumah. Senang nak masak sambal telur atau just makan as sarapan pagi.
ReplyDeleteThis is a good campaign and initiative by Ayam Brand. I'm glad they are doing this. Thank you for sharing.
ReplyDeleteSangat bagus inisiatif yang dilakukan sambil menyumbang dalam masa yang sama berkongsi info berguna kepada masyarakat.Terbaiklah Ayam Brand...
ReplyDeleteBagus inisiatif Ayam Brand! Moga banyak lagi syarikat korporat lain turut sama menjayakan campaign seperti ini membantu mereka yang memerlukan
ReplyDeleteinisiatif yang bagus dari pihak ayam brand. moga terus memberi manfaat pada masyarakat
ReplyDeleteIni jenama memang best. Dia punya produk memang cun. Personally I suka dia punya chili tuna. Good post.
ReplyDeleteAyam Brand still continue bantu masyarakat dengan pantri komuniti ayam brand mereka. Kudos to jenama Ayam Brand.
ReplyDeleteSangat creative kan the kids! Menu2 mereka sediakan pun sgt menarik bah! Well done to Ayam Brand yang selalu giving back to the community! Good to know about the suku suku separuh concept too!
ReplyDeleteWell done to Ayam Brand for always giving back to the community bah! The kids also very creative kan dalam preparing the good ideas of menu align with the Suku Suku Separuh concept
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)