Sembuh Covid-19 Bukan Pengakhiran Bekas Pesakit | Pejam celik rupanya sudah hampir nak masuk dua tahun kita menghadap pandemik Covid-19 sehinggalah mencapai beratus ribu kes sehingga ke hari ini. Salute dengan pesakit Covid-19 yang bertarung nyawa lawan dengan virus ini. Syukur alhamdulillah bagi yang berjaya melawan dan sembuh Covid19. 


Perasaan WA Apabila Tahu Saudara & Kawan Positif Covid-19 Sehingga Masuk ICU!


Baru-baru ini, WA dapat berita mengejutkan apabila saudara dan kawan WA sendiri positif Covid-19 dan berada di ICU dari bulan Ogos lagi. Sangat mengejutkan sebab mereka sendiri tidak tahu punca dapat dari mana sebab mereka tidak keluar rumah. Mungkin dapat dari salah seorang famili mereka yang keluar untuk beli barang atau mungkin sebab lain juga. KKM sendiri sudah maklumkan Varian Delta Covid sekarang lagi kuat sehingga menyerang ke organ dalam tubuh badan dengan pantas.


Sangat mengejutkan kami sekeluarga dan sahabat yang lain, kerana mereka adalah seorang  suri rumah. Tapi boleh berjangkit sehingga masuk ke ICU. Buat masa ini kami dimaklumkan oleh keluarga mereka sendiri bahawa mereka belum lagi sempat mengambil vaksin. Jadi sebagai langkah berjaga, kami sentiasa memberi sokongan pada keluarga mereka yang lain yang positif tapi tidak bergejala supaya berhati-hati, jaga pemakanan harian dan sentiasa buat pemeriksaan diri dirumah seperti tekanan darah, tahap oksigen dan suhu badan setiap hari di samping mengambil beberapa suplemen penting. 


Yelah, WA sendiri faham keadaan apabila keluarga terkena jangkitan Covid ni, ada yang merasa down sampai tak jaga pemakanan disebabkan kerisauan yang melampau. Kita sebagai seorang manusia, kenalah bersikap prihatin dan sentiasa tanya perkhabaran kesihatan mereka, tapi janganlah sampai terlalu push mereka. Bagi support supaya mereka kuat.


Kebarangkalian untuk pulih juga bergantung pada tahap sistem imun badan masing-masing. Namun, tahukah anda bahawa walaupun sudah disahkan bebas dari Covid, bekas pesakit Covid-19 juga boleh menunjukkan beberapa simptom selepas sembuh jika tidak jaga tahap kesihatan dengan baik? Inilah yang dinamakan Long Cvid atau Sindrom Post Covid.


Apa itu Long Covid atau Sindrom Post Covid?

Long Covid atau Sindrom Post Covid merupakan satu keadaan di mana bekas pesakit Covid-19 masih menunjukkan gejala-gejala dalam tempoh 12 minggu atau lebih dan gejala-gejala berikut tidak dapat dijelaskan dengan diagnosis alternatif. 


Komplikasi ini berpunca daripada beberapa jangkitan organ tubuh badan individu yang dijangkiti virus sebelum ini. Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoritu pesakit Covid-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post Covid.


Antara 5 simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit Covid-19 adalah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam, batuk dan kegelisahan (anxiety). Lebih teruk ada yang mengalami kerosakan pada organ dalaman seperti hati, buah pinggang dan paru-paru serta boleh menyebabkan penyakit metabolik seperti kencing manis.


Berapa Lama Long Covid-19 Terjadi dan Cara untuk Mengatasinya?

Pemulihan Covid-19 bukan sekadar mencegah dan memberi vaksin pada semua individu. Malah individu yang pernah dijangkiti dan telah sembuh juga perlu diberi perhatian. Virus ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka yang pernah dijangkiti terutamanya mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan usia melebihi 50 tahun dan ke atas.


Justeru, individu yang pernah dijangkiti Covid-19 hendaklah menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta sentiasa pantau dan buat pemeriksaan kesihatan kendiri seperti cek tekanan darah, tahap paras oksigen dan suhu badan secara berkala.


Tips Elak Long Covid @ Sindrom Post Covid

1. Amalkan gaya pemakanan yang seimbang.
2. Elakkan pengambilan makan segera dan terproses yang tinggi garam, lemak trans dan gula.
3. Kekal aktif bagi melancarkan aliran darah, menguatkan otot tubuh badan.
4. Kekal hidrasi dengan pengambilan air putih yang mencukupi.
5. Pengambilan protein dan antioksidan yang mencukupi. Sumber antioksidan daripada sayuran buahan dan suplemen tambahan sangat baik untuk pemulihan dalaman dan mengelakkan masalah metabolik.



Tonton video dibawah ini tentang pengalaman bekas pesakit dan famili yang disahkan positif Covid yang sembuh daripada jangkitan Covid-19 dan bagaimana mereka melawan virus Covid ini.

Hakim yang telah pulih dari Covid


Menurut Hakim :

Saya dijangkiti melalui kawan dan mula alami demam, selsema dan akhirnya hilang deria bau dan rasa. Selepas swab test, saya disahkan positif Covid-19. Sebelum KKM datang ambil, saya kuarantin sementara di rumah dan ambil suplemen Diffenz dalam tempoh kuarantin beberapa hari tu. Alhamdulillah deria bau dan rasa sudah kembali.


Pengalaman  Hidup Mati Dijangkiti Covid - Pn Zai Zaleha



Seronok lihat Mama Kembali Tersenyum - Izzuddin


Mungkin ada di kalangan anda yang rasa resah dan gelisah dengan keadaan kes positif yang semakin meningkat di beberapa negeri lain dan keadaan ini seperti tiada penghujungnya dimana kes positif sentiasa naik turun. Apatah lagi yang masih menunggu giliran dipanggil untuk vaksin. Adalah sangat penting di musim pandemik ini, untuk kita semua menguatkan sistem imun badan bagi melindungi diri daripada dijangkiti. Pengambilan suplemen tambahan yang tinggi Vitamin C dan D adalah sangat disyorkan.





Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19

Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayie bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu dan telah diformulasikan bagi membantu meningkatkan sistem imun badan serta melindungi dan menguatkan paru-paru.


Diffenz Berfungsi Membantu :


- Menguatkan dan melindungi paru-paru
- Meningkatkan sistem imun badan
- Melegakan batuk, selsema dan radang paru-paru
- Mengatasi masalah resdung, alahan asma dan ekzema
- Menyokong kesihatan sendi
- Menyihatkan jantung
- Membekalkan tenaga
- Mengawal gula dalam darah
- Mencantikkan kulit
- Anti kanser dan anti virus


Anda tidak perlu risau kerana produk Diffenz ini dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas steroid serta Halal untuk dimakan dan telahpun mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Untuk ibu mengandung, boleh ambil Diffenz ini seelok-eloknya selepas trimester pertama dan sesuai diambil oleh kanak-kanak berusia kurang 5 tahun dan ke atas. 


BAHAN UTAMA DALAM ESKAYVIE DIFFENZ


Gabungan Antara Vitamin C, Vitamin D, Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu dan Vitamin C & D

1. Cendawan Susu Harimau

Cendawan ini diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar untuk didapati pada masa kini. Nilai cendawan ini sangat mahal bak kata orang-orang tua dahulu, kerana ia akan tumbuh pada titisan susu harimau yang jatuh dilantai hutan. Cendawan jenis eksotik ini berfungsi menguatkan sistem imun dari jangkitan kuman dan virus.

Cendawan Susu Harimau mula dikaji pada tahun 2002, dimana Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya bertahun-tahun dapat diubati dengan cendawan ini.

Kebaikan dan Kelebihan Cendawan Susu Harimau :

- Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
- Melegakan batuk, selsema, radang paru-paru dan asma.
- Menguatkan paru-paru terutama bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar.
- Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus.
- Digunakan secara tradisional merawat masalah berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.

2. Buah Camu-Camu 

Menurut kajian, Camu-Camu yang juga dikenali sebagai Myrciaria Dubia kaya dengan kandungan vitamin C yang tinggi hingga 60 kali ganda dan mudah diserap berbanding buah Oren sehingga mendapat jolokan SUPERFOOD. Ia mengandungi antioksidan yang tinggi dan mineral bagi menguatkan lagi sistem imun badan seperti Zinc dan Magnesium.

Ia juga berfungsi dalam menstabilkan tekanan darah tinggi, mengawal gula dalam darah, merangsang penghasilan kolagen serta bersifat antioksidan dan anti radang.

3. Vitamin C

Seperti yang anda tahu, Vitamin C merupakan nutrisi sangat penting dalam meningkatkan sistem imun badan seseorang. Pengambilan makanan seimbang mungkin sudah mencukupi tapi tak semua individu mengambil makanan yang kaya Vitamin C seperti buahan dan sayuran dalam porsi yang betul. Oleh itu, sangatlah penting untuk mengambil suplemen tambahan seperti Vitamin C untuk tingkatkan imun badan dalam kuantiti dan dos yang disarankan.

4. Vitamin D

Vitamin D bukan sahaja membantu menguatkan tulang, bahkan membantu dalam mengawal kandungan gula dalam darah dan mengawal selia imun badan juga. Sumber Vitamin D dalam badan adalah dari matahari, namun ada beberapa faktor yang mempengaruhi penyerapan vitamin ini seperti warna kulit yang lebih gelap menyukarkan penyerapan cahaya matahari dan hanya 10-20%  vitamin D mampu dicapai dari sumber makanan menyebabkan ramai individu kekurangan vitamin D.



Pengakuan seorang peniaga yang dijangkiti Covid-19 :
Saya mula mengalami simptom seperti pening kepala, sakit badan, batuk sehingga batuk berdarah. Kemudian, saya berikhtiar dengan mengambil Diffenz untuk meningkatkan imun badan. Alhamdulillah semakin pulih.   


Diffenz merupakan tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat. Rasanya yang enak dan sesuai diambil pada bila-bila masa sahaja. Bahan-bahan yang terdapat dalam Diffenz ini terbukti mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi diri dari jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi organ dalaman badan seperti paru-paru, jantung dan hati.


Selagi ada peluang, sama-samalah Kita Ikhtiar dengan sokongan dari khasiat Vitamin C, Vitamin D, Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C dan Vitamin D yang terdapat dalam Eskayvie Diffenz yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda sekeluarga.

Tidak salah pun jika kita ikhtiar dari awal. Selain mengambil vaksin, pengambilan suplemen tambahan juga amat penting lagi-lagi kita yang kini berada di dalam norma baharu disebabkan pandemik Covid-19 ini.

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda atau hubungi 03-5511 1050 / 019-6083027 untuk maklumat lanjut. 

Website : www.diffenz.com
Instagram : @eskayviemalaysia

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita