Tips Menginap di Hotel Musim Pandemik Covid-19 | Pejam celik pejam celik, rupanya dah nak hampir 2 tahun dunia menghadapi pandemik Covid-19 kan? Rasa macam baru je berlaku. Tapi tahun ini paling buruk dalam sejarah setakat ini sebab dah berapa kali kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berbanding pada tahun lepas disebabkan kes yang semakin naik.
Bayangkan, pada awal tahun 2021 kena PKP 2.0 kemudian bulan 5 hingga sekarang ni kena lagi sekali PKP 3.0 pula. Tapi kali ini paling lama sebab kes yang melonjak naik melebihi 10K kes positif sehari. Dengan keadaan semua sekolah dan universiti ditutup, dan beberapa sektor ekonomi yang mula bekerja dari rumah ini memberi kesan kepada mereka. Antara yang terkesan adalah tempat percutian seperti hotel.
Bosan sudah menguasai diri bila terkurung lama di rumah. Para ibu bapa pula ada yang stress dengan menguruskan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sambil bekerja dari rumah. Anak-anak sudah tanya bila nak mula bercuti? Kadang kesian juga melihat mereka terkurung je kan. Tapi apakan daya, kes masih meningkat sekarang ini. Andai kata sektor pelancongan tempat percutian seperti perhotelan akan dibuka selepas kes menurun, apakah anda sudah bersedia untuk menyumbang membantu menaikkan ekonomi negara?
Ingin pergi bercuti pada musim pandemik tiada masalah jika sektor ekonomi seperti perhotelan sudah dibuka dan dimansuhkan PKP. Tapi hendak bercuti tak bolehlah tanpa apa-apa persediaan keselamatan diri lagi-lagi pada musim pandemik Covid-19 ini. Mesti dekat benak fikiran anda semua terfikirkan percutian keluarga kan? Begitu juga dengan WA tak sabar nak bercuti.
Takutlah nak pergi sana sini sekarang ini. Tak mengapa. Sebelum memulakan percutian keluarga anda, apa kata anda cuba beberapa tips ini? Atleast, anda ikhtiar dengan melakukan beberapa persediaan keselamatan diri dan juga keluarga bagi mengelak timbulnya kluster baharu. Di sini, WA nak kongsikan beberapa tips mudah menginap di hotel musim pandemik Covid-19.
6 Tips Jika Ingin Menginap di Hotel Musim Pandemik Covid-19
1. Kenalpasti kawasan tersebut zon merah atau tidak
Sebelum memilih sesuatu tempat, anda boleh meneliti dahulu carta Covid-19 dari KKM negeri mana yang rendah dan tinggi kes hariannya untuk memastikan ketidakbarangkalian jangkitan berlaku. Tapi ada juga kawasan yang berstatus merah tapi selamat lagi untuk menginap jika ia mengamalkan gaya hidup norma baharu dan juga Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan KKM.
2. Cari hotel yang berdekatan atau selamat terlebih dahulu
Pencarian tempat percutian memang susah untuk dipilih. Kadang nak pilih tempat favourite atau tempat yang teringin sangat nak pergi tapi kawasan tersebut boleh membawa risiko pula. So kenalah pilih tempat yang bersesuaian dengan seisi keluarga.
Kalau WA, lihat tempat berdekatan jika rasa selamat untuk menginap tapi jika tidak, mungkin yang jauh sedikit itulah kawasan yang selamat so apa salahnya pilih tempat yang jauh sedikit. Kenalah pandai-pandai pilih tempat percutian dengan teliti.
3. Pastikan hotel menerapkan SOP yang ketat
Jangan pelik ye, sebab ada sahaja tempat penginapan perhotelan yang tidak menerapkan SOP yang ketat. Jika anda sebagai rakyat yang cakna dengan norma baharu ni, kenalah alert betul-betul dengan keadaan sekeliling anda. Oleh itu, pastikan setiap premis hotel mengamalkan 3S iaitu 'Sanitize tangan', 'Suhu diperiksa' dan 'Scan di premis'.
Pihak hotel jangan sambil lewa pula ya. Sebab ada yang menyediakan sanitizer cuma air sabun biasa sahaja, pastikan menyediakan hand sanitizer yang mengandungi 70% alcohol. Untuk scan kehadiran, pastikan My Sejahtera app anda berfungsi atau jika tiada, anda boleh mengisi kehadiran di dalam buku yang disediakan di premis berkenaan.
4. Pilih kawasan hotel yang luas dan terbuka
Kenapa perlu? Ini kerana kita perlu mengelakkan kawasan yang sempit dan bersesak. Sedangkan KKM juga telah menyarankan supaya mengelakkan tempat yang sesak, sempit dan sembang dalam jarak yang dekat. Dan kita juga perlu mengamalkan 3W jika berada ditempat awam iaitu 'Wash' membasuh tangan setiap kali memegang apa-apa permukaan dan sesuatu benda, 'Wear' memakai topeng pelitup muka dan 'Warn' Elakkan bersalaman serta batuk dan bersin di khalayak ramai.
Apabila memilih kawasan yang terbuka dan luas, kita boleh menjaga penjarakkan sosial sesama kita bagi mengelakkan penularan kes baharu.
5. Membawa kelengkapan diri termasuklah sanitizer & ubatan
Untuk lebih berhati-hati, seeloknya kita bawalah sanitizer sendiri untuk sanitize sebelum masuk ke dalam bilik yang bakal kita menginap untuk tidur. Seperti yang anda lakukan sekarang, akan sediakan sanitize untuk apa-apa barang dari luar sebelum dibawa masuk kerumah. Kemudian, jika perlu boleh sahaja bawa barang kelengkapan diri sendiri untuk lebih safety.
Kalau WA akan sediakan hand sanitizer dan juga spray sanitize untuk keselamatan diri dan seisi keluarga jika keluar ke mana-mana. Tak lupa juga ubat-ubatan dalam medical kit box. Tak adalah terkial-kial cari farmasi semata-mata satu ubat gatal je. Hehehe. So benda-benda macam ini wajib ada dalam kereta dan juga beg baju terutamanya ketika hendak bercuti.
6. Bawa makanan ringan & kutleri sendiri
Haa, siapa kata tak perlu? Kalau sebelum pandemik pun anda mesti ada beli sesuatu untuk kudapan waktu bosan or malam time bercuti kan? Tapi boleh pi sana sini beli on the spot time tu juga. Tapi bila dalam tempoh pandemik ni kalau boleh kurangkan pergerakan singgah dimana-mana. Jadi, segala makanan untuk kudapan tu better bawalah dari tempat anda dahulu.
Bukan itu sahaja tau, kutleri atau perkakas alatan makanan seperti sudu dan garfu, malah pinggan dan cawan juga boleh dibawa dari rumah anda samada yang jenis pakai buang kertas atau jenis plastik.
Haa, anda boleh follow tak tips mudah ini? Sebenarnya tips ini ada je yang dah amalkan dari awal sebelum pandemik kecuali tips yang No. 1 dan No. 3 lah kan. Hehehe.. Jangan disebabkan terlalu gembira nak bercuti sampai lupa sekarang pandemik masih ada walaupun andai kata kes dah menurun. So baik kita berhati-hati dan ikut tips mudah ini.
Tips sudah ada, tapi tempat penginapan masih tak tahu nak pilih mana yang berkenan. Pilih yang itu, anak tak berkenan, pilih yang ini, suami tak berkenan pula. Ahhh sudahh, pening kepala dibuatnya. Hahaha! Tak mengapa, WA boleh suggestkan tempat percutian yang selesa dan luas kawasan untuk bercuti selepas kes menurun dan tidak PKP lagi nanti.
Senarai Hotel-Hotel yang Menarik di Malaysia Untuk Bercuti
Dalam antara senarai hotel-hotel menarik di Malaysia, ini antara top 3 senarai hotel area Kuala Lumpur bagi yang berhajat untuk staycation KL bersama keluarga dan anak. Ini kerana hotel-hotel ini mempunyai ruang yang luas dan fasiliti yang mudah untuk digunakan.
Hotel Hilton KL, Central KL
17 Comments
best juga dapat bercuti macam, walaupun dekat dengan rumah tapi boleh juga hilangkan stress terperap lama kat rumah :)
ReplyDeleteRawlins teringat masa pergi camping hujung tahun lepas tak silap. Memang banyak bukan main sanitiser, spray dan juga mask Rawlins bawa. Hehe
ReplyDeleteSangat rindu nak duduk hotel dan bercuti, bila baca tips ni hilang rasa rindu cepatlah covid hilang
ReplyDeleteAkak pernah juga menginap di hotel time pandemik. Betul semua kena concern sangat.
ReplyDeleteBatul snagat, time PKP ni boleh stay hotel kalau ada urusan kerja, cuma memang kena amik langkah berjaga-jaga, double protect semua...
ReplyDeletemmg lepas PKP nie rse nk g hotel terus, biarla dekat dgn rumah pun kan.. tq sharing tips2 nie bonde.. berguna sangat nie
ReplyDeleteberguna sangat tip2 nie.. rsenya lps habis PKP nie nk g terus hotel.. dekat dgn rumah pun tak pe dah
ReplyDeleteberguna semua tips ni.. tak sabar nak jenjalan.. huhu. smoga smuanya brakhir tak lama lg..
ReplyDeleteSelangor ni masih Redzone kan jadi memang belum lagi boleh staycation walaupun ramai yang dah tak sabar sesangat. Dapat pulak staycation kat negeri sendiri pastu pilih hotel yang tinggi2. Mesti best. Harap kes di Selangor semakin berkurangan selepas lebih ramai yang ambik vaksin.
ReplyDeleteRindu nak check in kat hotel. Mmg kena apply tips ni semua utk keselamatan semua terutama bab sop tu.
ReplyDeleteHaa.. mmg boring pun tetperap kat umah, sapa tak mau kln2 and duk hotel, tapi tak berani lg
ReplyDeleteOh thanks for sharing this, going to take note on all these.
ReplyDeleteNak bercuti muism pandemik memang kita kena ambil berat banyak perkara untuk elakkan daripada jadi benda yang kita tak nak berlkau. So, kena ikut tips yang dikongsikan wawa ni
ReplyDeleteKalau AM yang berada d selangor ini masih perlu berjaga2 kerna kes semakin hari semakin tinggi.. better stay at home, jaga SOP dan penjarakan sosial.. kalau kena masuk kerja pun perjalanan cuma dr pejabat ke rumah, xberani sgt nak singgah kat mana2..
ReplyDeleteKat Mersing takde hotel nak menginap. Selalu kena turun JB. Tapi Jb sekarang pun kes tengah naik. Tak boleh nak bercuti. Rindu nya suasana. Nak bercuti tu..
ReplyDeleteAaahhh lamanya tak jalan jalan bercuti dengan family. Moga Malaysia bebas dark COVID-19 yg jahat ni. Boleh la brcuti nanti
ReplyDeleteTips yang bagus untuk diikuti. terimakasih atas perkongsian sis. Musim pendemik mcmni kena ekstra care sikit. :)
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)