Cosmoderm Perfect Balanced | Baik lelaki mahupun wanita memang tidak terlepas dalam menjaga kulit wajah mereka. Jadi, semestinya kita sebagai pengguna mestilah kena bijak dalam memilih penjagaan kulit yang sesuai dengan masalah dan jenis kulit kita hadapi. 


Kali ini, WA nak perkenalkan dengan korang satu set penjagaan kulit baharu dari Cosmoderm bertemakan warna pink iaitu Cosmoderm Perfect Balanced dengan bahan utama Prebiotic dan Calamine.

Kali ini Cosmoderm mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit baharu, Cosmoderm Perfect Balanced bagi memastikan kulit wajah kita menjadi lebih sihat dan berseri. Korang mesti dah tahu kan bahawa Cosmoderm merupakan produk yang mesra pengguna, jadi set ini dirumuskan untuk semua jenis kulit termasuklah kulit yang sensitif. 

Bahan Utama Cosmoderm Perfect Balanced
Sebelum WA perkenalkan jenis-jenis set ini jom kita kenali dahulu mengapa adanya 2 bahan utama dalam set Cosmoderm Perfect Balanced ini.

Prebiotic 
- Dikenali sebagai makan untuk 'bakteria baik' pada pada kulit dan badan kita bagi membantu mengimbangi ekosistem mikrobioma kulit daripada mengalami kemerahan dan  mendapat perlindungan cahaya yang konsisten. 
- Memberi kesan keselesaan pada kulit bagi menjadikan kulit menjadi lebih sihat dan menyenangkan.

Calamine
- Bahan utama untuk merawat dan menenangkan sakit kulit seperti ekzema dan psoriasis.
- Berfungsi untuk meredakan kegatalan dan kerengsaan pada kulit.
- Mengurangkan masalah kulit berminyak dan kemerahan.
- Melindungi kulit dari terdedah dengan cahaya sinaran matahari.

Set Cosmoderm Perfect Balanced
Untuk pengetahuan korang, dalam set ini mempunyai 4 jenis produk iaitu :

1. Perfect Balanced Foaming Cleanser
Diformulasikan untuk semua jenis kulit, lakukan langkah pertama untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri dengan menggunakan Perfect Balanced Foaming Cleaser. Ia membantu membersihkan pori-pori dengan mendalam serta menenangkan kulit dari kemerahan dengan dua bahan utama iaitu Prebiotic dan Calamine. Ianya bebas dari paraben, fragrance, SLS/SLES dan artifial colorant.

Hanya perlu picit sedikit ke tapak tangan dan gosok perlahan pada kulit muka. Kemudian bilas sehingga bersih. Easy right? =)

2. Perfect Balanced Toning Lotion
Step ke-2 adalah dengan menggunakan pelembap muka bagi muka rasa lebih tenang. Ia berfungsi untuk menenangkan kulit dari mengalami kemerahan, mengimbangkan tahap pH kulit supaya sentiasa lembap, memperbaiki dan memberi kelembapan bagi mengekalkan keseimbangan mikrobioma kulit.

Selepas mencuci muka, tuangkan toner ini ke tapak tangan dan sapu secara dap-dap di muka sehingga ia meresap ke dalam kulit dengan rata.

3. Perfect Balanced Soothing WOW Cream
Step yang ke-3 pula adalah dengan mengambil Perfect Balanced Soothing WOW Cream. Dengan jumlah 30,000 ppm kandungan Prebiotik dan Calamine yang lebih tinggi ini, ia membantu menenang dan melegakan kulit serta mengurangkan cela pada permukaan kulit. Penggunaan teknologi WOW (Water-in Oil in Water) dan Triple Moisture Boost Complex dalam pelembap ini mampu membantu mengembalikan kelembapan kulit.

Hanya perlu sapukan secara rata ke seluruh wajah dan leher anda setiap pagi dan malam.

4. Perfect Balanced Mineral Sun Milk SPF25PA++
Pengambilan Perfect Balanced Mineral Sun Milk adalah langkah terakhir untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Dipenuhi dengan vitamin serta mineral bagi melegakan sunburn dan kulit kering dan berfungsi melindungi kulit dari terkena sinaran UVA dan UVB. Selain itu, ianya juga meningkatkan perlindungan kulit anda daripada tekanan persekitaran yang boleh menyebabkan kulit rosak.

Tuangkan jumlah yang mencukupi pada tapak tangan dan kemudian sapukan secara rata ke seluruh wajah.

Bagi yang berminat ingin mendapatkan set penjagaan kulit Cosmoderm Perfect Balanced ini, korang bolehlah dapatkan di mana-mana farmasi pilihan, Guardian, Watsons, Aeon Wellness mahupun pasaraya yang berdekatan dengan anda. Anda juga boleh membeli secara online di website Cosmoderm atau Shopee. 

Website : 

Shopee :

Facebook :

Instagram :
 https://instagram.com/cosmoderm