Cerahi Kehidupan Prihatin Bersama | TOP yang merupakan pemenang anugerah Platinum Putra Brand Award 2019 bagi kategori produk keperluan rumah, kini kembali dengan kempen amal 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP' bagi bertujuan menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah bagi 364 pelajar Orang Asli di Pahang, Perak dan Johor bagi sesi persekolahan 2021.
Memandangkan Malaysia turut terkesan dengan pandemik Covid-19, pihak TOP akan menyumbang dua penutup muka kain guna semula bagi mengurangkan risiko kanak-kanak dijangkiti Covid-19. Bukan itu sahaja, ia turut menyediakan kelengkapan kembali ke sekolah seperti pakaian seragam baharu, kasutm stokin, beg sekolah, set alat tulis, pensil warna dan buku latihan untuk memberi semangat kepada kanak-kanak untuk hadir sekolah disamping meringankan beban ibubapa mereka.
Sepanjang 5 tahun berlangsung, kempen ini telah membantu kira-kira 2500 orang kanak-kanak berumur antara 7 ke 17 tahun dari 79 komuniti yang memerlukan termasuk Orang Asli, NGO anak yatim dan anak dari keluarga tunggal.
Dengan kerjasama JAKOA, TOP telah menyenarai pendek sekolah orang Asli dari komuniti yang paling terjejas mata pencarian mereka akibat pandemik. Tiga buah sekolah renda Orang Asli yang menerima kelengkapan kembali ke sekolah adalah :-
- Sekolah Kampung Kudong : Sekolah Orang Asli yang berpretasi tinggi dalam hutan simpan di Bekok Johor
- SK Pos Dipang : Sekolah yang mempunyai semangat kental dalam pemulihan selepas tanah runtuh, banjir dan tragedi lain di Jeram Perak
- SK Terisu : Sekolah kawasan terpencil dan terjejas mata pencarian di Cameron Highlands, Pahang
SK Kudong Johor
SK Pos Dipang Perak
Menerusi kempen ini, dengan setiap jualan produk detergent TOP di pasaraya TESCO dan TESCO Online dari 1 Disember hingga 31 Disember, sebanyak RM0.30 sen dana dikutip dan kemudian pihak JAKOA akan menghantar kelengkapan kembali ke sekolah kepada Orang Asli menjelang 15 Januari 2021 sebelum bermulanya penggal persekolahan yang baharu.
Selain memberi pelitup muka kain tiga lapis guna semula, pihak TOP turut menyediakan serbuk pencuci berpretasi tinggi yang boleh membersihkan pakaian mereka dengan lebih bersih termasuk pakaian seragam sekolah dan pelitup muka kain.
Menurut kata Pengurus Pemasaran Southern Lion Sdn Bhd, Cik Lin Ai Li (Bahagian Penjagaan Fabrik):
Serbuk pencuci TOP Super Hygenic Powder dan cecair pencuci TOP Odour Buster Liquid Detergent sesuai digunakan terutamanya pada musim pandemik kerana formulasi anti bakterianya mampu menghapuskan 99.9% bakteria untuk beri perlindungan maksimum dan mempunyai wangian anti peluh bagi menghilangkan bau hapak, bau peluh dan menanggalkan sebum yang terperangkap.
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Juli Edo berkata :
Pihak JAKOA mengalu-alukan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen kembali ke sekolah 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP' dan penambahan pelitup muka kain guna semula bagi membantu melindungi kanak-kanak, memberi keyakinan dan meringankan beban ekonomi ibu bapa Orang Asli.
Oleh, bagi sesiapa yang ingin turut serta dalam kempen ini, anda bolehlah membuat pembelian mana-mana produk TOP pada 1 Disember hingga 31 Disember di mana-mana pasaraya TESO dan juga TESCO Online pada harga istimewa!
Layari http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.
10 Comments
Hats off for Top and other NGO for carrying out this super meaningful campaign to help the less fortunate and needy. We need more companies like this to reach out to those who need more assistance and attention.
ReplyDeleteSatu program CSR sati TOP yang bagus untuk diteruskan setiap tahun.
ReplyDeletebagusnya top buat inisiatif membantu komuniti orang asli. jom support top!
ReplyDeleteKita memang pengguna sabun pencuci TOP ni daripada dulu lagi suka akan bau dan juga kebersihan yang diberikan selepas mencuci. Sekarang pula beli produk dapat bantu orang asli lagi best hurmmmmmm...
ReplyDeleteBagusnya ada kempen macam ni. Sambil membeli boleh menderma.
ReplyDeleteMemang suka produk Top..bau wangi!!
such a beautiful campaign to help people in need. thanks for sharing, i would love to contribute to this too!
ReplyDeleteKagum dengan usaha2 seperti ini. Lepas ni saya akan terus menyokong produk TOP.
ReplyDeleteTahniah TOP! Berjaya memberi senyuman kepada anak-anak orang asli.
ReplyDeleteBagus betul inisiatif Top ni berkempen macam ni. sekurang2nya dapat membantu orang2 asli yang lebih memerlukan.
ReplyDeleteTOP tak pernah missed buat CSR kempen. Setiap tahun pasti ada. Well done TOP! Sambil kita membeli, sedikit untung masuk kat program bantu komuniti. Tak sangak hanya RM 0.30 sahaja kita dah bersedekah.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)