Choco Jar Leleh Viral | Pernah tak korang order choco jar tapi coklatnya sikit dan keras? Kena tambah air panas sikit baru boleh makan.  WA pernah beli tahun lepas jadi camtu. Lama gila tak beli sebab dah fedup takut terkena lagi. Rasa tertekan betul nak makan dengan penuh perasaan menikmati choco jar tu. Hahaha!~


TAPIIIIII.... WA tak puas hati. Cuba cari choco jar yang sedap juga. Haritu WA try cari lagi sekali sebab teringin betul nak makan choco jar ni kat shopee. Akhirnya WA jumpa juga choco jar yang nampak sedap sebab dia tulis 'leleh'..... Kalau tak leleh juga tak tahu laah.. 

Nampak tak keadaan coklat tu macam mana? Serius membuat WA rasa tak sabar nak cuba masa ni tau. Actually masa sampai bukak parcel coklat tu elok lagilah. Tapi mybe sebab cuaca kat sini kebetulan tengah terik, bila letak kat tempat yang terkena cahaya matahari ni buat coklat cair cepat mybe. Nak beku letaklah kat freeze kejap ye dak. WA malas sebab tak sabar nak cuba! Tapi lantak ahhh, yang penting dia boleh buat WA puas makan. Kekekeke~

Apa Itu Choco Jar  Leleh?

Choco jar leleh ini diperbuat dengan menggunakan baby coco crunch premium double coklat free topping dan ready untuk dimakan tanpa rendam air panas. Jika sebelum ini, WA beli choco jar lain, ia menggunakan baby rice. Tapi kali ini special sebab menggunakan baby coco crunch. Dahlah WA memang suka coco crunch! Yummm yummmm~

Keistimewaan Choco Jar Leleh
  • Freshly made everyday
  • Menggunakan Coklat Premium Beryl's
  • Homemade & Muslim produk
  • Semua balang kaca dicuci dengan bersih
  • Penutup di sealed untuk menjamin kualiti dan kebersihan
  • Tak lemau!
Cara Guna & Simpan Choco Jar Leleh
  • Choco jar tak perlu di rendam sebelum makan
  • Ready stock 
  • Simpan di suhu bilik sahaja, tak perlu fridge
  • Tahan lebih setahun jika tidak dibuka seal
Packaging botol choco jar leleh ini nampak menarik dan mudah untuk dimakan. Cuma perlu ambil sudu dan menikmati choco jar tanpa halangan. Hehehe~

Available Free Toping??

Yess semestinya ada. Untuk choco jar leleh, ada 4 FREE TOPING yang available iaitu Oreo, Milo, Kit Kat dan Cadburry. Dahlah guna coklat premium, guna baby coco crunch, dapat lagi free toping jenis bercoklat. Uishhh, memang padu meleleh habis ni.

Maaflah rupanya taklah seteruk ini, sebab cuaca tengah terik masa ini, sibuk ambil gambar sampai tak perasan coklatnya cepat cair. Tapi topingnya pun still crispy tau, memang berbaloilah! Yang Oreo tu dia pecahkan biskut oreo so tak nampak sangatlah biskutnya. Sedap dan tak lemau pun even coklat cair masa ini. Cairnya pun bahagian atas jelah. Tapi bila nak makan tu, memang dapat gaul sebati coklat tu sampai meleleh kalau angkat guna sudu. Imagine nowww.. Hahaha!

Haa, korang nampak tak tekstur coklat dalam jar tu? Memang leleh habis, tak kering dia basah-basah gitu. tapi yang bestnya baby coco crunch tu tak lemau pun tau. Dahlah sedap coklatnya, pula tak kedekut memang penuh menutupi semua isi baby coco crunch ni. Bila makan rasa macam sedang menikmati lelehan coklat dalam mulut je. 

Husband pun kemain makan pusing sana tak pandang kita. Lagi 3 balang tu kita punya laaahhhh! Hahaha.. Husband pun kata sedap sebab coklatnya padu dan banyak tak kedekut macam yang sebelum-sebelum ini. Okay, berjaya misi mencari choco jar yang sedap dan coklat padu meleleh habis!

Kalau korang nak cuba or teringin nak makan choco jar leleh ini, korang bolehlah follow akaun Shopee seller - shopee.com.my/ftodoshi dan cari Choco Jar Viral Sedap! Atau korang boleh juga self pickup dengan seller area Shah Alam.