Chicken Blackpaper Tortilla Wrap | Sebenarnya lama dah teringin makan tortilla wrap tapi selama ini malas buat. Kali ini kena rajin sebab terpaksa buat. Dan kalau baca sampai habis, menu aku ini nampak macam menu diet, tapi actually menu pantang. Sebab aku masih tengah on pantang makan disebabkan gastrik yang teruk sebulan yang lalu. Pasal sakit tu mungkin akan ada entry baru (kalau rajin). 

Terdetik nak buat sebab masa belanja barang dapur kebetulan nampak wrapping ni, so trylah ambil yang wholemeal punya. Sebab gastrik tak boleh makan yang full gandum (yang biasa @ classic). Dalam kepala dah fikir aduhh! Timun, tomato, sayur kobis purple, sos cili, mayonis, ayam goreng tak boleh untuk gastrik (boleh je kalau nak sakit berterusan, aku nak sihat perut dulu tu aku pantang makan betul-betul). 

Last-last dapat idea buat versi makanan pantang gastrik. Aku dah boleh makan blackpaper dan sos tiram, so why not buat chicken blackpaper kan? Hehehe... So jom layan resepi aku buat untuk semua boleh makan. Untuk yang gastrik korang kurangkanlah apa yang tak boleh tu ye.

RESEPI CHICKEN BLACKPAPER TORTILLA WRAP

Bahan-bahan yang diperlukan :
(untuk 5-6 orang makan)
  • Roti wrap (anything boleh) - 5 keping 1 peket
  • Salad
  • Telur rebus - 4 biji
  • Timun
  • Tomato
  • Kobis merah ungu (optional)
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Isi ayam 
  • Lada hitam
  • Carrot
  • Sos tiram
Bahan Masak Ayam Blackpaper :
  • Isi ayam
  • Lada hitam - tumbuk halus biji lada hitam
  • Carrot
  • Sos tiram
  • 1/2 inci halia - hiris
  • Bawang putih 1 ulas - hiris
  • Bawang besar 1/2 ulas - hiris
Cara Masak Ayam Blackpaper :
1. Tuang olive oil sedikit untuk tumis bawang, halia hingga naik bau. 
2. Masukkan isi ayam beserta lada hitam yang dah ditumbuk 
3. Kemudian, masukkan carrot dan sos tiram beserta sedikit garam. Boleh tuang air sedikit sahaja bagi mengelakkan ianya terlampau kering. 
4. Siap dan ketepikan dahulu.


Cara membungkus :
1. Mula sekali bakar roti wrap atas api sekejap. Tak perlu minyak ke apa. Just rotinya sahaja. Sebab roti wrap itu layurkan atas api seperti capati. Jangan lama nanti hangus.
2. Kemudian letaklah bahan-bahan yang ada. Letak salad, isi ayam blackpaper, telur rebus yang sudah dihancurkan, timun, tomato kemudian sos dan mayonis.
3. Last sekali lipat dua dan wrap bagi tak terkeluar isinya. Siap untuk dihidang dan makan!


Kalau aku biasa potong 2 sahaja, tapi kalau ramai potong 3 pun okay. Kenyang pon kenyang. Lagi-lagi roti wholemeal. Bukan susah pun nak buat ni. Cuma nak sedia bahan je banyak sikit. Boleh bawak bekal anak-anak pergi sekolah, ke pejabat dan ke mana-mana.

Kalau tak ada roti wrap, korang guna roti yang petak pun boleh jangan risau. Cuma kalau buat camni aku lebih prefer yang jenis wrap sebab dia lebih padat rotinya. Kalau roti petak ni, lebih kepada sandwich la senang kata. Tapi bahan tetap sama. Ada orang suka roti petak, ada orang suka wrap. Depends diri sendiri lah kan. Hehehe..

Selamat mencuba guyss!