Resepi Sup Dumpling | Korang pernah tak makan dumpling? Kalau makan kat kedai tak puas sangat sebab kadang-kadang dumplingnya dapat sikit tapi harga dia fuhhh! So kali ini WA nak share dengan korang semua resepi sup dumpling versi WA. 

Teringat dulu makan dumpling dekat kedai Mee Tarik sedapnya Ya Allah! Tapi tak puas sebab sikit sangat. Barulah sekarang WA buat sebab baru jumpa kulit dumpling. Maklumlah nak buat sendiri malas sebab kena lenyek-lenyek. Beli yang dah siap je senang.

Sebenarnya dumpling, dimsum, mandu, gyoza ni adik-beradik tapi nama je lain-lain. Dimsum selalu orang Melayu panggil, Dumpling orang China (ke terbalik antara panggilan dari Melayu & Cina), dimsum lebih pada kukus yg colorful kulitya tu, Mandu orang Korea dan Gyoza orang Jepun. Tapi WA lebih suka panggil dumpling. Sebab macam bubblingggggg~ Ehhhh! Hahahhaa...

Nak buat sup dumpling ni senang je, yang susahnya nak sediakan bahan-bahan dia je sebab kena halus-halus isinya. Macam WA mula-mula buat je rajin bagi halus. Buat lagi sekali semuanya potong kasar @ cincang kasar je. Hihi~

RESEPI SUP DUMPLING
Bahan-Bahan Isi Dumpling (Bahan A) :
  • Dada ayam (kalau takde boleh je guna ayam kisar sahaja) *cincang halus
  • Daging Ayam Kisar Ramly (kalau takde ni, guna je isi ayam dicincang halus)
  • Bawang besar * cincang halus/potong dadu
  • Carrot *cincang halus/potong dadu
  • Kobis bulat *cincang halus
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Kulit dumpling Japanese Gyoza Pastry (1 pack ada 26 keping)
  • Garam (sikit buat rasa)
  • Lada hitam serbuk (buat rasa pedas lada hitam sikit)

**cincang halus = korang boleh guna chopper yang untuk bagi halus tu

Bahan- Bahan Sup (Bahan B) :
  • Bawang putih *mayang halus
  • 1 1/2 kiub pati ayam
  • Garam dan ajinamoto (secukup rasa)
  • Daun bawang 
  • Minyak bijan (pewangi sup)
Cara- Cara Buat Isi Dumpling :

1. Setelah setel cincang halus ke semua bahan A (seperti gambar diatas), gaulkan dalam satu bekas sehingga rata. Jangan letak garam banyak, letak sedikit buat ada rasa pada isi yang digaul sahaja nanti.
2. Kemudian, sesi bungkus dalam kulit dumpling yang tersedia ada. Dan kelim keliling dumpling dengan sedikit air. Tapi jangan kelim dumpling macam serupa nak buat karipap pula. Nk buat bunjut ke nak buat kelim tepi sahaja ke terpulang ikut kreativiti korang. Pastikan kelim rapat-rapat supaya masa nak reneh kat sup isi tak terkeluar. WA tak pandai kelim dumpling so jadilah rupa seperti dibawah ini.
3. Siap kelim, biarkan dumpling seketika supaya kulitnya kering tidak basah. Atau nak lagi cepat masukkan dalam peti beku atas untuk 5-10 minit sahaja. Anda juga boleh frozenkan dumpling dan makan waktu bila perlu. Masak dumpling ikut jumlah yang nak dimakan sahaja. Kalau rasa nak tambah, boleh masukkan lagi untuk elak kulit dumpling hancur setiap kali dipanaskan. 

Cara-Cara Buat Sup Dumpling :

1. Tumiskan bawang putih beserta kiub ayam sehingga naik bau (jangan hangus). Kemudian letak air setengah periuk sahaja sehingga hampir didih, baru masukkan dumpling (ikut banyak mana nak makan mula-mula). Jangan lupa tabur sedikit garam & ajinamoto.

**Minyak masak tak perlu banyak sebab hanya perlu tumiskan bawang putih beserta kiub ayam sahaja.
2. Kemudian dah didih dumpling, baru masukkan daun bawang dan letak minyak bijan sedikit sahaja bagi naik bau. Tapi dalam gambar ini WA tak letak minyak bijan sebab tak ada stok.

**Macam dalam gambar WA campurkan terus dengan daun sup yang saki baki tadi, sayang pula nak buang kan. Hehehe~
4. Sedia untuk dihidang!

Nak masak sup dumpling sangat senang. Tapi rasanya syiokkkkk!~ Macam WA suka buat isi dumpling banyak-banyak terus, then buat frozen senang nak makan terus buat supnya sahaja.
Nak makan bersama nasi sedap, dengan mee tarik/me udon/bihun pun sedap tau. Rugi korang tak try. Sekarang dah boleh buat sendiri (dulu pemalas nak cari bahan), so boleh buat sendiri je lepas ni kan. Jangan tengok je, jom buat Sup Dumpling gaiss! 

Selamat mencuba korang ! :)