Leezo Restaurant Kluang | Pejam celik pejam celik, sekejap sahaja masa berlalu. Kalau dulu, bila sampai sahaja di Kluang mesti terpinga-pinga nak cari tempat makan mana yang sedap. Lagilah kalau masakan western. Kalau nak makan sedap-sedap, kena tumpu kat area Batu Pahat. Tapi sekarang tak perlu dah.

Ini kerana Leezo telah melebarkan sayap perniagaan kedai makanan mereka yang bertemakan mostly konsep makanan Barat ini dengan membuka cawangan seterusnya di daerah Kluang. Kalau sebelum ini, ia telah membuka di Melaka, Batu Pahat (area Aeon Big) dan Parit Raja Batu Pahat. Dan kini, ia merupakan cawangan yang ke-4 (Kluang) kalau tak silaplah.

Credit to Leezo

Terdetik nak makan sini pun setelah pernah try makan di Leezo Batu Pahat punya. Memang tak mengecewakan sebab sedap-sedap belaka semuanya. Masa itu tahun 2017 kot dan di Kluang belum ada lagi. Sampaikan terdetik kenapalah tak bukak kat Kluang. Dahlah susah nak cari kedai makan western yang betul-betul sedap kat Kluang tu. Tup-tup dapat tahu Leezo kini sudah berada di Kluang pada Julai tahun lepas (2019).

Pendekkan cerita, aku pun ajaklah husband makan sini. Husband orang Batu Pahat pun tak pernah try kat Leezo BP. So kita ajak mai sini makan. Leezo punya kedai ni takdelah besar mana, tapi bagi aku okay je sebab suka tengok interior design kedai ni. Hehehe... Kenalah juga dengan konsep Barat gitu.

Yang penting tema Leezo sentiasa memilih warna Kuning/Gold. I don't know why itu kena tanya owner sendiri lah. Hihi.. But I like it! Dengan deretan lampu sekata warna tak campur-campur macam kedai lain. So far memang okay for me. Nak snap gambar pun just nice la gambar-gambar kita nanti.

First order of course air sampai dulu kan. Dan gelas dia pun okay, sedang-sedang tak berapa besar dan tak berapa kecil. Ini pun aku minum sorang segelas tak habis. Ada hati nk order lagi besar. Hihi.. 

3 Layer Bandung
Orange & Apple Juice

Husband pilih 3 Layer Bandung, why dinamakan 3 Layer Bandung? Sebab bermula dari gula, susu dan sirap lahh. Apa lahh korang ni tu pun lambat. Hahaha.... Dan 2 gelas lagi ni air Oren dan Apple tapi dapat free sebab kitaorang order set makanan punya.

Aku tak ingat nama set ini apa. Tak silap Gazebo Set A kot. Agaknya lah. Maklumlah main order je sebab malas nak pikir lama masa tu. Haha! Harga dia dalam RM59.90 kot. Ada burger, spaghetti aglio olio, fried meatball (agak je ni), fun fries, lamb chop dan free 2 air. Bagi aku berbaloi sebab portion dia ni boleh cukup untuk 2-3 orang. Tapi kalau untuk 4 orang pun okay sebab banyak.

Leezo Meatball (RM11.90)

Untuk single order, husband nak try Leezo Meatball. Meatball dia buat sendiri tau. Apa segala daging yang ada untuk menu dia buat sendiri. daging burger sendiri, meatball pun buat sendiri. Sedaplah juga rasa macam makan ala-ala kat Ikea. Lemak-lemak rasanya. Tapi aku takleh go dengan meatball Ikea. Don't know la kenapa. 

Cheesy Carbonara (RM16.90)

Then last aku order Cheesy Carbonara. Aku ni suka makan yang bercheese. So sajalah nak try sedap ke tak carbonara yang berjuicy ni. Perghh! Memang padu babe. Sedap dia makan tak henti kau! Nampak macam sikit kan? Tapi sebenarnya banyak weii. 

siap ada letak cheese slide lagi
Si kenit hadap Cheesy Carbonara tak sudah-sudah. Suka sangat dia. Dah habis pun dijilat-jilat garpu dan sudu tu. Hahaha! Ini rambut dia sebelum makan dah macam orang gaduh. Selepas makan korang tak tengok. Dah macam apa dah. Pakkal tak sempat snap. Hahahah~

List Makanan & Harga

Jangan risau kalau tekak tu tak berapa layan western, sebab kat Leezo ini ada juga menyediakan menu nasi yang pelbagai. So korang boleh pilih nak makan apa selain western punya. Mudah kan? Tapi aneka nasi kat sini pun sedap dan berbaloi tau. Rugi tak cuba! For me, semua harga dia berbaloi dengan keenakan masakan disini dengan portion yang banyak dan sedap. Sekali-sekala makan disini apa salahnya kan?

So kalau korang tengah mencari tempat makan western yang sedap di Kluang, korang bolehlah pilih untuk makan di Leezo Restaurant Kluang yang bertempat di Taman Kurnia Kluang ini. Jangan lupa untuk mencubanya!

Facebook :

Booking/Reserved : 
018-7770392

Lokasi : 
260, Jalan Kurnia Satu, Taman Kurnia 86000 Kluang Johor

Waze :
(Leezo Restaurant Kluang)