Safi Youth Radiance | Produk SAFI tidak pernah mengecewakan para penggunanya setiap kali mengeluarkan produk baharu, tidak kiralah samada dari segi penjagaan diri ataupun penjagaan muka. Kalau kita lihat sekarang, pelbagai produk SAFI yang telah berada di pasaran sekarang dan WA dapat tahu ada yang terbaharu iaitu Safi Youth Radiance pula. 

Safi Youth Radiance telahpun diperkenalkan oleh SAFI dimana ia merupakan jenama rangkaian produk anti-penuaan  pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan campuran ekstrak herba mewah seperti Saffron, Nano Gold, Beetox dan juga Lipo Vit-C.

Memandangkan usia sudah semakin lanjut hampir nak mencapai angka 30-an, kini tibalah masanya WA untuk mencari skincare untuk anti-penuaan bagi untuk sentiasa kelihatan muda, cerah dan berseri. Jangan risau dengan produk SAFI kerana ianya selamat digunakan malah telah dihasilkan dan diuji secara dermatologi, BEBAS dari miyak mineral, alkohol, paraben dan TIDAK diuji ke atas haiwan.

Safi Youth Radiance telah menawarkan 2 jenis produk iaitu Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan juga Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan bahan utama seperti Nano Gold 24K dan Saffron. Antara fungsi utama Safi Youth Radiance ini ialah :
  • Melambatkan penuaan kulit
  • Mengurangkan garis-garis halus
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri
PENGENALAN PRODUK SAFI YOUTH RADIANCE

1. SAFI YOUTH RADIANCE ANTI-AGING & WHITENING ESSENCE

Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence yang diperkaya dengan teknologi Saffron Gold, Nano Gold 24K, Beetox dan Lipo Vit-C ini membantu mencegah penuaan kulit, membaiki struktur kulit, mencerahkan kulit serta membantu melambatkan proses penuaan supaya tampil lebih muda.

Bukan itu sahaja, di dalam Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence ia juga menggunakan formulasi berasaskan air dengan menggunakan bahan Hyaluronic Acid yang dapat mengunci lembapan dengan lebih mendalam bagi mempertingkatkan kadar kandungan air di dalam kulit sekaligus dapat mengembalikan keanjalan kulit muka. Dengan 2 gabungan  dalam satu produk ini, ia membantu memberikan penghidratan segera, menghaluskan pori serta membantu kadar penyerapan produk seterusnya dengan lebih lancar.

Bahan Yang Terkandung di Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence Beserta Fungsinya
  • Ekstrak Saffron : Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
  • Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV & pencemaran
  • Hyaluronic Acid : Menghidrat dan mengunci kulit sehingga 24 jam
Penggunaan :
Essence ini mempunyai tekstur seakan gel cecair, tidak terlalu likat. Dan anda boleh lihat tekstur yang berada di tangan WA (gambar di atas) mempunyai kepingan Nano Gold 24K bagi membantu mencerahkan kulit wajah.

Hanya tuangkan essence tersebut mengikut kuantiti yang dikehendaki ke telapak tangan. Sapu dan ratakan pada wajah. Kemudian urut perlahan sehingga ia meresap sepenuhnya pada kulit.

Harga : RM55.90 (100ml)

2. SAFI YOUTH RADIANCE SERUM INFUSED MOISTURISER
Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser pula telah dirumuskan untuk menjadikan ia ringan, tidak melekit dan tidak berminyak bagi menyokong penyerapan yang cepat ke dalam kulit bagi memberi kelembapan pada kulit kita. Tekstur yang asalnya dari gel krim akan bertukar sehingga menjadikan kulit anda rasa lebih lembut, licin dan lembap.

Bahan Yang Terkandung di Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser Beserta Fungsinya
  • Ekstrak Saffron : Mengurangkan kedutan di wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah
  • Lipo Vit-C : Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV & pencemaran
  • Vita-B3 : Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata serta mengurangkan garisan halus dan kulit kusam
Dengan adanya bahan-bahan berikut pada Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini, ianya terbukti ada peningkatan sebanyak 67%  kadar keanjalan kulit yang lebih baik dan 75% kadar pencerahan kulit berdasarkan ujian klinikal dnegan penggunaan rangkaian produk ini secara berterusan.

Penggunaan :
Penggunaan Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser ini sangat mudah. Anda boleh sapukan ia pada wajah dan juga leher. Hanya picit kuantiti yang dikehendaki pada telapak tangan. Urut perlahan sehingga ianya berubah menjadi titisan air. Urut dengan lembut sehingga ia meresap penuh ke dalam kulit.

Harga : RM55.90 (40g)

Pengalaman WA Menggunakan Produk Safi Youth Radiance

Sebenarnya WA baru sahaja mencuba produk ini dalam lebih kurang seminggu. Jadinya kesan penggunaan itu tak ada lagi. Cuma yang boleh WA katakan, sepanjang menggunakannya alhamdulillah, kulit muka sangat serasi dan tiada kesan rengsangan pada kulit. Jadi WA nak teruskan penggunaan produk ini kerana kulit WA terasa lebih lembut, licin dan tona kulit pun sekata.

Suka dengan packaging Safi Youth Radiance kali ini kerana berwarna merah hati. Sesuai dengan tema anti-penuaan. Segarang-garang warna merah, ia nampak lebih muda dan berkeyakinan tinggi bagi golongan yang hendak mencapai 30-an. Katakan tidak pada kedutan! :)

Dan apa yang bestnya, ianya bertekstur mudah meresap ke dalam kulit tanpa membuatkan kulit kita berminyak dan melekit dan berbau harum seperti bau madu lebah. Korang tahu kan bau madu macam mana? Bau manis-manis buah dan bunga gitu.

Jika anda sedang tercari-cari skincare untuk anti-penuaan, anda bolehlah dapatkan rangkaian skincare baharu Safi Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan juga Safi Youth Radiance Serum Infused Moisturiser di mana-mana Watsons, Guardian dan Aeon Wellness di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, anda bolehlah layari laman web dan media social SAFI yang berikut :

Website :

Facebook : 

Instagram :