Glow Gemilang Alha Alfa | Dah lama rasanya WA tak story mengenai kecantikan ataupun barang kosmetik kan? Sedia maklum, WA pernah up satu entry mengenai Alha Alfa Foundation sebelum ini. Bagi yang tak tahu lagi, korang bolehlah refer entry mengenai foundation AA ini - Alha Alfa Royal Propolis Foundation. Kat situ WA dah story 3 color foundation yang WA dah try. Dan kali ini WA nak story tentang set Glow Gemilang AA ini.
Di dalam set Glow Gemilang Alha Alfa ini mengandungi 4 jenis barang makeup yang sangat mudah untuk digayakan bagi mendapatkan makeup yang berseri. Buat pengetahuan korang, sebenarnya masa beli set glow ni, WA dapat FREE Skin Booster Serum*while stock last. So, agak bernasib baik jugalah masa itu kan. Yelah, jimat RM50 kat situ. Hihiii~
Untuk set Glow Gemilang AA ini sebenarnya juga korang boleh memilih nak kod apa untuk setiap jenis produk. Tapi, untuk kegunaan WA, inilah kod pilihan setiap jenis produk dalam set Glow Gemilang AA ini. Antaranya ialah :
- 1x Glow Creator
- 1x Royal Propolis Foundation
- 1x Loose Powder
- 1x Eyeshadow Palette
Skin Booster Intensive Repair Makeup Serum (RM49.90)
Skin Booster Serum ini WA dapat FREE dalam set Glow Gemilang ini. Tapi WA nak share dengan korang apa fungsi skin booster ini sebenarnya. Serum ini bukan sahaja memastikan makeup lebih flawless dengan menjadikan kulit lebih bersedia untuk menerima sapuan foundation pada kulit wajah, malah ia juga boleh membantu merawat kulit wajah yang bermasalah dalam waktu yang sama. Boleh dikatakan ianya sebagai treatment serum juga.
Kandungan Bahan Skin Booster Serum Alha Alfa
1. Titanium Dioxide - melindungi kulit dari matahari
2. Stearyl Dimethicone - melembutkan kulit
3. Propylene Glycol - kurangkan masalah kulit kering dan mengelupas
4. Lanolin - menghasilkan kesan kulit flawless dan glowing
5. Glyceryl monostearate - mengurangkan minyak pada wajah
Fungsi dan Kelebihan Skin Booster Serum Alha Alfa
- Meresap ke dalam lapisan kulit dengan pantas
- Waterbased, gel yang tidak berminyak dan melekit
- Sesuai untuk semua jenis kulit samada berminyak atau kering
- Sejuk dan melegakan kulit
- Kulit lebih anjal dan halus
- Mengecutkan jerawat dan menghalang pertumbuhan jerawat yang baru (anti jerawat)
- Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata
- Mengekalkan kelembapan kulit
- Melegakan keradangan dan kulit sensitif
- Memudarkan parut jeragat
- Anti penuaan
- Kulit tampak lebih berseri
- Kesan boleh dilihat jika konsisten dalam 7 hingga 14 hari
Skin Booster Serum AA ini bukan untuk dimix atau diblendkan foundation ya. Jangan tersilap pula nanti. Cara penggunaannya senang sahaja iaitu :
- Cuci muka dengan bersih
- Sapukan Skin Booster Serum
- Diikuti dengan memakai moisturizer (pelembap)
- Kemudian boleh apply makeup start dengan primer hingga habis *jika mahu bermakeup
(Gunakan 2-3 kali sehari selepas mencuci muka, siang dan malam)
Kalau korang nak tahu apakah kod yang WA pilih untuk setiap jenis produk dalam set glow ini, kenalah baca sampai habis tau. Jangan skip-skip pula ye. Hehehe~
SET GLOW GEMILANG ALHA ALFA
Glow Creator Moisture + Shine - Shine Gold (RM49.90)
Ia berfungsi sebagai penambah "Glow, Moist & Dewy Look" pada solekan dengan menggunakan formula baharu ' from liquid to powder' supaya tidak mudah rasa melekit pada kulit muka. Selain itu, ia juga berfungsi dalam pelbagai look dengan pemakaian glow creator ini.
- Boleh dipakai sebagai moisturizer/highlight (effect glow)
- Boleh mix pada foundation
- Boleh apply atas eyeshadow untuk jadikan wet/shiny look
- Boleh apply atas lipstick untuk jadikan bibir nampak glow dan glitter
Hanya perlu titikkan dalam 2-3 titik sahaja kat mana-mana tempat yang diperlukan dan ia mampu memberikan effect shiny look dan glowing.
Royal Propolis Foundation - Edel (RM49.90)
Seperti yang korang semua tahu, Royal Propolis Foundation ini merupakan foundation viral di abad ini sehinggalah sekarang. Btw, ini merupakan packaging lama. Kini AA telah mengeluarkan foundation yang ada madu lebah ini dengan new formula dan packaging baru dan tengah meletop sekarang ini tau. Korang boleh baca info mengenai foundation ini di entry sebelum ini (refer entry di intro).
Memandangkan WA dah ada kod Auri, Fervi dan Morri, maka WA hendaklah mencuba kod Edel pula dimana ianya pun sesuai dengan warna Asian, kulit medium. Royal Propolis Foundation AA sebenarnya ada 5 kod iaitu Auri, Fervi, Edel, Morri dan Salvia.
Waterproof Loose Powder - Translucent Matte (RM59.90)
Waterproof Loose Powder AA ini bersifat matte finishing loose powder dan mampu menyerap lebihan minyak pada kulit muka dan sesuai untuk yang kulit berminyak dan berpeluh.
Kelebihan Waterproof Loose Powder AA
- Waterproof
- Anti peluh
- Serap minyak berlebihan
- Bertekstur halus
- Memberi glow effect tanpa shimmer
- Sesuai untuk natural glow effect
Untuk keluaran loose powder AA ini merangkumi 2 jenis, iaitu matte dan juga glow. Matte sesuai yang kulit berminyak atau berjerawat, manakala Glow sesuai untuk yang kulit normal dan ingin nampak flawless. Setiap jenis loose powder ini mempunyai 2 kod juga so keseluruhan ada 6 kod loose powder AA.
Kod Waterproof Loose Powder AA
01 Soft Pink (Matte)
01 Soft Pink (Glow)
02 Translucent (Matte)
02 Translucent (Glow)
03 Brown (Matte)
03 (Brown (Glow)
Fungsi Waterproof Loose Powder AA
1. Pink : Untuk effect muka awet muda atau kelihatan flawless. Jadikan ia sebagai natural blusher samada apply di bawah mata, pipi atau hidung.
2. Translucent : Sesuai untuk semua jenis warna kulit dan digunakan sebagai teknik baking. Tidak berwarna dan tidak meninggalkan warna bedak pada kulit.
3. Brown : Sesuai untuk menyamarkan warna foundation. Contohnya jika korang kulit sawo matang, takut jika terlalu putih foundation korang boleh apply loose powder ini. Jangan risau, walaupun ia berwarna brown, tapi ia tidak akan menggelapkan lagi kulit korang. Ia cuma balancekan warna foundation dengan kulit kita. By the way, yang Glow sesuai untuk kulit medium to dark dan yang Matte sesuai untuk tan skin.
p/s : Tahukah korang bahawa loose powder AA ini memang kalis air? Kalau korang berpeluh pun, makeup still maintain je tau. Tak percaya boleh tengok video AA sendiri atau rakan-rakan MUA yang dah buat as testimoni.
Alha Alfa Eyeshadow Palette - Heaven Bronze (RM60.00)
Eyeshadow Palette AA ini bersaiz compact, magnetic case beserta cermin sesuai untuk dibawa kemana-mana (travel friendly). Dan ia mempunyai warna eyeshadow yang sangat pigmented untuk di apply pada mata. Eyeshadow Palette AA ini mempunyai 4 pilihan warna yang menarik :
1. Alha Alfa Eyeshadow Palette - True Naked
- Mempunyai warna tanah yang sangat natural, sesuai untuk harian dan 'Nikah Look'
- Sesuai untuk semua warna kulit (better kulit cerah & medium)
2. Alha Alfa Eyeshadow Palette - Catchy Doll
- Mempunyai warna-warna pinkish, sesuai untuk 'Dolly Look'
3. Alha Alfa Eyeshadow Palette - Heaven Bronze
- Mempunyai warna-warna yang exclusive dan sexy
- Sesuai untuk 'Dinner Look' dan 'Sanding Look'
4. Alha Alfa Eyeshadow Palette - Revealed Smoky
- Mempunyai warna untuk smokey eyes yang sangat edge
- Sesuai untuk malam hari dan sanding
- Sesuai digunakan untuk si mata sepet
So, inilah kod pilihan yang WA pilih dalam set Glow Gemilang ini. Korang just pilih sahaja nak kod apa yang bersesuaian dengan tona kulit korang then bolehlah bergaya dengan set makeup bajet ini. Bayangkan harga sebenar dalam satu set ini jika korang beli secara loose, korang kena bayar dalam RM220.00, tetapi dengan set makeup AA ini korang hanya perlu bayar RM189.90 sahaja! Haa, jimat tak? Lagi untung kalau time beli tu dapat barang free lagi. Hihihi~
Inilah look yang berjaya WA hasilkan haritu. Sorry muka sebelum makeup takdan nak snap tapi paham-paham jelah muka sebelum macam mana. Hahaha! Kalau nak tengok dari sebelum hingga selepas, korang boleh lihat tutorial makeup ini di IGTV @wawaashihara. Kat situ korang boleh tengoklah hasilnya. Gambar ini WA menggunakan natural lighting, actually masa record cahaya tak berapa terang sebab lupa nak setting ISO kat kamera dan tak selak langsir masa tu. Kekekee. Tak tahulah ini makeup look apa, sebab WA buat ringkas je masa ini. Mood makeup ke laut lain macam kali ini. Hahahahaha~
Kalau korang nak dapatkan set Glow Gemilang ini, ataupun makeup set AA yang lain, korang bolehlah pergi membeli di laman web https://malaysia.alhaalfa.com/ atau boleh follow IG @alhaalfacosmetics.hq :)
22 Comments
Menarikla produk set Glow Alha Alfa ni..tak pernah pakai lagi..nak kena cuba ni..lagi foundstion dia denagn bedak serbuk tu
ReplyDeleteLama dh berkenan kat produk aa ni.. Biasa zaza beli fd propolis tu je sbb mmg guna..
ReplyDeleteCantik Wawa.. suka warna set makeup nie..
ReplyDeleteWow set lengkap, tak payah nk cari lain, beli satu set terus
ReplyDeleteProduk Alha Alfa memang bagus kan. Agak banyak tengok video Dato Alha yang mekap mekap tu. Memang terpegun sebab memang high coverage
ReplyDeleteLoose powder kalis air tuuu.. Nice semua produk AA ni..
ReplyDeletemek ada cuba juga foundation Alha Alfa ni memang cantik dik oi. balik rumah stil glowing. lagi lama pakai lagi glowing kulit wajah.
ReplyDeleteNampak lain sangat muka wa bila mekap guna set Alha Alfa ni. Akak memang dah aim foundation Alha Alfa ni sebab nampak cantik sangat.
ReplyDeleteteringin nak pakai produk alha alfa ni menarik sekali! cantik jer tengok wawa pakai tu ha..
ReplyDeleteWarna-warna eyeshadow kod yang wa pilih tu cantik sangat. Mekap pun cantik..nampak natural.
ReplyDeleteFamous brand ni skang kan. X sangka pengasas dia orang kita. Dah standart international dah rasa brand ni
ReplyDeletecantik wa, mekap tambah2 dengan AA ni.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Produk alha alfa ni makin popular ya, saya tahu pasal produk ni selepas menjadi penaja untuk beberapa rancangan hiburan.
ReplyDeleteBerminat pulak dengan set alha alfa ni. Harga pun ok. Satu set ni pun macam-macam dapat kan. besttt
ReplyDeleteNie yang buat Rawlins terasa nak menyambar barangan AA tu - especially loose powder tu. Baca review rerakan best semuanya
ReplyDeletePackaging dia cantik gila! Rasa nak try especially yang eyeshadow tu, and nak beli sebab packging comel je lol
ReplyDeletesenang kan bila ada set lengkap macam ni. tak payah pikir nak cari kat lain dah. beli satu kotak je
ReplyDeletePernah dengar brand ni. Mmg best. Ramai yg kata antara produk lokal kecantikan yg sgt direkomen pengguna
ReplyDeleteKalau tengok harganya, setanding la dengan harga produk lain kan. Kira hrga mampu milik la kan.
ReplyDeleteCantik laa WA make up dengan set AA ni..
ReplyDeletewaa bestnya alha alfa ni
ReplyDeleteMenarik...dgn testimoni sekali
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)