Biolife Pynocare | Ramai orang beranggapan bahawa dengan pengambilan skincare sahaja, kita boleh dapat mengembalikan kulit muka yang lebih sihat, cantik dan berseri. Tahukah anda, itu adalah tidak tepat sekali? Untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan berseri, kenalah jaga luar dan dalam juga.
Anda boleh mengambil supplemen kecantikan yang berdaftar seperti Vitamin C atau pun supplemen kecantikan yang sesuai untuk kulit muka anda. Akan tetapi, jika anda ingin mengambil supplemen kecantikan yang berasaskan kolagen, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu jika anda menghidap penyakit wanita seperti Pcos, Cyst dan beberapa penyakit kronik yang berkaitan.
Memandangkan kulit WA ini agak kelihatan kusam serta tona kulit tidak sekata, maka, WA pun terasa mahu mencuba buat pertama kalinya supplemen Biolife Pynocare ini.
Apa Itu Pynocare ?
Pynocare merupakan supplemen keluaran Biolife yang telah dikilangkan oleh Mega Lifesciences (Australia) Sdn Bhd dengan number berdaftar MAL20032459X dan telah dikaji secara klinikal. Ianya merupakan kombinasi ramuan tumbuhan semulajadi dimana ia membantu melindungi kulit daripada penuaan pra-matang serta tona kulit yang tidak sekata.
Bagaimana Melanin Boleh Terhasil?
Mesti anda tertanya-tanya apa itu Melanin dan bagaimana ianya boleh terhasil? Sebenarnya melanin merupakan pigmen yang terhasil daripada sel-sel melanosit dan ia memberi warna kepada kulit kita. Penghasilan melanin terjadi di lapisan kulit yang paling dalam dengan bantuan beberapa jenis enzim. Melanosit kemudiannya membawa melanin ke permukaan kulit dan ia menyumbang kepada warna kulit setiap individu.
Punca-Punca Masalah Kulit
Tahukah anda, bagaimana terjadinya pelbagai masalah kulit kita? Buat pengetahuan anda semua, dengan pendedahan kepada cahaya matahari adalah faktor utama kulit kita bermasalah. Bukan itu sahaja, perubahan hormon juga boleh menjadi punca seperti kehamilan atau pengambilan pil kontraseptif. Masalah endokrin seperti tiroid dan ovari. Kosmetik yang bertoksin pada cahaya seperti bahan merkuri dan acid salisilik. Malah mungkin menjadi punca dengan pengambilan ubat-ubatan yang bertoksik pada cahaya seperti antibiotik dan ubat anti-keradangan.
Dari situ, kita dapat melihat kesan-kesan pada kulit seperti bintik-bintik hitam dan tona kulit yang tidak sekata disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan pada kawasan yang terdedah kepada pancaran matahari terutamanya di bahagian pipi, atas bibir, hidung dan dagu.
Pynocare Esen untuk Tona Kulit yang Sekata Bagaikan Kristal
Ia didatangkan dengan formulasi yang luar biasa iaitu MSCC Complex Actisome bagi meningkatkan bioavailability untuk penyerapan yang lebih baik. Antaranya ialah :-
1. Pertahanan dari Radikal Bebas :
Membekalkan antioksidan yang kuat untuk menghapuskan radikal bebas yang menjadi punca utama tona kulit tidak sekata.
2. Sebagai Pelindung UV :
Bertindak bagi meningkatkan pertahanan terhadap kulit yang disebabkan oleh cahaya UV matahari.
Bahan-Bahan dalam Pynocare Serta Kelebihannya
1) Ekstrak Kulit Kayu Pain Maritim Perancis
- Kaya dengan procyanidin oligomerik (OPCs) dab bioflavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan untuk menghapuskan radikal bebas
- Berupaya untuk membentuk lebih banyak struktur antioksidan dengan mengitar semula vitamin C dan menghasilkan vitamin E
2) Vitamin C
- Merupakan antioksidan semulajadi
- Melindungi kulit daripada UVA, UVB dan cahaya yang boleh dilihat
- Menghalang penghasilan dan pembentukan melanin
- Bekerjasama dengan vitamin E
3) Ekstrak D.Salina
- Membekalkan sumber semukajadi yang kaya dengan karotenoid, beta-karotena
- Merupakan antioksidan semulajadi yang melindungi membran sel dari pengoksidaan lipid dan kerosakan yang disebabkan oleh cahaya UV
4) Vitamin E
- Sebagai antioksidan larut lemak utama yang menghalang pengoksidaan lipid dan menghapuskan radikal bebas
- Memberi perlindungan UV serta mengurangkan kesan-kesan penuaan
Produk Pynocare ini telahpun mendapat sijil Halal dan kesemua bahan-bahan yang digunakan adalah bebas dari bahan kimia dan selamat untuk diamalkan.
Dalam satu kotak ini mengandungi 5 x 10 softgel capsule dan untuk pengambilan pula anda disarankan mengambil sebanyak 2 kapsul sehari selepas makan sahaja.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda bolehlah klik pautan berikut :
Lazada :
CARiNG :
Watsons :
26 Comments
Sama macam masalah Rawlins - tona tak sekata dan kusam. Nanti nak semak harga sekotak berapa. Mana tau ada rezki, boleh la nak try.
ReplyDeleteBagus ramuan-ramuan dia. Kaya dengan nutrien penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Betul, nak kulit cantik bukan saja jaga luaran tapi dalaman sekali.
ReplyDeleteOh baru tahu Pynocare ni dari jenama BioLife rupanya :) Saya setuju juga dengan WA bahawa skincare sahaja tak cukup untuk jaga kecantikan kulit. Kesihatan dalaman pun kena dititikberatkan, barulah beauty from inside gitu :)
ReplyDeleteBanyaknya produk kecantikan akhir-akhir ini semoga ia tidak bahan terlarang ya hehe
ReplyDeleteKak tabik la dgn sesiapa ya g berani cuba makan supplemen begini sbb kak memang tak berani dan takut nak cuba.
ReplyDeleteTak pernah take any supplement before. Because selalu I feel macam takut nak ambil especially skg ni bnyk chemical added dlm tu. But memang it’s really good ada extra boost for the skin. This look promising. If it’s free from chemical macam supplement ni, mesti best 🤩
ReplyDeleteWahh banyak nutrien fmyang terdapat dalamnya ya. Tak pernah lagi ambil suplemen untuk muka - mostly untuk keseluruhan sekali gus. Tapi maybe nanti boleh cuba yang ni kan. Mana tau sesuai dengan kulit. 😃
ReplyDeleteBaru saya tahu mengambil vitamin c atau supplemen saja tidak ckup untuk menjaga kesihatan kulit kita.salam singgah dari saya.
ReplyDeleteZaza pun kulit tak sekata antara lengan dgn muka.. Ada baca pasl prduk ni..bahan2 pun bagus
ReplyDeleteBonde pon dah cuba pynocare ni baru nih, harapnye dapatlah hilangkan jeragat dekat muka, InsyaAllah Aamiin
ReplyDeleteSalam bonde zaidalifah. Bonde masih makan lagi ke supplement ni. Makin pudar x jeragat. Saya baru nak cuba2
DeleteSama lah naktau jugak effect
DeleteMenarik produk ni.. Nad pun baru cuba.. Kulit kita pun tak sekata
ReplyDeleteMacam best je pertama kali tahu jenama ni. Nanti nak survey la boleh try supplement baru
ReplyDeleteI memang ada cari produk macam ni sebab I rasa I pakai skincare je tak cukup. Ye lah, bila dah meningkat usia ni dalaman pun kena jaga. Tapi kena tunggu anak wean off dulu baru rasa lagi selamat nak makan supplement
ReplyDeleteMenarik ya produk terbaru dari Biolife nie..
ReplyDeleteBetulntu wa. Nak cantik bukan jaga luaran sahaja tapi dalaman juga. Pynocare memnag bagus untuk membantu mengatasi masalah kulit wajah. Umur makin meningkat ni memnag elok sangat consume
ReplyDeleteMenarik. Nak cuba la nanti. Kita pun ada masalah kulit tak sekata.
ReplyDeleteWah macam menarik ja Pynocare ni. Boleh menyamakan tona kulit. Bagus ni sebab syira ada masalah ini. Boleh try nanti
ReplyDeleteBiolife ni one of d well known supplements dekat Malaysia ni kan.. Boleh la try lpas ni
ReplyDeletealhamdulillah sekarang dah mudah sangat kan, banyak suplemen untuk kita pilih untuk kesihatan dan kecantikan kita ^_^
ReplyDeleteNampak macam coklat jer. Macam sedap, ni kena makan tiap hari ke
ReplyDeleteTona kulit sekata ni yg bagus. Memang ramai yg suka
ReplyDeleteBagus produk ni. Sebelum ni pun akak ada pernah terbaca dan terus rasa nak cuba. Tapi harga dia agak mahal. hurm... mula menabung sikit-sikit la.
ReplyDeletemek pun tengah amalkan juga ni. habis dah satu papan. memang best. nanti mek review juga
ReplyDeletefirst time dengar pasal produk ni. banyak khasiatnya ya?! bolehlah saya recommend dkt kawan2 saya nnti :)
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)