Resepi Pecal Jawa | Sebenarnya dah lama tak makan pecal jawa ni. Dia lebih kurang macam rojak sayur tapi kuahnya lain. Haritu teringin sangat nak buat pecal, tapi takut tak ada siapa yang doyan. So, bagitahu suami nak buat pecal. Suami pun on je sebab ada sayur yang dia makan macam pucuk ubi dan kacang panjang. Dengan pantasnya WA terus buat. Belah family WA panggil pecal jawa je. Tapi belah suami, mak mertua panggil rojak sayur dan kuahnya lain guna cili api je semuanya macam kuah rojak. Mak mertua pun nk try versi WA punya. So buatlah pecal.


RESEPI PECAL JAWA

Bahan-Bahan Pecal :

(gunakan bahan apa yang ada masa ni)
Pucuk ubi
Kacang panjang
Tempe
Timun
Tauhu
Betik mengkal
*boleh juga add on seperti sengkuang, taugeh, jantung pisang atau kangkung.
*kuantiti ikut banyak mana nak buat,

Bahan-Bahan Kuah Pecal :
Kacang tanah 300-500g
Cili kering 7 tangkai
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar 1 ulas
Asam jawa

Cara Membuat Bahan Pecal :
1. Celurkan pucuk ubi, kacang panjang dan betik mengkal dalam air mendidih dan toskan. 
2. Gorengkan tempe dan tauhu sehingga masak. 
3. Dan timun dihiris ikut suka style apa pun. Ketepikan.

Cara Membuat Kuah Pecal :
1. Gorengkan kacang tanah sehingga naik warna keperangan. 
2. Kemudian, goreng cili kering beserta bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan wangi.
3. Terpulang samada bahan 1 & 2 nak dikisar atau ditumbuk. 
4. Bancuh bahan yg dikisar/ditumbuk tadi dengan meletakkan garam serta gula pasir. 
5. Letak air asam jawa serta air panas dan kacau hingga rata adunan kuahnya dan cukup rasa. Ketepikan.
*ada orang letak belacan sedikit. Terpulang.
*kuah jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. 

Nak makan pecal ini senang sahaja. Ambil bahan-bahan pecal tadi dalam satu pinggan, kemudian tuangkan kuah pecal diatasnya (ikut nak banyak mana). Akhir sekali, gaul dengan rata dan sedia untuk dimakan! Nikmatnya tak terhingga. Makan tak cukup pinggan bertambah-tambah =)

Selamat menjamu selera!