Resepi Pecal Jawa | Sebenarnya dah lama tak makan pecal jawa ni. Dia lebih kurang macam rojak sayur tapi kuahnya lain. Haritu teringin sangat nak buat pecal, tapi takut tak ada siapa yang doyan. So, bagitahu suami nak buat pecal. Suami pun on je sebab ada sayur yang dia makan macam pucuk ubi dan kacang panjang. Dengan pantasnya WA terus buat. Belah family WA panggil pecal jawa je. Tapi belah suami, mak mertua panggil rojak sayur dan kuahnya lain guna cili api je semuanya macam kuah rojak. Mak mertua pun nk try versi WA punya. So buatlah pecal.
RESEPI PECAL JAWA
Bahan-Bahan Pecal :
(gunakan bahan apa yang ada masa ni)
Pucuk ubi
Kacang panjang
Tempe
Timun
Tauhu
Betik mengkal
*boleh juga add on seperti sengkuang, taugeh, jantung pisang atau kangkung.
*kuantiti ikut banyak mana nak buat,
Bahan-Bahan Kuah Pecal :
Kacang tanah 300-500g
Cili kering 7 tangkai
Bawang putih 5 ulas
Bawang besar 1 ulas
Asam jawa
Cara Membuat Bahan Pecal :
1. Celurkan pucuk ubi, kacang panjang dan betik mengkal dalam air mendidih dan toskan.
2. Gorengkan tempe dan tauhu sehingga masak.
3. Dan timun dihiris ikut suka style apa pun. Ketepikan.
Cara Membuat Kuah Pecal :
1. Gorengkan kacang tanah sehingga naik warna keperangan.
2. Kemudian, goreng cili kering beserta bawang putih dan bawang besar sehingga layu dan wangi.
3. Terpulang samada bahan 1 & 2 nak dikisar atau ditumbuk.
4. Bancuh bahan yg dikisar/ditumbuk tadi dengan meletakkan garam serta gula pasir.
5. Letak air asam jawa serta air panas dan kacau hingga rata adunan kuahnya dan cukup rasa. Ketepikan.
*ada orang letak belacan sedikit. Terpulang.
*kuah jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair.
*kuah jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair.
Nak makan pecal ini senang sahaja. Ambil bahan-bahan pecal tadi dalam satu pinggan, kemudian tuangkan kuah pecal diatasnya (ikut nak banyak mana). Akhir sekali, gaul dengan rata dan sedia untuk dimakan! Nikmatnya tak terhingga. Makan tak cukup pinggan bertambah-tambah =)
Selamat menjamu selera!
29 Comments
pernah makan dekat kedai shah alam. bagi mek okeilah. boleh makan. sebab kami di kelantan kurang makanan jawa macam ni. so tak terdedah sangat.
ReplyDeleteDah Rawlins jadi teringat masakan mak Rawlins bila sebut pucuk ubi celur tu. Mudah gak resipinya - nak share ngan my sisters agar mereka boleh cuba.
ReplyDeleteDapppnyaaaaa! Baru tau ada resepi pecal jawa ni selalu dengar pecal lele. Hehe dah bookmark dah!
ReplyDeletePecal jawa haritu first time jumpa kat pasar malam, at first pelik then beli sebab nak cuba, trnyata agak sedap . Buat sendiri, nanti rajin haha
ReplyDeleteThanks for sharing! Next time nak try la~
ReplyDeleteWaduh waduh, baru je kaknie post pasal nak makan pecel jawa ni kat FB aritu. This is my ultimate favourite! Makan macam ni tak payah nasi pun on.. Sedap sangat
ReplyDeletebest ni, saya pun suka makan pecal. maklumla makan dengan sayur kan. memang sukalah
ReplyDeleteUittt fav sis pecal ni. Memang kalau kemana mana nampak orang jual pecal sure beli. Terima kasih atas perkongsian resepi..nanti bolehlah buat sendiri kat rumah
ReplyDeleteFav ni! Nanti nak cubalah kita x pernah lagi try buat sendiri. Selalu beli yh dah siap jer hehehe
ReplyDeleteya Allah.. sedapnya Wawa.. TB suka ni.. hubby pun suka.. tapi perut pulak tak tahan dengan kuah kacang tu.. kalau ikutkan memang sekali makan bertambah2 tuu
ReplyDeleteThanks sharing ya rasanya belum pernahh lagi saya cuba pecal jawa ni. Nnti nak buatlah.
ReplyDeleteWah buat sendiri ke waa..bgunyaa..lama tak makan pecal..pecal mak buat sedap..ahha..tetibarindu mak pulak..nanti balik suruh mak buatla..hahaa
ReplyDeleteFuhh memang sedap pecal ni.. Lama juga dah ni tak makan pecal..
ReplyDeleteSedapnya.. rumah mak mertua Kak Sue setiap kali raya atau kenduri harus ada stok kuah pecal yang kering tu. Nak makan tinggal bancuh ja..
ReplyDeleteWajiblah ada tempe kan? Jawa dan tempe berpisah tiada. Haha. Saya pun macam Mek yunie. Jarang terdedah dengan masakan Jawa. Lebih kepada Kelantanese & makanan utara. Tapi pernah makan pecal. Sedap jugak.
ReplyDeleteOmg! this is best! I like pecal jawa selalu beli jer tapi tak pernah buat sendiri. Now only know actually tak susah nak buat kuah nyer.
ReplyDeleteSedapnya pecal. Saya biasa masak pecal guna sambal kuah kacang yang dah siap. Cuma cari bahan-bahan je.
ReplyDeleteadudududdu sedap nya
ReplyDeleteOohh. memang pebret akak nih, maklumlah wong jowo hihi, makan camtu pun takpe, tak yah nasi
ReplyDeleteSedapnyaaa. Suka makan sbb lama duk jhor ritu tp xpernah wat sendiri. Tgok wawa share resepi ni baru taw. Mudah je buat sbnrny. Huhu
ReplyDeleteFavorite kita ni wawa. Boleh ratah mcm tu saja sampai habis. Aish nk buat juga lah.
ReplyDeletesedapnya pecal... dah lama tak dapat makan pecal asli (arwah opah buat)... kalau time raya, bila pergi ke rumah embah-embah memang itu adalah antara menu utama... bestnya laaaa... aishhhh, tetiba mengimbau kenangan pulak... hehehehe...
ReplyDeleteuiks.. asal nmpk menyelerakan je niiii
ReplyDeleteNanti kalau akak nak buat pecal akak rujuk sinilah senang
ReplyDeleteSuka pecel jowo ni.
ReplyDeleteCari tempe dia.
ammi suka pecal..yelah anak separa jawalah katakan
ReplyDeleteMy fav. Suka sangat makn sayur rebus dengan kuah kacang. Sebab rasa rangup sangat.
ReplyDeleteUitt nampak sedap dan menyelerakan pulak tengok pecal wa buat ni. Bahan bahan nak buat oecal pun taklah susah mana kan. Tapi akak tak oernah rasa makan pecal jawa lagi ni
ReplyDeleteBiasa makan tapi biasanya tak ada betik tu..
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)