Nurish Organic 24K Gold Skincare Anti Penuaan | Semakin bertambah usia kita, semakin timbul kedutan di muka. Tapi tahukah anda bahawa ada bahan yang boleh melambatkan proses penuaan? Sebenarnya WA nak share dengan korang bahawa WA mendapati bahawa terdapat satu penjagaan wajah dapat melewat dan mengurangkan masalah penuaan iaitu Nurish Organic 24K Gold! Ha, kalau korang nak tahu jangan lupa baca sampai habis tau.
Nurish Organic 24K Gold merupakan jenama Halal No. 1 yang menggunakan 100% bahan natural dan organik (buah Delima) dengan teknologi anti penuaan semulajadi dalam memberikan 5x aksi keanjalan dengan berkesan supaya kulit kelihatan lebih muda, tegang dan berseri.
Adakah Ia Mempunyai Bahan Yang Merbahaya?
Apa yang menariknya pada produk Nurish ini, ia tidak mengandungi bahan kimia yang merbahaya iaitu :
- Tanpa paraben
- Tanpa Sulfat
- Tanpa Lanolin
- Tanpa SD-Alkohol
- Tanpa Komedogenik
- Tanpa Minyak Mineral
- Tanpa Pewarna Tiruan
Malah, produk Nurish Organic 24K Gold ini telah diuji secara dermatologi serta selamat digunakan dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit. *Kesannya bergantung pada kulit seseorang
Kenali Produk Nurish Organic 24K Gold
Pastinya anda ingin mengetahui apakah senarai produk Nurish tersebut. Nurish Organic 24K Gold skincare ini terdiri daripada :
1. Deep Cleansing Milk 100g
2. Foamy Cleanser 100g
3. Face Toner 100ml
4. Eye Serum 15ml
5. Face Essence 20ml
6. Moisturizing Day Cream SPF 25 40g
7. Moisturixing Night Cream 40g
Deep Cleansing Milk
Foamy Cleanser
Face Toner
Eye Serum
Face Essence
Moisturizing Day Cream
Moisturizing Night Cream
Inilah senarai skincare routine yang perlu anda pakai jika hendak kulit kelihatan lebih muda dan berseri. Memang perlu ada semuanya tau kalau nak kulit cantik. Jangan malas-malas nak konsisten. Cubit nanti kang. Hehehe~
Kalau ikutkan step susunan WA dan Nurish ada sedikit perbezaan. Selalunya selepas toner, WA akan apply serum atau essence terlebih dahulu barulah eye serum dan terus kepada moisturizer. Cumanya tiada beza dari segi stepnya.
Bukan skincare routine je ada tau. Bahkan Nurish juga telah mengeluar sejenis CC Cream sebagai asas makeup bagi yang suka tampak natural serta light dan juga makeup remover selepas menggunakan skincare Nurish.
Makeup Remover (Oil Control Micellar Cleansing Water)
CC Cream SPF39
WA suka sangat selepas apply skincare, just apply je CC Cream ini dan ia dapat menyamakan tona kulit, mengecilkan liang pori, melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB dengan bahan utama seperti Peptida dan Gold Aqua Collagen. CC Cream ini bertekstur ringan dan sangat senang untuk di apply pada muka dan memberi effect glowing tanpa oily.
Look natural dengan Nurish Organic 24K Gold CC Cream
Sebenarnya sangat penting untuk anda mengamalkan pemakaian atau pemakanan yang berasaskan bahan-bahan organik kerana ianya lebih safety dan terjamin. Seperti yang kita semua tahu, terdapat lambakan skincare tempatan yang mempunyai merkuri dan boleh merosakkan muka kita. Contohnya seperti zaman WA dahulu pada tahun 2014. Dimana kulit WA breakout habis selepas menggunakan produk yang memang WA tak tahu ada merkuri sebab zaman tersebut belum lagi zaman viral seperti sekarang. Memang terasa perit. Dan start dari situlah WA mula kaji skincare yang betul-betul sesuai untuk liang pori dan kulit kita bernafas dengan lancar.
Kebaikan Buah Delima (Pomegranate) Pada Kulit
Nurish Organic 24K Gold menggunakan buah Delima kerana ia merupakan agen anti oksida semula jadi dimana ia bertindak dalam melambatkan proses penuaan dan mengecilkan liang pori supaya kulit kita terasa lebih lembut dan licin.
Selain dari buah Delima, Nurish Organic 24K Gold juga mempunyai bahan-bahan seperti :
1. Aqua Collagen - Mengurangkan garis halus dan kedutan
2. Hexapeptide - Melambatkan proses penuaan kulit
3. 24K Gold - Meningkatkan keanjalan kulit
4. Multivitamin B, C & E - Mengurangkan bintik-bintik hitam dan pigmentasi
Beauty Awards for Best Local Anti-Aging Serum
Baru-baru ini, Nurish Organic 24K Gold telah memenangi Beauty Awards sebagai Best Local Anti-Aging Serum untuk produk Nurish Organic 24K Gold Face Serum dimana ia merupakan essence muka yang bertekstur ringan dan tidak mudah melekit untuk memastikan nutrien menembusi lebih mendalam ke dalam kulit anda.
Produk Nurish Organic 24K Gold ini sangat bagi yang berumur 25 tahun dan ke atas kerana ianya merupakan produk anti penuaan yang Halal untuk Muslim. Jika anda ingin dapatkan produk-produk Nurish ini, anda boleh dapatkan di Watsons, Guardian, Aeon Caring dan beberapa farmasi terpilih di Malaysia. Atau boleh layari laman media social berikut :
Facebook : https://www.facebook.com/NurishOrganiqMY/
Instagram : https://www.instagram.com/nurishorganiq/
Website : https://www.nurishorganiq.com/
25 Comments
Banyak ye produk dia dalam 1 set ni. packaging pun cantik
ReplyDeleteThis brand and produk2 dia bagus, i pakai cc cream dia kalau malas nak keluar cuma slightly gelap je lah tapi top up dengan bedak dah okay. The rest i bagi kawan i, kawan I kata bagus sebab dia pun dah 30s and dia kata sesuai untuk kulit dia jadi lembut tak kering2 mcm dulu. Kena selalu rajin guna je~
ReplyDeleteWawa amalkan pakai 1set ni semua ye.
ReplyDeleteKalau nak kulit nampak hasil memang kena pakai secara konsisten kan.
Bagus produk berasaskan bahan-bahan organik ni. Halal pula tu. Boleh guna tanpa was-was.
ReplyDeleteWahh lengkap 1 set. Menarik ni
ReplyDeleteni produk baru kan? ke mek je yang baru tahu. macam elok sangat ni dia punya penjagaan kulit wajah.
ReplyDeleteKalau sebut anti penuan ni orang perempuan memang suka lah hehehe tak perlu nak buat rawatan leser lagi hanya perlu beli produk macam lebih jimat dan selamat penting kena ada KKM baru pelanggan yakin kan...
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ya. Saya ni tak berapa nak tahu sangat tentang produk kecantikan ni. Bolehlah saya share dgn mak dan kakak saya sbb dirog mmg suka produk2 mcm ni.
ReplyDeleteBestnye produk nurish organic ni. Takdela rosak muka nanti. Dah makin berumur ni wajib jaga muka. Nanti jeragat senang menyerang. Hehe
ReplyDeleteJemput join giveaway ye :)
https://marinabashah.blogspot.com/2019/09/2nd-giveaway-by-marina-bashah.html?m=1
Cantik betul packaging.. baguslah produk ni dari organik. Takde la risau ada bahan bahaya dalam tu. Ada 24k gold lagi.. glowing effect la erk
ReplyDeletemenggunakan buah delima sangatlah bagus. bolelah k mid cuba lepas nie..tq for sharing
ReplyDeleteBagus produk nie kan dibuat dari bahan organik..
ReplyDeletewah bagus nih , bisa di coba buat istri saya^^
ReplyDeleteTq share info pasal nurish skincare ni. Belum pernah guna lagi brand ni. Tapi skincare ni organic-based kan. Mesti bagus & selamat nak guna :)
ReplyDeleteBanyaknya produk dalam 1 set ye. Menarik semua produk ni. Lagi best bila 100% bahan natural dan organik lak tu. Makin cantik, glowing lah kulit wawa.
ReplyDeleteNice la gambar awak wawa. Betul2 nampak menarik. Orang kata skincare yang ada gold ni memamg berkesan nak lawan penuaan kulit
ReplyDeletetu dia..banyak produk dia..satu set tu..kalau pakai hari2 mesti cantik ni wawa ni..hehe..dahla 23k gold..pulak tu organis..memng selamat
ReplyDeleteBanyak sekali produk untuk apnti penuaan, tapi tidak semua alami. Saya lihat ini sangat berbeda, semoga saja ini cocopk untuk beberapa sodara saya. Thanks for sharing this..
ReplyDeleteWah.. 1 set Nurish Organic 24K Gold utk jaga kulit wajah npk mcm seduai utk kak y utk jaga dari penuaan
ReplyDeleteKalau jual kat drugstore more confident nak cuba. Packaging cantik dan yang penting kandungan selamat digunakan. Kena bijak pilih produk.
ReplyDeleteProduk baru ye wawa? Pakaging dia lawa then kalau pakai satu set mesti kesan nampak lebih ketara kan. Ada 24k gold lagi tu.
ReplyDeleteWahhh lengkap gila dia punya rangkaian produk ye. Gold gold ni pun saya memang suka sebab kaya dengan khasiat dia yang tersendiri. Packaging juga cantik & menarik :)
ReplyDeleteCantiknya pakaging dia. Set yang lengkap. nampak macam menarik sangat. Kalau produk anti penuaan macam sesuai sangat le dengan sis..maklum dah berumur ni kena jaga
ReplyDeleteMenarik dan informatif dan sangat menginspirasi artikelnya, trima kasih
ReplyDeleteProduk Halal 100% ��
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)