Cara Guna KLIA EXPRESS | Baru-baru ini WA dan kawan-kawan pergi bercuti di Penang Dan ini merupakan pengalaman pertama WA pergi bercuti luar dari Johor. So WA nak share sikit pengalaman WA bercuti ni. Yelah, boleh dibuat sebagai kenangan atau pun rujukan kot lupa ke kan? Hahaha!
Tak sangka pula zaman sekarang ini sangat mudah nak guna pengangkutan awam dengan cepat, mudah dan murah. Plan bercuti kali ini WA handle, so agak mencabar juga nak handle tanpa pengalaman. Nasiblah ada kawan yang sudi bantu. Tak bantu tak boleh ikut bercutilah! Haha~ Lepas dah ada plan apa semua, baru tahu mudahnya nak ke airport sekarang. Kalau zaman dulu-dulu, kena naik KTM Komuter wei! Lepas itu naik teksi dari Nilai terus ke airport. Sekarang tak payah, jimat masa dan cepat sampai ke destinasi. Memang sesuailah bagi korang yang malas nak drive, malas nak bersesak-sesak menempuh jem, yang berkejar masa nak naik flight dan yang penting sekali tak perlu nak cari parking kt airport nanti. Dahlah parking kat KLIA Airport tu boleh tahan mahal.
Cara paling mudah nak ke KLIA/KLIA 2 dari KL Sentral senang je sebenarnya. iaitu dengan menaiki KLIA Express. Ha, bagi korang yang tak tahu lagi fungsi KLIA Express ini, mehh WA nak beritahu. KLIA Express merupakan satu pengangkutan awam yang membawa korang terus dari KL Sentral ke KLIA/KLIA 2 tanpa berhenti dimana-mana station. Ha, jimat masa kan?
Perjalanan cuti kitaorang pun bermula. Bergerak dari rumah kawan di Bangsar menuju ke KL Sentral. Sampai sahaja di KL Sentral, kami terus ke pintu gerbang KL Transit untuk naik train. Tapi kami dah tak perlu beratur beli tiket, sebab masing-masing dah beli siap tiket train kat KLIA Express Tickets yang disediakan oleh Traveloka ini. Apa yang bestnya, kadang-kadang Traveloka ada buat promotion yang best-best tau. Yang syoknya Traveloka tak ada hidden charge. Apa-apa harga yang dipaparkan, itulah harga yang perlu dibayar. Kat situ korang boleh pilih sama ada nak naik train or kereta. Dalam kes kami, kami pilih train sebab mudah dan jimat masa.
Oh ya, lupa nak beritahu, bila korang setel je bayar harga tiket tu, korang akan dapat voucher yang dihantar melalui emel. Masa nak aboard train, scan je barcode yang ada kat voucher tu. But makesure korang kena pegang voucher masing-masing tau sebab each passengger akan ada barcode yang berlainan. Dan voucher tu korang boleh guna any train schedule ikut tarikh yang korang pilih.
By the way, perjalanan dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 Airport mengambil masa selama 30 minit sahaja dan train akan berhenti betul-betul di dalam airport. Mudah kan? Tak perlu terkejar-kejar nak ke airport takut terlepas flight. Untuk train schedule, korang bolehlah refer gambar rajah dibawah ini.
Semuanya mudah. Pembelian tiket thru online je, tak kelam kabut dan mudah boleh tahu jadual train ke airport pada waktu bila. Sampai sahaja di airport, kami terus check-in luggage, tunggu flight dan terbang ke Penang selama beberapa hari di sana.
Di Penang, kami memillih untuk stay hotel bajet yang selesa sahaja disana kerana tumpuan kami untuk berjalan-jalan area Penang. Sampai sahaja Penang International Airport, kami terus call Grab untuk ke hotel yang akan kami menginap. Sepanjang beberapa hari disana, kami lebih prefer menggunakan Grab, bus rapid dan berjalan kaki sahaja. Dekat Penang sekarang dah maju macam KL dah sebab ada grab. Lagi jimat kos share dengan kawan-kawan. Senang tak payah pening kepala nak fikir kos minyak, sewa kereta dan tak tahu jalan. Korang naik je duduk diam-diam, tup-tup dah sampai ke destinasi. Mana yang dekat sikit boleh prefer naik bus or jalan kaki sahaja.
Kami sempatlah ronda-ronda area Penang ni di beberapa tempat yang kami lawati. Antaranya seperti Bukit Bendara, Pantai Batu Ferringhi, Penang Street Art dan beberapa tempat shopping mall. Haruslah singgah mall bagi kaum wanita kan? Hahaha!~
view dari Bukit Bendera
Owl Museum kat Bukit Bendera
Haa, tempat paling orang ramai suka kat Bukit Bendera ni adalah disini, orang panggil tempat LoveLock gitu. Pasangan muda atau pasangan baru kahwin ramai buat ni ala-ala dekat Namsan Tower kat Korea. Ehhh, yang dah lama kahwin pun buat juga tau. Ala, orang kata saja-saja semat nama pasangan bersama kat sini. Hihi~
view di Pantai Batu Ferringhi
Selepas pergi Bukit Bendera kitaorang saja pergi Pantai Batu Ferringhi nak ambil angin petang kononnya. Masa ini cuaca memang cantik sangat. Masa ini dalam pukul 2 petang tak silap. Seronok jugalah dapat merasa Pantai Batu Ferringhi ni. Kat sini pun ada macam-macam. Ramai lepak-lepak tepi pantai.
Kat Penang ni, kalau korang nak tahu ada satu bus ni untuk pusing-pusing area Penang, so kalau nak round-round Penang ni guna bus ni pun no hal lah. Ia dinamakan Penang Hop-On Hop Off bus. Harga tiket masa pergi dulu dalam RM19 tapi tak tahulah sekarang macam mana. Dah berubah or belum. Ia cover area bandar dan pantai. Sepanjang perjalanan bus ni korang akan nampak hampir 50 tempat tarikan dan singgah mana-mana 22 perhentian yang ditetapkan.
wajib selfie buat kenangan :D
Esoknya kami ke Queensbay Mall naik bus rapid je sebab saja nak merasa naik bus biasa kat Penang. Sampai sana, sempatlah kami dok shopping apa yang patut. Takdan nak bergambar wei sebab masa kami pergi sini hari minggu kan so padatlah. Yang sempat hanyalah shopping. Kekekeke~
Dah tiba masanya untuk kami pulang. Walaupun sekejap tapi puas hati jugalah dapat bercuti pendek dengan kawan-kawan. Ha, kalau korang nak tahu sebelum nak Penang lagi WA dah book siap-siap pengangkutan yang nak digunakan ke airport nanti. Since grab pun berubah harga ikut peak hour dia, so WA book airport coach ni awal-awal lagi untuk mudahkan perjalanan percutian kami.
Sekali lagi, of courselah kami pilih Traveloka. Dah macam satu kewajipan bagi kami kalau bercuti mesti singgah Traveloka. Yelah, tak ada hidden charge, pula tu banyak promotion. So book awal-awal lagi senang. Kat airport coach tu, korang boleh set untuk pick-up dari mana nak ke airport mana. Just isi maklumat yang diperlukan dan bayar. Untuk kes refund dan reschedule perjalanan, korang boleh refer details yang ada kat website airport coach ini.
So pick-up kami di Queensbay Mall dan destinasi semestinya ke Penang International Airport untuk pulang. Masa dia nak pick-up tu, dia akan confirmkan dengan kita semula kat mana nak tunggu melalui call or whatsapp. Mudah. Senang. Jimat! Sampai je airport kami tak sabar nak naik flight dan sampai rumah dengan cepat. Tiba je kat KLIA/KLIA 2, kami terus menaiki KLIA Express ke KL Sentral dan berpecah menuju ke rumah masing-masing.
Next holiday bolehlah book lagi dengan Traveloka, semuanya mudah hanya dihujung jari sahaja. Agak-agak apa destinasi percutian WA seterusnya? Lepas ini rasa nak bawa family or berhoneymoon dengan husband pula lah. Sekali sekala nak honeymoon tak perlu drive. Barulah syok kan? Hehe~
30 Comments
My brother suggested I might like this blog. He
ReplyDeletewas totally right. This post actually made my day.
You cann't imagine just how much time I had spent for this info!
Thanks!
Nk ekspress smpi mmg duit pun ekspress keluar. Hihi.
ReplyDeletePenang mmg byk tmpt yg best utk pergi. Kalau g bukan musim cuti pun sesak juga.. Isk3.
Pasni leh g jjcm penang lak.byk juga tmpt mkn best
Wowww...!!! Jauh gila dia berjalan...
ReplyDeleteTak pernah lagi naik KLIA Express.. Apa2 pun thanks untuk tip ini ;)
Using Credit Card to pay will save even more
ReplyDeleteSenangnya nak gi KLIA sekarang sebab dah ada KLIA Express. Saya pun pernah naik KLIA Express ni untuk ke KLIA. Memang sangat-sangat convenient!! Kita pun tak yah nak susahkan orang lain hantar kita ke KLIA kan? Cukup je hantar kita kat KL Sentral. Hehehe
ReplyDeleteLama dah tak gi jenjalan ni..dah gatal tapak kaki dah ni. Nanti boleh le sis guna Traveloka
ReplyDeleteBagus boleh beli tiket kat traveloka dah..senang kan. Takyah nak pegi sana beratur dah.
ReplyDeleteKalau travel sorang, mmg senang & jimat sgt guna KLIA express ni kan. Tp sbb travel ngan anak-anak slalu bwk kereta park sana je kalau kejap2.
ReplyDeleteSelamat Datang ke Penang hehehe.. banyak juga kan tempat utk kunjungi dan makan..fuh makan..bestttttt..
ReplyDeletethanks for the tips.. it's easier to hv ur tips while using klia express.... nice public transportation...
ReplyDeleteIlmu baru buat saya Yang belum pernah
ReplyDeleteMenggunakan KLIA Express Dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2 akan saya aplikasikan apabila bercuti nanti
bagus zaman teknologi canggih sekarang. semuanya di hujung jari. tak perlu nak beratur beli tiket kat kaunter dah kan. memang mudah kerja
ReplyDeleteThanx for sharing this tips. It is very valuable. Me selalu naik ERL. Have a good day ya.
ReplyDeletesyoknya. sayangnya mek perlu juga drive memandangkan anak anak kecil masih lagi perlukan perhatian daripada mek. kalau anak dah bawa diri, syok pula ajar mereka naik public transport.
ReplyDeleteBelum pernah lagi zaza guna pengangkutan ni.. Akan datang boleh la cuba naik kalau2 bercuti lagi dekat kl
ReplyDeletewah.. boleh la try naik.KLIA EXPRESS ni kalau nak ke klia
ReplyDeletepernah 2 3 kali je naik erl pergi klia.. first naik erl saja-saja nak jalan kat klia 2 tu. tren baru ni lebih selasa compare tren lama tu. apa pun kalu rushing pergi airport memang sesuai naik erl express dari kl sentral. tahu-tahu je dah sampai kan
ReplyDeleteThanks for the story dan tips cepat dan jimat nak ke KLIA EXPRESS. Dan Welcome to Penang.
ReplyDeleteSally naik bas je selalu sbb nak jimat, tp kalau terpaksa naik la jugak sbb ada student card, dpt 30% off...jimat sikit laaaaa
ReplyDeleteYer lah saya pun adalah pengguna KLIA Express sebab rumah dekat sangat dengan TBS tu yang stesen besar hehehehe. Kita nak pergi flight sangat mudah naik ni cepat dan selesa hurmmmm
ReplyDeleteBaru tau boleh book klia express guna traveloka..nk cuba lah nanti.
ReplyDeleteSeronoknye... Tq info pasal KLIA Ekpress ni nnt bolehlah plan pergi dgn family
ReplyDeleteTerima kasih byk2 bagi info Cara Mudah Menggunakan KLIA Express Dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2. Maklum lah Nur bukan orang KL. Mahunya sesat kalau tak baca tips ni...
ReplyDeleteBestnya wawa.. Kita tak pernah nak merasa mcm ni. Hehe.. Sejak dah kawen pergi sana sini naik kereta je la. Hehehe
ReplyDeleteSesekali berjalan mcm ni dengan kawan, naik tRansport awam syok juga kan.
AM yg asal org pulau pinang pun jarang balik ronda.. Tau blk kg nak rasa masakan mak n dok terperap dlm rumah.. Nnti blk kg nak ajak mak n adik2 jln2 juga la.. Boleh follow tmpt yg wawa cadangkan nie
ReplyDeleteBerapa ya harga naik erl klia exppress tu? Saya ni tk pernah naik flight dn sbagainya, jadii takdelah pengalaman macam ni.
ReplyDeletememang xpernah guna perkhidmatan ni kalo nk ke klia...biasa guna grab atau dihantar ahli keluarga...should be use this public transport one day if need to going to klia...thanks for infor..
ReplyDeleteKalau nak cepat memang disarankan ambil klia express ni. Tapi emi biasanya kalau nak jimat, emi naik erl tu dekat Tasik Selatan then turun dekat stesen Putrajaya. Lepas dah touch out, emi beli semula tiket dari Putrajaya ke KLIA/KLIA2. Dengan cara tu boleh jimat banyak dari segi kos, hehe. Tapi trick ni boleh buat kalau tak rushing je.
ReplyDeletekalau nak murah naik klia transit tapi kena bertolak awal sebab klia transit dia banyak berhenti.
ReplyDeleteWah klia ekspress.. Tak oernah naik lagi.. Senang boleh belintiker dekt travelok.. Nak bgtau husbnd nanti
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)