Tips Penjagaan Rambut Yang Mudah Bagi Wanita Berhijab | Tahukah anda bahawa penjagaan rambut juga sangat penting terutama bagi wanita yang berhijab? Kebanyakkan wanita berhijab tidak menitikberatkan tentang penjagaan rambut kerana bagi mereka memakai tudung sudah memadai kerana tidak menampakkan rambut. Sebenarnya ianya salah sama sekali. Rambut merupakan mahkota wanita dan kita perlulah menjaganya dengan baik.
WA sendiri mengakui pernah mengabaikan penjagaan rambut kerana fikir ia tidak penting pada waktu ketika dahulu. Malangnya, rambut WA mudah bercabang, kering dan paling tak suka bila ia mula berkelemumur. Selepas kejadian itu, WA nekad untuk jaga rambut dengan betul. Di sini, WA ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips dan cara dalam penjagaan rambut bagi wanita berhijab supaya rambut sentiasa sihat dan yang penting tidak berkelemumur.
Tips Penjagaan Rambut Yang Mudah Bagi Wanita Berhijab
Wawa nak kongsi dengan anda semua beberapa tips untuk menjaga rambut bagi yang berhijab :
1. Keringkan Rambut
Perkara ini ramai yang sembrono je tak peduli tentang rambut. Sebelum anda mengenakan hijab, keringkan terlebih dahulu rambut supaya rambut tiada masalah seperti rambut berbau dan berkelemumur. Cara terbaik, luruskan rambut dan lap secara perlahan-lahan tanpa kasar sehingga rambut kering.
2. Sikat Rambut
Tidak kira samada anda bertudung ataupun semasa tidak bertudung, sentiasalah menyikat rambut supaya rambut lebih terurus dan akar rambut dan kulit kepala dapat pengudaraan yang secukupnya. Kalau rambut jenis lurus tu tak apalah juga. Kalau jenis rambut pintal-pintal tu takkan tak nak sikat rambut juga? Hehe~
3. Pilih Anak Tudung Yang Bersesuaian
Siapa kata anak tudung tidak penting? Cari anak tudung yang fabriknya jenis ringan dan selesa diikat supaya rambut tidak rasa sakit ketika diikat. Sentiasalah berganti anak tudung untuk kebersihan dan kesihatan rambut.
4. Gunakan Serum/Scalp/Conditioner/Hair Oil
Penjagaan rambut bukan sahaja syampu, tapi serum/scalp/conditioner juga sangat penting dalam rutin harin penjagaan rambut. WA dulu guna syampu sahaja. Tapi sejak dah tahu fungsi yang lain, barulah guna antaranya bersama syampu supaya rambut lebih sihat dan berbau harum.
5. Pilih Syampu Yang bersesuaian
Penggunaan syampu perlulah mengikut kesesuaian masalah rambut dan kulit kepala. Ada yang untuk rambut kawalan rosak, rambut gugur, anti kelemumur, dan lain-lain. Jangan terlalu kerap cuci rambut jika anda tidak melakukan aktiviti luar dan berpeluh. Macam WA dalam seminggu 5 kali cuci. Kalau banyak buat aktiviti luar, barulah WA cuci rambut.
Macam WA ada masalah kulit kepala gatal dan berkelumumur. Jadi WA menggunakan Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur untuk kegunaan harian. Kali ini WA mengenakan satu set terus SAFI SHAYLA Anti Kelemumur yang terdiri daripada Syampu, Minyak Rambut dan Mask Penyegar Kulit Kepala untuk kawalan kegatalan dan kelemumur.
Rangkaian Set SAFI SHAYLA Anti Kelemumur
WA memang pengguna SAFI SHAYLA cuma sebelum ini hanya menggunakan syampu sahaja kerana yang lain-lain belum keluar lagi. Tapi kali ini WA rasa sangat puas hati sebab dapat cuba terus satu set ini. Setiap jenis ada fungsi masing-masing, iaitu :
1) Minyak Rambut Anti Kelemumur
Ia mengandungi Minyak Organik Habbatus Sauda dimana ia memberi kelembutan pada rambut, nutrien, anti bakteria dan juga perlindungan matahari. Minyak Zaitun Tulen untuk melembapkan rambut kering, kusam dan kerinting. Manakala, Ejen Anti Kelemumur dan Methol untuk mengurangkan kelemumur, rambut berminyak dan kulit kepala gatal serta memberi kesegaran pada kulit kepala.
2) Syampu Anti Kelemumur
Dihasilkan menggunakan Micro Bamboo Charcoal + Habbatus Sauda & Micro ZPT Complex dimana ia berkesan menghapuskan 99.9% kulat yang menyebabkan kelemumur dari cucian pertama dengan haruman 48 jam. Micro Bamboo Charcoal berfungsi sebagai bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut. Habbatus Sauda pula untuk menghalang pembiakan bakteria, menyihat, melindungi dan mencantikan rambut. Dan micro ZPT Complex bertindak sebagai ejen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur.
3) Mask Penyegar Kulit Kepala - Kawalan Rambut Gatal & Kelemumur
Selain conditioner, scalp mask juga sangat penting ye. Kerana ia mengandungi Micro Bamboo Charcoal untuk menghilangkan minyak dan bau kepam pada kulit kepala dan rambut, Minyak Organik Habbatus Sauda yang kaya dengan nutrien bagi melindungi dan menyuburkan kulit, dan Menthol untuk menyegar dan menyamankan kulit kepala serta rambut.
Cara Penggunaan Yang Betul SAFI SHAYLA Anti Kelemumur :
- Gunakan dahulu Minyak Rambut. Goncang sebelum guna. Kemudiankan tuangkan beberapa titis di tangan dan urut kepala perlahan-perlahan sehingga minyak meresap pada kulit dan biarkan seketika dalam 3-5 minit.
- Gunakan Syampu seperti biasa sewaktu anda mandi. Urut bagi sebati pada rambut dan kulit kepala. Kemudian bilas hingga bersih.
- Last step, gunakan Mask Penyegar (Scalp Mask) selepas syampu, dan urut perlahan-lahan dan biarkan dalam 1-2 minit dan kemudian bilas hingga bersih.
Sebelum WA terlupa, sekarang SAFI ada buat promosi tau! Dengan setiap pembelian SAFI SHAYLA RM35 dalam satu resit pembelian akan dapat satu sling pouch bag yang bertemakan We Bare Bears secara PERCUMA! Yeaahhh~ Jangan lupa dapatkan keempat-empat koleksi sling pouch bag ini di mana-mana hypermarket berdekatan dengan anda seperti Tesco, Giant, Econsave, Mydin, Aeon Big dan lain-lain sekarang! *while stocks last
Kebetulan tempoh hari syampu WA dah kehabisan stok, so WA pun pergi terjah dekat Aeon Big, dan WA dah berjaya grab kesemua koleksi beg comel ini! Memang comel sangat tau. Sampaikan anak buah perempuan WA pun berebut nak juga. Hehehe~
Jika anda peminat tegar SAFI SHAYLA, jom cepat-cepat berbelanja dan dapatkan koleksi beg-beg comel ini sekarang! Atau boleh layari laman web www.safi.com.my untuk shopping!
34 Comments
Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wanted to say that I've
ReplyDeletereally enjoyed browsing your blog posts. After all I will be subscribing to your feed and I
hope you write again very soon!
Nad pun ada maslaah kelemumur macam ni..memng sellau tergaru-garu..shampoo nad kene pilih betul2..nad pakai shampoo safi shayla ni..memng best dan masalah kelemumur dah kurang
ReplyDeleteTips yang sangat bagus. Semua tu saya buat kecuali pakai conditioner. Rasa tak selesa pulak. Kadang dah beli, akhirnya expired. Basahkan rambut ketika perlu tu betul sangat2.
ReplyDeletetengok orang rumah selalu pentingkan keringkan rambut sebelum bertudung. abam sebagai lelaki tak fikir sangat. rupanya itu penyebab utk kelemumur. Kena selalu berjaga2 la nampaknya. naseb ada produk seperti safi shayla. Dapat la bantu kurangkn kelemumur
ReplyDeleteshayla ni bukan sahaja mengatasi masalah kelemumur namun masalah keguguran rambut pun dapat di atasi dengan shayla. terbukti pada diri sendiri.
ReplyDeleteaida memang pengguna tegar dan setia safi shayla.
ReplyDeleteaida dan anak2 dara. kaler hijau kesukaan kami.
wangi. rambut lembut. segar je rasa.
yg ni lom cuba. akan cuba. tak la sgt nak beg tu :)
anak2 dara da besar, wawa... kalau dpt, maybe akan hadiahkan kat org.
Sis memamg jenis cepat naik kelemumur. Kalo tak cukup tidur, stress, tukar syampo di salun mesti ada masalah scalp. After this nak cuba lah Safi Shayla ni pulak. Belum pernah cuba range ni. Hope sesuai dgn scalp sis.
ReplyDeleteAla produk Safi Styla ni lagi hehehe kita dah cakap kita nak beg yang panda tu jer memang suka comel sangat dan menarik kita wakakak yang lain korang ambil lah hehehehe..
ReplyDeleteTips yang sangat bagus untuk diamalkan. Menarik juga syampu safi biru ni. Boleh cadangkan kat family members yang ada kelemumur untuk cuba
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Nad da try pakai shampo safi shayla nie..mmg brkesan sbb kelemumur nd da mula berkurang n nd suka pakai shampo nie sbb bau die tahan lama..rambut pun jdi wngi spnjg masa..
ReplyDeleteBonde mmg guna jenama ni.. memang best sekali... Masalah kelemumur dpt diatasi dgn menggunakan set safi shayla ni
ReplyDeleteBagus ada penjagaan rambut sebegini. Rawlins boleh la share dengan kengkawan yang mengalami perkara yang sama. Safi pun dah semakin elok kualiti dia sekarang kan
ReplyDeleteKak Sue pun tengah nak cuba guna set Safi yang nie Wawa..
ReplyDeletealahai comelnya sling pouch tu. Bagus shampoo ni. Ida takde mslh kelemumur tp keguguran rmbut..huhu. Nice sharing tips for hijab.
ReplyDeletePkai produk penjagaan rambut yang betul mmg penting. Ini bagi memastikan rambut kita sentiasa terpelihara dan terjaga
ReplyDeletenice tip..ill share with my hijab friend....and this shampoo seem nice too
ReplyDeletesuka giler pakai safi shayla ni.. wangi dan senang diurus. bil apakai minyak tu memang rambut akan lembut bila dah habis cuci semua.. anak kak liez pulak layan pakai bag sling berganti-ganti..
ReplyDeleteSafi memang salah satu produk penjagaan rambut khusus untuk wanita yang dipercayai ramai. Saya pun kadang-kadang pakai juga
ReplyDeletemudah bile ada one set ni kan. rambut pun terjaga rapi lagi-lagi yang bertudung
ReplyDeleteTips yg sangat bagus. Rasanya bukan utk wanita berhijab sahaja tapi untuk semua. Cantik produk baru safi ni.
ReplyDeleteOk berkenan dengan syampu dan beg tu...shomelll
ReplyDeleteBetul Wa. Wanita berhijab ni akan ada masalah dengan rambut. Rambut gatal salah satunya.
ReplyDeleteRuby suka pakai anak tudung yang jenis cotton. Serap peluh.
Tq share tips Wa.
Shampoo Safi ni Ruby pakai juga. Serum dia pun pernah try.
Yang Mask tu nak try jugak nanti.
Ruginya bagi seorang wanita jika tidak menjaga rambutnya dengan baik walaupun bertudung kan? Ialah, rambut juga mahkota bagi setiap wanita. So, produk Safi memang yang terbaik untuk wanita bertudung :)
ReplyDeleteNice to know about this brand… it is a bit tricky for wanita berhijab to take care their hair, but glad this product can help to solve the problem
ReplyDeletemenarik juga produk safi ni.rasanya macam belum jumpa lagi produk penjagaan rambut daripada charcoal. biasa cleanser je.
ReplyDeleteSyampu ni best sebab memang buat kulit kepala lega dari kegatalan
ReplyDeleteUntuk mereka yang ada masalah kelemumur, memang kena cuba produk Safi shayla ni. Ramai yang cakap berkesan. Tak salah kita mencuba kan :)
ReplyDeleteKat rumah ni pun pakai syampoo safi..safi ni mmg sesuai dh dgn rambut sis..lagi2 sis kan bertudung...tp hat ni rs nk try kat tok laki..dia ada mslh kelumumur hihi
ReplyDeleteTip2 yang memang bagus. Pemilihan shampoo tu betul. Kena tgk gak sblm beli.. Zaza pun tgh naik kelemumur ni.. Stress kot
ReplyDeleteKita pun guna safi shayla ni. So far serasi je dengan rambut kita. Wangi je jadinya.
ReplyDeleteTak sabarlah nak Cuba produk safi shayla ni. Mana tau berkesan
ReplyDeletebagus jenama safi shayla ni.. lagi pun selamat digunakan..
ReplyDeletesenang kalau potong pendek je
ReplyDeleteNak cuba Safi shayla, mana le tau kelemumur hilang
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)