New Collection Althea A'Bloom | Althea buat hal lagi weii.. Kali ini Althea mengeluarkan produk yang comel-comel packaging dia! Althea mana? Alaa, website shopping online barangan K-beauty yang terkenal worldwide tu. Serius weii, WA geram gila tengok packaging koleksi terbaru yang comel dari Althea iaitu Althea A'bloom.

Semuanya cute sangat! Cute dari segi tulisan, design, shape dan macam-macamlah. Sesuailah dengan nama A'bloom ni. Hati berbunga-bunga tengok set A'Bloom ni. Hehehehe~ Nak tahu tak apakah yang terdapat dalam set Althea A'bloom? Ada 4 produk baru dalam set A'bloom ini iaitu A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Mask sheet (4 variasi), A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs.

Mari WA nak cerita satu persatu setiap jenis produk dan bagaimana perasaan WA selepas menggunakannya. Mesti korang nak tahun kan. Eceeehhh!~

A'bloom BHA Blackhead Blaster 
Ia merupakan blackhead/whitehead removal. Tapi kali ini didatangkan dalam bentuk stick putar bukannya mask jenis tarik tau. Dengan menggunakan Natural BHA (White Willow Bark Extract 5,000ppm), ia membantu untuk menyingkirkan blackhead/whitehead, sel kulit mati dan sebum yang berlebihan dengan mudah tanpa rasa sakit. 

Selain itu, ia turut menggunakan bahan seperti charcoal powder, apricot seed, tea tree leaf oil untuk skrub kulit muka tanpa rasa kerengsaan kerana ianya teksturnya akan slowly rasa ringan je pada muka. Sesuai untuk mereka yang jenis kulit berminyak atau kombinasi.

Cara Penggunaan :
1. Basuh muka supaya bersih daripada makeup. Nak effect lebih berkesan, gunakan tuala panas dan letak pada muka sebelum guna untuk membuka pori-pori.
2. Gosokkan BBB ini pada area yang terdapat blackhead/whitehead sehingga rasa puas.
3. Kemudian, bilas muka dengan air suam. 
4. Anda akan rasa kulit lebih moist dan tidak kerengsaan malah minyak berkurangan.
**Untuk effect lebih berkesan, gunakan setiap hari selepas mencuci muka.

Harga : RM16 (8g)

Sepanjang penggunaan, blackhead/whitehead WA masih ada, mungkin jika guna secara konsisten ia kan perlahan-lahan hilang. Tapi yang penting selepas menggunakannya, kulit rasa lebih lembap dan kurang berminyak.

My Rating : 3.5/5

A'bloom Mask Sheets (4 Variations)
Di Korea, tak sah kalau tak ada mask. Wajib kena ada! Sebab bagi mereka mask ini membantu untuk menyegarkan dan melembapkan muka. Sekarang pun di Malaysia dah ramai mula pakai mask sebab cuaca pun tak menentu sekejap panas sekejap sejuk kan. Setiap mask ada mempunyai fungsi yang hampir sama dan juga berbeza.

1. A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet (Water-Me-Long)
Mengandungi ekstrak tembikai bagi memberi penghidratan dan kelembapan pada kulit supaya kelihatan lebih segar. Manakala, lavendar untuk menenangkan kulit dengan bauan yang cukup tenang ketika memakainya.

Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kombinasi.

2. A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet (Sparkle-Me-Bright)
Mask ini mengandungi Lemon dan Lime yang kaya dengan kandungan Vitamin C dengan dos yang berganda untuk mencerahkan kulit serta memudarkan bintik gelap. Bahkan, teh hijau digunakan untuk mencerah sambil menenangkan kulit.

Bahan utama yang terdapat di dalamnya adalah seperti Niacinamide, Ekstrak Buah Citrus Lemon, Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia dan Ekstrak Daun Camellia Sinensis.

Sesuai digunakan oleh semua jenis kulit terutama kulit kombinasi.

3. A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet (Ac-Me-Peach)
Mask ini berfungsi untuk membersih dan melegakan kulit yang sensitif. Diperbuat dari ekstrak buah pic dan minyak pokok teh untuk mengawal pengeluaran minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit supaya menjadi lebih lembut dan halus.

Bahan utama yang digunakan ialah Ekstrak Buah Prunus Persica (Peach), Ekstrak Daun Melaleuca Alternifolia (Pokok Teh).

Sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit berminyak dan sensitif.

4. A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet (Avo-Cuddle-Me)
Buah Avocado kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit dari faktor alam sekitar serta mencegah kedutan. Ia diadun dengan ekstrak avocado dan bunga raya untuk kulit lebih lembut dan bersinar.

Harga : RM2 per sheet / RM15 per 10pcs

Kesemua mask ini sangat best digunakan. Malah kulit juga rasa lebih segar dan lembap sahaja. Akan tetapi, keadaan kepingan mask ini agak susah sedikit nak uruskan dan terlalu lebar dikawasan mata dan mulut. Huhuhu....

My Rating : 4.5/5



A'bloom Giant Meringue Puff
Penggunaan sponge sangat penting selain berus untuk meratakan foundation. Althea kini mengeluarkan sponge dengan kelainan rupa seperti puff dan sangat comel! Giant Meringue Puff ini bersaiz lebih besar dari yang Baby Meringue Puff. 

Puff ini dapat mengembang sehingga 1.5x dari saiz sebenar dengan cepat bagi kawasan yang luas pada muka seperti bahagian pipi, dahi dan dagu dan membuat kulit tampak flawless.

Cara penggunaan :
1. Untuk kesan dewy/glossy/moist finish - Basahkan puff dan perah sebelum makeup.
2. Untuk kesan matte finish - Tidak perlu basahkan, guna secara kering sahaja.

Harga : RM8/pc

A'bloom Baby Meringue Puff
Untuk memudahkan untuk meratakan foundation pada kawasan yang susah atau kecil, boleh gunakan Baby Meringue Puff pada bahagian seperti bawah mata, celah tepi hidung, tepi mulut dan celah antara kening dengan dahi. Senang digunakan kerana ianya bersaiz kecil dan boleh mengembang seperti yang Giant Merigue Puff juga.

Cara penggunaan juga sama dengan Giant Merigue Puff. Antara nak dry atau wetkan puff tersebut. Macam WA lebih prefer untuk basahkan puff supaya mudah untuk blend foundation or concealer tanpa rasa kesat.

Harga : RM11/3pcs

Puff mudah kembang dan lembut seperti sponge sebelum-sebelum ini WA guna. Tapi apabila nak cuci puff semula selepas guna, ia agak susah sedikit untuk hilang kesan yang ada pada puff dengan bersih untuk kali pertamanya. Dan semasa apply dimuka, terasa kasar sedikit dan foundation susah sikit untuk blend dengan baik as usually. Overall is okay :)

My Rating (for puffs) : 4/5



Tergugat tak tengok produk-produk yang kiut-miut ni? WA dah terpikat dan dah shopping lagi dah dekat website Althea https://my.althea.kr/  Tak percaya? Tengoklah nanti WA update dekat instagram WA. Kekekekeke~~