Barbie Eyesland Contact Lenses | Bagi yang mempunyai masalah rabun, kebiasaannya akan memkai contact lens berbanding cermin mata atas beberapa sebab. Antaranya ialah tidak sesuai dengan muka dan ada yang merasa sakit apabila guna terlalu lama dengan tudung atau ada yang rasa tak selesa. Ianya bergantung pada gaya pemakaian masing-masing.
Macam WA sendiri tak selesa pakai kerana keadaan muka yang tak sesuai dengan cermin mata apabila bertudung. Oleh itu, WA lebih memilih untuk memakai contact lens pada waktu tertentu. Jika sekadar keluar beli barang kat kedai yang berdekatan, pakai cermin mata dah cukup. Dan WA mudah rasa pening jika keluar berjalan lama guna cermin mata. Thats why I more prefer to use contact lenses.
Pada tahun lepas, WA tengah mencari seller yang menjual lens yang hampir sama dengan WA pakai selalu sebab seller lama dah tak jual, cari punya cari last-last jumpalah website jual contact lens ni iaitu Barbie Eyesland. First masuk tengok memang banyak sangat pilihan dia. Dan guess what? WA jumpa dah lens yang WA selalu pakai ada jual kat sini!!
Dan kali ini, WA repeat lagi beli lens kat Barbie Eyesland sebab best sangat tau. Nak tahu tak kenapa WA kata best dan kenapa WA pilih beli disini?
Why I Choose to Buy these Contact Lenses from Barbie Eyesland?
- Contact lens yang berkualiti tinggi dan authentic 100%
- Dijual dengan affordable price RM25 sepasang
- Jangka hayat selepas dibuka tahan selama 3 bulan dan dengan penggunaan 8jam sehari
- Available power from 0-800 degree
- Mempunyai pilihan diameter antara 14mm-17.5mm
- Pembelian website yang mudah tanpa menunggu respons dari seller
- Packaging menarik dan tidak mudah pecah
- Get free shipping all items
- Selain online banking, payment berbentuk Paypal juga disediakan
- Penghantaran seluruh Malaysia dan termasuklah Singapore
- Pengesahan order dalam 24jam dan estimate shipping antara 2-3 hari bekerja
- Diskaun RM15 jika pembelian RM100 (depends on promo)
Selalunya jika hendak membeli contact lens yang jenis dalam kotak, tak boleh campur power sebelah lain, sebelah lain kan? Tapi kalau beli dengan Barbie Eyesland korang boleh mix power. Design dia sangat cantik seolah-olah macam ala-ala fantasi fairy wonderland. Hihi~
So kali ini, WA decide untuk beli contact lens yang WA minat warnanya sebab dah lama aim tapi tak beli lagi. Alhamdulillah, kali ini kesemuanya yang dipilih ada stok power. Jom kita tengok warna apa yang menjadi pilihan WA.
I'm wearing contact lens color Ice Blue 16mm
First lens pilihan WA warna biru. Curlaasss kau jah pilih biru. Hahahah! Actually, bila pakai Ice Blue lens ni, tak adalah nampak sangat color dia. Just nampak smooth je. Dan paling syok even diameter 16mm, tapi mata tak nampak besar mana. So tak rasa janggal lah. Ada sesetengah lens warna biru terlalu nampak color dia. Tapi so far, pilihan WA tak pernah salah. Kalau jauh, nampak biasa je tapi manis gitu. Kalau dekat, nampaklah juga bagi yang suka memerhati sampai ke kornea mata. Ehh! Huhuhu...
I'm wearing contact lens Oh My Honey Grey 14.5mm
Pilihan lens kedua WA adalah warna kelabu. Warna kelabu sesuai juga dengan anak mata bagi orang Asia macam kita, cuma yang tak sesuainya adalah memilih warna yang terlalu cerah dan corak yang nampak garang. Macam WA memang suka lens grey macam ni, sebab walaupun diameter hanya 14.5mm tetapi saiz anak mata kelihatan besar sedikit dengan kehadiran ring di bahagian tepi lens dan nampak natural.
I'm wearing contact lens Evelyn Choco 15mm
Buat pengetahuan korang, ini adalah my top favourite contact lens! Sebab bila pakai kat mata, orang kadang-kadang tak perasan yang kita pakai lens. Cuma ia nampak bersaiz besar sikit dari anak mata asal. Lens macam ni sesuai kalau pakai untuk harian punya kerana lebih nampak smooth dan natural sahaja. Stok warna choco ni cepat sangat habis so kalau korang nak, bolehlah beli cepat-cepat.
Nampak tak kelainan setiap warna lens apabila gambar secara dekat? Tapi korang jangan risau, kalau orang jarak semeter tengok kita pon tak berapa perasan. Kiranya ianya tidaklah terlalu menonjol jika dipakai.
Memang tak salahlah pilihan WA untuk memiliki ketiga-tiga warna ini sebab anak mata masih nampak natural sahaja. Bukan itu sahaja, setiap sepasang contact lens korang akan dapat casing secara percuma tau. Casing berwarna putih jernih. Yang casing travel kit ini mungkin untuk pembelian 3 pasang ke atas.
WA gabungkan ketiga-tiga gambar memakai lens yang WA pilih masa beli haritu. Ianya sesuailah untuk korang yang nak kelihatan lebih santai dan bergaya. Malah, ia juga menjadi contact lens pilihan para pengantin tau. Sebab warnanya yang natural. Dan yang paling penting, sepanjang penggunaan contact lens Barbie Eyesland, WA tidak mudah merasa mata cepat kering dan tekstur lens ini nipis tidak seperti lens murah di pasar malam. Serius, walaupun nampak seakan sama, tapi ianya sangat berbeza dari kualiti!
Jika korang berminat untuk mencuba lens dari Barbie Eyesland, boleh layari laman berikut :
Website : www.barbieeyesland.my
Facebook : www.facebook.com/BarbieEyeland
Instagram : www.instagram.com/eyesland_lens
19 Comments
Eh cantik plak Evelyn Choco tu .Nanti nak beli warna ni plak. Akak beli kaler black, hyper choco dgn luna grey. Bestkan wa pakai ..
ReplyDeleteJeles tengok orang boleh pakai lens. Sis tak boleh pakai..dulu beberapa kali pakai..setiap kali pakai sure luka kat kelopak mata di atas, pakai eye drop pun still luka. Mayb mata sis cepat kering rasanya
ReplyDeleteAkak pun teringin nak pakai lens, sekarang ni pakai spek waktu mengadap laptop dan drive waktu malam. kalau tengok harga memang berpatutan dan boleh tahan 3 bulan ya
ReplyDeleteWah lain-lain la kaler anak mata Wawa..nampak cam best la plak kan. Apa-apa pun, si pemakai contact lens ni kena ambil berat hal kebersihan kan
ReplyDeleteThe ice blue lens look good. I have also tried barbie eyesland. Love how comfortable it is
ReplyDeletecantiknya mata wawa.. bentuk mata tu macam mata kucen.. lens ni tiga2 nampak lawa.. untuk 3 bulan lak tu.. leh beli nanti
ReplyDeletecomlnya packaging! teringin pulak nak pakai contact lens tapi tak berani hahaha
ReplyDeleteCantik sgt tgk mata wawa pakai lens.. Sul tgk ice blue tu dgn honey grey
ReplyDeleteLawa lawa warna lens tu. Macam kita tak berani pakai lens. Dulu ada spek mata pun pakai main main. Haha..
ReplyDeleteTapi adik kita pakai lens. Dia punya rabun kuat betul. Nanti boleh la suggest kat dia lens ni.
Betul lah, dari jauh xdelah nmpk menonjol sgt warnanya which is nice.. Hihi.. Feeling mata omputih jap.. Bagus jugak boleh pilih power lain2. Nice..
ReplyDeleteDah la Rawlins memang sejenis yang suka pakai colored lens nie. Nie mengundang untuk Rawlins membeli nie nampaknyaa. TQ WA sebab share.
ReplyDeletewah cantik laa..sesuai dengan muka wawa..tak nampak pelik tapi cute..sebab kadang ada yg pakai lense kaler2 nampak pelik
ReplyDeleteWahhh terus nampak lain yer bila memakai contact lens nie. Mata nmpk besar mcm mata barbie. Cantik !!
ReplyDeleteHarga dia agak murah jugakkan berbaloi sangat. Suka dengan packaging dia cantek giler dan smart. Nampk lense warna dia so in dengan tremd zaman skrg
ReplyDeletetu diaaa mata , lawa sangat ....untuk power tinggi pun ada jugak yer...bagus nih sebab dah lama teringin nak pakai CL macam2 kaler dan tengok warna CL brand ni lmemang lawa2 , mesti nanti mata jadi cantik ..nanti nak cuba jugaklah
ReplyDeleteThese contact lenses are so cool and price are reasonable too. I like the Oh My Honey Grey shade, makes you look mysterious.
ReplyDeletecantik-cantik pulak warna dia. saya pernah pakai contact lens . tapi dah lama la. belas tahun dulu. tu pun sebab ada event. sbb leceh sampai skang x beli dah hehe
ReplyDeleteCantik sangat warna contact lens dia.. Terus jadi woww mata dia. .Dari jauh nampak lain.. Ehhee
ReplyDeleteI think this is a really good article. You make this information interesting and engaging. You give readers a lot to think about and I appreciate that kind of writing. best age to get lasik eye surgery
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)