Raes Collagen Mist Review | Siapa kat sini tak pernah tinggal untuk sembur muka dengan penyegar muka? Haa, WA adalah salah seorang yang gemar dengan face mist. Mesti wajib ada dalam list skincare mahupun makeup harian WA. Sebab face mist ni dapat membantu menyegarkan kulit kita supaya terhidrat dan lembut sepanjang hari. Tak kisahlah face mist ke, setting spray makeup ke yang penting yang jenis watery spray memang perlu ada dengan WA.
Selalunya orang akan guna face mist untuk melembap, menyegar dan melembutkan kulit muka. Akan tetapi dengan Raes Collagen Mist ini ianya dapat juga membantu memperbaiki kulit muka juga. Dan face mist yang WA pakai kali ini berbeza sedikit tau kerana mempunyai kandungan utama seperti Propolis Aloe Vera dan Hyaluronic Acid.
Haa, sedia maklum bahawa Propolis memang banyak khasiatnya seperti meredakan keradangan dan menenangkan kulit, Aloe Vera dapat menyegarkan kulit, malah Hyaluronic Acid pula sememangnya majoriti dalam mana-mana skincare ada bahan ini kerana ia bertindak untuk menghidratkan kulit supaya lebih lembap dan sihat. Malah ia juga dapat mencerahkan kulit! Dalam serum, toner mahupun face mask sekarang banyak gunakan bahan seperti Hyaluronic Acid tau.
Apakah Kebaikan Raes Collagen Mist Ini?
1. Menyihatkan kulit
2. Mencerahkan/memutihkan kulit
3. Melembutkan kulit
4. Menegangkan/menganjalkan kulit
5. Meningkatkan hidrasi
6. Anti kedutan
7. Mengurangkan jerawat
8. Menghalang pembentukan bintik hitam
9. Menyegarkan kulit
10. Mengatasi bakteria secara semulajadi
11. Membantu rejuvenasi sel kulit
12. Anti oksida
13. Meratakan tona kulit
14. Merawat kulit sunburn
Haa, tengok tu! Banyak kan kebaikan Raes Collagen Mist ni? Siapa kata tak best nak kena ketuk ni. Hehehe..
Raes Collagen Face Mist ini dapat menghidupkan semula ketegangan kulit untuk memberi rasa kesegaran yang berpanjangan. Boleh dibawa ke mana-mana sahaja, rasa kering kulit just spray je dengan face mist dan dapat menyegarkan kulit sepanjang hari.
Kalau korang nak tahu, pembaca berita TV3 pun pakai face mist ini untuk kelihatan lebih refreshing je dan kulit lebih flawless semasa on air tau. Auuwww!! Hihihi..
Cara Penggunaan Raes Collagen Mist :
Sangat mudah untuk digunakan iaitu sembur ke muka samada sebelum atau selepas makeup atau sembur pada bila-bila masa korang perlukan. Macam WA mempunyai masalah kulit kering dan tona kulit yang tidak sekata. Kadang-kadang nak keluar malas nak makeup simple. Just calit sedikit lipbalm dan bentukkan kening sikit (wajib sebab kening terbelah sebelah!) and last akan spray je face mist ni. Memang rasa segar je kulit muka. Malah bila keluar tanpa bedak atau foundation pun rasa yakin sebab kulit makin sihat dan tona kulit jadi sekata sedikit.
Selamatkah Jika Guna Raes Collagen Mist?
Haa, WA tau mesti ramai yang risau dengan status produk ini kan? Tapi korang tak perlu risau dah sebab produk ini telah didaftarkan di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan no pendaftaran NOT1701704650K. Bukan itu sahaja, ia juga telah diproses oleh kilang yang bertaraf GMP yang berkualiti tinggi demi memenuhi kehendak dan keselamatan pengguna. Dan yang pastinya ia telah memiliki sijil halal Malaysia kerana merupakan produk muslim dan boleh digunakan tanpa was-was.
Jom dapatkan segera Raes Collagen Mist ini di :
Facebook :
Instagram :
Email : raes.skincare@gmail.com
No telefon : 012-6780748
#SpraySprayCantik
12 Comments
Ika tak pernah cuba. Teringin jugak lagipun tgk banyak benefit. Thanks for sharing wawa :)
ReplyDeleteIka datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2019/01/movie-review-ratsasan-2018.html
best kalau pakai face mist ni.fresh je dan mudah nak pakai.
ReplyDeletek.el pun suka face mist mcm ni..senang just spray jer..best produk ni siap boleh cerahkan muka!!
ReplyDeleteMmg segar je rasa kalau sembur face mist ni kan
ReplyDeleteIt's my first time get to know about this collagen mist, it does refresh the skin.
ReplyDeletejanji ia selamat digunakan so kulit sensitif maxam tb pun boleh guna juga kan
ReplyDeleteYang penting ada kkm. Iday tak pernah pakai face mist, mungkin boleh try yang ni. Hehe
ReplyDeleteJenama baru ye.. Menarik.. Sebab banyak kelebihan dia ni.. Boleh baiki kulit lagi.. Nice.. Bahan ada aloevera lagi.. Bolehla try nanti
ReplyDeleteWaa cla pun suka pakai mist ni, memang terasa segar kan. Lagi2 kerja 8hrs dlm office ber aircond. Memang sesuai sgt guna ni
ReplyDeleteMemang banyak khasiat raes ni kan .Akak pun suka face mist Wajib ada
ReplyDeleteZira dah pakai memang best, segar je muka ni lagipun senang cuma spray
ReplyDeleteBanyak giler kelebihan dia. Mmg mist spray kasik cantik nih. OK nk try. Sbb dh lama xpakai face mist.. Packaging pun nice, sesuai masuk dlm handbag..
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)