Takut Terbeli Madu Tiruan? | Ada tak di antara korang yang suka makan madu? Mesti ramai yang sukakan madu kan? Tidak kira umur dari kecil sampailah ke dewasa mahupun orang tua. Tapi ada tak korang terfikir adakah madu yang korang beli tu original atau tidak?

Pernah makan madu sarang lebah? Untuk pengetahuan korang, madu sarang lebah telah viral dan kini ramai orang menyukainya kerana rasanya yang fresh dari ladang dan teksturnya yang meleleh membuatkan orang terliur. WA pertama kali mencubanya sebab sebelum ini tengok sahaja orang makan. Bila dapat rasa tu, fuhhhh! Terbeliak mata. Rasa dia yang juicy sekali dengan sarang memang sedap!

Makan madu botol dah biasa rasa kan malah ia dah disimpan lama. Tapi dengan madu sarang lebah ni korang memang akan terasa freshnya madu ini. 

Nampak tak rupa sarang lebah ni? Fresh tau ambil dari ladang lebah. Tapi yang ini versi asli dan fresh dari ladang. Orang order barulah pembekal akan ambil dari ladang. Bila makan sekali sarang ni, sambil kunyah menikmati madu leleh, mak aiii sedaaapppp! 

Madu Sarang Lebah Southern HoneyComb ini merupakan jenis multiflora honey yang mana Lebah Apis Mellifira diternak dalam kawasan ladang tanaman pokok limau madu yang berdekatan. Akan tetapi, madu sarang ini mempunyai rasa dan warna yang berbeza juga dari madu sarang debunga biasa. Jika korang lihat, warna nektar madu ini lebih kepada keemasan dan rasanya masam-masam manis seperti tualang.

Lihat video pendek makan madu sarang lebah
Kebaikan / Khasiat Madu Sarang Lebah 

  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Membuat badan rasa bertenaga
  • Mengawal kandungan gula dalam badan
  • Merawat batuk dan luka
  • Pelembap kulit wajah dan mencantikkan kulit
  • Anti oksida dan baik untuk pencernaan
Madu merupakan makanan tambahan semulajadi yang berkhasiat dan dijamin 100% selamat dimakan oleh semua golongan umur dan bangsa.  Dan madu sarang ini lebih selamat kerana tidak mengandungi gula seperti madu di pasaran kerana ianya hasil dari Lebah Apis Mellifira yang terkenal dengan sifat pembersihnya kerana hanya menghisap nektar debunga sahaja.

Jika anda ingin dapatkan madu sarang lebah asli dari ladang bolehlah terus order dengan Southern HoneyComb yang merupakan pembekal madu sarang asli di Johor Bahru. Ia juga membuat penghantaran seluruh Malaysia dan kualiti pembungkusan parcel juga sangat cermat.



Whatsapp : +6016 7780942