DIY Rumah Dengan Deco Budget Kaison | Dari dulu lagi WA suka lihat bagaimana mat salleh deco rumah mereka di kaca televisyen. Nampak cantik je mata melihat hiasan mereka. Pernahlah juga berangan nak deco bilik tidur nampak lebih kemas dan cantik. Tapi, barang-barang yang cute dan yang sesuai untuk diletak tak jumpa. 

Sejak Kaison dibuka di Kuala Lumpur, WA jadi teruja pula lihat barang-barang yang ada di Kaison sebab memang sesuai sangatlah dan ada antaranya WA pernah lihat rumah mat salleh deco di TV. Tapi malangnya, lokasi di Kuala Lumpur agak jauh untuk WA ke sana memandangkan WA stay Johor.

Kemudian, selang beberapa outlet dibuka kini Kaison boleh didapati di Johor iaitu di Kaison Aeon Tebrau City Johor. Mahu tak teruja hati ni bila dapat tahu dah dibuka kat Johor. Yelah, tak keruan hati seorang kaki deco macam WA kalau tak mai sini kan. Then, yang terkini dapat tahu ada lagi satu cawangan Kaison dibuka di Johor iaitu Kaison Paradigm Mall Johor Bahru. 

Bagi yang tidak tahu dimana terletaknya 2 cawangan Kaison di Johor ini, anda boleh lihat dibawah alamat berikut :

1) KAISON @ AEON Tebrau City
Lot F01B, First Floor, 
Aeon Mall Tebrau City,
No 1, Jalan Desa Tebrau,
Taman Desa Tebrau, 81100,
Johor Bahru, Johor

2) KAISON @ Paradigm Mall Johor Bahru
Jalan Mewah Ria 4/1, 
Taman Bukit Mewah, 81200,
Johor Bahru, Johor

Betullah orang kata, kalau masuk Kaison ni tak jumpa jalan keluar. Sebab ia ibarat syurga buat wanita lagi-lagi yang memang kaki deco rumah. Lihat barang lain, tapi beli barang lain. Hahaha! WA lah tu orangnya. Kekekekeke~~

Barang-barang yang terdapat di dalam Kaison ini kebanyakkan lebih kepada hiasan rumah atau pejabat samada ruang tamu, dapur, bilik tidur, bilik air dan lain-lain. Dan sekarang WA nak deco bilik tidur dan ruang kerja blogging WA supaya nampak lebih kemas, teratur dan sejuk mata memandang. 

Harga barang di Kaison tak semua murah tapi kalau bijak memilih, inshaaAllah lepaslah bajet korang nak mendeco rumah tu. Macam WA target beberapa barang yang nampak sesuai dengan tempat yang nak deco. Antara barang yang WA mahu beli di Kaison adalah :


1. Artificial Flower
Benda pertama yang WA akan cari semestinya bunga. Sebab WA suka hias rumah dan dikelilingi bunga. Tidaklah terlampau banyak hiasan bunga, tapi sekadar menaikkan seri rumah dengan warna bunga yang lembut.


2. Wallpaper
Kadang-kadang rasa malas nak cat baru atau nak cover dinding yang retak dek kerana paku, pakai je wallpaper kan senang. Pasang dan tampal. Mudah kerja. Dinding pun jadi cantik dengan pelbagai pilihan corak wallpaper. Wallpaper di Kaison boleh tahan murah juga dan yang penting, macam-macam corak cute ada. Hehehe!

3. Artificial Plant
Haa, jangan pelik kenapa WA cari tumbuhan buatan ni. Sebab WA kalau ambil gambar flatlay untuk job review, WA memerlukan plant ni tau selain bunga buatan. So memang artificial plant ni wajib ada dalam list deco rumah dengan harga bajet. Hihihi~

4. Rugs/Fur Mat
Karpet bulu atau alas kaki yang cantik memang wajib kena ada. Walaupun WA sudah ada 2 karpet bulu, tapi nak juga beli kat Kaison tapi lain warna. Boleh jadikan sebagai background gambar selain jadikan sebagai karpet atau alas kaki. Yelah, sayang nak guna kalau lawa sangat kan!

5. Soft Toy
Benda ni memang kena ada. Ala, buat alas kepala ke peluk ke. Sebab ianya lembut boleh dijadikan bantal gitu. Hehehe. Ada macam-macam jenis soft toy ni, so nak pilih makan masa juga kan. Hahah!

6. Glass Jar/Vase/Glass Bottle
Perhiasan macam ni mesti wajib ada. Boleh dibuat isi makanan, letak bunga dalam pasu dan macam-macamlah. So, nak tak nak memang kena ada. Kalau tak ada tak syok. Percayalah ! :D

Okay, inilah antara list barang yang WA nak beli kat Kaison untuk DIY rumah dengan harga bajet. Kena pandai surveylah barang apa yang korang nak beli kat sini. Tak semua tempat ada barang hiasan seperti di Kaison tau. Haa, ada lagi sebenarnya antara barang hiasan yang lain tapi bersaiz cute dan comel seperti :




Banyak lagi sebenarnya barang yang ada dalam Kaison ni. Nak ke sini tak boleh sekejap, mesti berjam-jam untuk pilih barang. Dan yang penting korang kenalah standby bajet korang. Bukan apa, takut yang bajet lepas beli tapi ditambah pula barang-barang lain sebakul lagi. Hahaha!

Kalau korang nak ke Kaison di kawasan berdekatan korang, jangan lupa search outlets Kaison yang terdapat di Malaysia di sini --> KAISON MALAYSIA