Stay Fresh Body Sparkling Mist | Cerita mengenai Althea tak pernah habis buat masa ini. Ada sahaja produk baru yang masuk setiap bulan. Maklumlah, Althea kini sudah dikenali serata dunia sebagai salah satu E-Commerce Online Shopping barangan Korea dikalangan peminat K-Beauty. I is antara salah satunya. Hehehe...

Althea bukan sahaja mempunyai barangan penjagaan kulit dan kosmetik, malah yang terbaru ia telah mengeluarkan sejenis wangian dalam bentuk body mist.

Stay Fresh Body Sparkling Mist ini merupakan produk wangian hasil kolaborasi antara Althea dengan Titi Kamal, iaitu selebriti terkenal di Indonesia. Titi adalah seorang pelakon, penyanyi, serta mempunyai bakal dalam fesyen dan gaya. Pastinya ia dikenali dengan rambut hitam yang lebat, beliau adalh ikon kecantikan yang nenawan hati peminat di seluruh Asia Tenggara. Diilhamkan oleh beliau, Althea memperkenalkan body mist harian yang elegan, segar dan manis dengan kerjasama bersama Titi Kamal! Tahniah both of you!!!

Body mist ini telah diperbuat daripada campuran buah oren manis dan buah peach dan kelopak bunga Damask Rose dan menghasilkan bau wangian yang segar dengan campuran buah dan bunga.

Bahan Utama Stay Fresh Body Sparkling Mist :
  • Damask Rose Water - Menjadikan kulit sentiasa terhidrat dan memberi aroma yang lembut
  • Orange Flower Extract - Menyegarkan semula deria bauan
  • Elder Flower Extract - Menyejuk dan melegakan kulit dengan aroma yang feminin
Cara Penggunaan :

Selepas mandi, semburkan wangian body mist ini pada badan dan bahagian tertentu seperti nadi di pergelangan tangan dan bawah leher sebelum anda keluar untuk mengekalkan bauan. 

Kelebihan Stay Fresh Body Sparkling Mist 

1. Sesuai dengan pelbagai gaya, dari gaya romantis ke arah gaya kasual.
2. Body mist tidak melekit dan boleh digunakan sebagai minyak wangi elegan kerana meninggalkan wangian segar pada badan.
3. Wangian campuran buah dan bunga yang lembut dan tahan lama.
4. Packaging yang ringan dan mudah alih sesuai dibawa ke mana-mana seperti dalam beg tangan.

Pertama kali mencuba Body Mist Althea X Titi Kamal ini, WA sangat teruja kerana inilah wangian yang dicari selama ini. Sebab inilah wangian kegemaran WA tau! Campuran antara buah dan bunga dapat membangkitkan aroma yang lembut dan segar. Wangian ini tidaklah terlalu kuat dan pekat seperti wangian diluar sana, tapi bau dia lebih pada refreshing dan paling syok tahan lama. Dan kini WA telah menjadikan ia sebagai salah satu minyak wangi harian untuk badan. Sangat berbaloi dapatkannya kerana dengan berat 100ml anda boleh beli dengan harga RM35 sahaja!

Sebarang pertanyaan atau pembelian, boleh rujuk link berikutnya - https://my.althea.kr/stay-fresh-body-sparkling-mist