Mary Kay® Timewise Miracle Set 3D | Sedarkah anda bahawa semakin meningkat usia kita semakin dekat dengan proses penuaan kulit? Jika anda yang sudah menjangkau usia dalam 30 an memikirkan tentang cara untuk mengekalkan kulit muka dari penuaan pramatang, apatah lagi dengan usia WA sekarang dah 27 tahun.
Semakin meningkat usia kita, semakin berubahlah keadaan kulit kita. Dan sekarang pun ramai yang tercari-cari skincare anti-aging manakah yang sesuai pada kulit bagi yang berumur 30 an ke atas. Buat pengetahuan anda, proses penuaan semulajadi hanya terjadi 20% sahaja manakala, selebihnya adalah dari kehidupan seharian kita seperti sinaran UV, pencemaran, asap, kekurangan tidur dan hidup dalam tekanan. Jadi, inilah masanya WA ingin memperkenalkan Mary Kay® Timewise Miracle Set 3D bagi membanteras penyebab terjadinya penuaan pramatang.
Setelah beberapa tahun saintis MK meneliti kajian penyebab terjadinya penuaan pramatang, lebih daripada 200 kajian pengguna, klinikal, keselamatan, dan lebih daripada 150 formula dan ramuan telah dinilai. Maka, terhasilnya produk yang mempunyai antioksidan yang ekslusif untuk melindungi kulit dari kelihatan lebih tua sebelum waktunya.
Mula-mula, WA fikir boleh ke pakai ni sebab kulit WA jenis dry to oily. Ternyata Mary Kay® Timewise Miracle Set 3D sesuai dengan jenis-jenis kulit tertentu (normal/dry/combination/oily/sensitive). Ia tidak membuat kulit berminyak bahkan tidak mengeringkan kulit, malah ianya memberi kelembapan pada kulit dan menganjalkan kulit seperti kelihatan muda.
Mary Kay® Timewise Miracle Set 3D telah mengambil pendekatan pencapaian 3 dimensi untuk membantu mengurangkan penuaan kulit, iaitu :-
1. DEFENDS (Mempertahankan)
Mengandungi antioksidan untuk menentang radikal bebas yang mempercepatkan penuaan pada kulit.
2. DELAYS (Melambatkan)
Dengan perlindungan UVA/UVB dan teknologi yang ekslusif ia mampu melambatkan proses penuaan pada kulit.
3. DELIVERS (Menyampaikan)
Mampu mengurangkan (menyampaikan peningkatan) tanda-tanda penuaan kulit yang ketara dalam masa 4 minggu.
Yang menariknya, dalam setiap jenis produk ini mempunyai 3 bahan yang hebat :
- Encapsulated Resveratrol : Membekalkan 3x ganda manfaat antioksidan, menjadikan warna kulit lebih sekata dna membantu menghasilkan kolagen kulit secara semulajadi.
- Vitamin B3 : Terkenal dengan kuasa pencerahan dan berfungsi sebagai antioksidan.
- Peptida Anti Penuaan : Menyokong kolagen dan menganjalkan kulit untuk kelihatan lebih muda dan anjal.
Simple Steps Using Timewise® Miracle Set 3D™
Mudah sahaja, untuk dapatkan kulit yang mudah dan sihat, jom amalkan simple steps ini!
Step 1 : Timewise® Age Minimize 3D™ 4-in-1 Cleanser - RM115 (127g)
Mana-mana step skincare mestilah dimulakan dengan cleanser. Cleanser ini memiliki bau yang wangi seperti bau bunga yang lembut dan mempunyai tekstur seperti cream beserta biji manik kecil, dimana ia berfungsi untuk exfoliate sel-sel kulit mati pada muka dengan lembut tanpa membuat kulit muka menjadi kasar selepas membersih. Bukan itu sahaja, cleanser ini tidak menghasilkan buih yang banyak seperti cleanser lain. Cleanser ini boleh dijadikan sebagai makeup remover, cleanser, exfoliate dan moisturizer.
Kelebihan :
1. Menghilangkan kotoran pada kulit
2. Menjadikan kulit lebih bersih
3. Membuang sel-sel kulit mati
4. Mencerahkan kulit
Step 2 : Timewise® Age Minimize 3D™ Moisture Renewing Softener - RM93 (147ml)
Moisture ini adalah toner (softener) dimana ia dapat melembut, melembap dan menjadikan kulit menyerap skincare seterusnya dengan lebih baik dan berkesan. Teksturnya seperti air dan mempunyai bau seakan mint, hanya dap-dap di muka dan akan terasa sejuk dan lebih hydrasi dan lembap.
Dicadangkan untuk titiskan softener ini pada kapas muka dan kemudian buat sapuan dari arah leher menghala ke atas muka bagi kesan lebih hidrasi pada kulit.
Step 3 : Timewise® Age Minimize 3D™ Day Cream SPF 30 - RM139 (48g)
A little goes a long way! Dalam membantu melambatkan tanda-tanda penuaan kulit dan menyediakan perlindungan spektrum UVA/UVB. Yesss! Inilah punca terjadinya penuaan kulit pramatang dek kerana sinaran matahari yang berbahaya. Teksturnya seperti cream pekat tapi membantu untuk melembapkan kulit selama 12 jam sepanjang hari.
Bukan itu sahaja, malah ia dapat memulihkan kerosakan pada kulit secara semulajadi serta membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada kulit. Day cream ini seperti krim moisturizer, terasa sedikit likat tapi tidak membuat kulit berminyak.
Step 4 : Timewise® Age Minimize 3D™ Night Cream - RM139 (48g)
Tesktur night cream ini berbeza dengan day cream, kerana day cream teksturnya lebih pekat likat berbanding night cream yang mempunyai tekstur yang sedikit cair gelnya, malah tidak rasa melekit dan berminyak. Bayangkan, anda apply sahaja di muka pada malam, seolah-olah anda tidak memakai apa-apa krim kerana ia cepat meresap berbanding day cream. I feel like using sleeping mask, kulit rasa lebih hidrat dan lembap keesokkan pagi. This non-greasy cream moisturizes for 12 hours.
Night cream ini berfungsi untuk :
1. Membina sel-sel kulit baharu
2. Memulihkan kerosakan pada kulit secara semulajadi
3. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
4. Menjadikan kulit lebih anjal
5. Meningkatkan daya kekuatan kulit
Step 5 : Timewise® Age Minimize 3D™ Eye Cream - RM135 (14g)
WA jarang pakai eye cream tapi packaging tube eye cream ini memang WA suka! Senang nak apply kat bahagian mata dan mudah meresap dalam 1 minit. Cepat kan?! Eye cream ini membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan di bahagian mata seperti lingkaran hitam, bengkak bawah mata, kedutan dan garis-garis halus.
Tindakan eye cream ini dapat melembapkan kawasan mata sehingga 12 jam pada kulit untuk kelihatan lebih muda dan sihat berseri. Hanya dot dot kan di kawasan keliling mata dan sapu dengan urutan bulat atau bawah mata sahaja.
Dengan hasil penggunaan secara konsisten sebanyak 2 kali sehari, anda boleh lihat kesan perubahan pada kulit anda dalam masa 12 minggu (3 bulan) untuk kelihatan lebih muda dan berseri.
For more details, contact your Mary Kay Independent Beauty Consultant today 03-77117500 or visit www.marykay.com.my/
Facebook :
Instagram :
45 Comments
kita ada jugak try guna cousin punya, sbb dia jual...hahaha...suka jugak walaupun yela biasa guna byk buih kan...ni xde buih jd pelik sikit...tapi suka tekstur dia..toner dia..semua lahaiii
ReplyDeleteProduk mary kay mmg sudah lama di pasaran cuma kak blm tray lagi guna produknya
ReplyDeleteSaya nak try eye cream to!
ReplyDeleteCepat absorb Kan!
akak pernah cuba tester je.. memang best..
ReplyDeleteBest kan pakai Timewise ni...akak punya dah habis..tgh tunggu bonus nak beli set yang baru...hehehe..nak beli satu set terus..sekali ngan mesin cuci muka tu apa ke benda ntah nama dia..mesin akak panggil..hahahaha...suka2 je...
ReplyDeleteSis pkai formula apa ye? Klau pakai yg set normal skin, krim siang dia berminya tk muka bila pakai tu?
DeleteSis pakai dh brapa lama..
Deleteday cream sy pakai mmg berminyak muka, jenis yg normal
DeleteDah pakai semua !! Memang best.. 10star given..
ReplyDeleteProduk yang hebat dan dipercayai 👍
ReplyDeleteKulit ni nak kena jaga dari awal supaya dah berumur nanti tak la susah nak menjaganya. Paling penting kena pakai sunscreen sebab kalau jalan kat luar sinar matahari yang kuat tu boleh menyebabkan kulit muka akan cepat ada kesan penuaan seperti jeragat dan lain2.
ReplyDeleteRamai ajak nak cuba pakai Marykay ni.. Tapi nad takkda masa nak jumpa diaorang.. Ramai kata best, tgk mmber muka dia swbelum ni rosak, pakai marykay ok.. Mahal tapi ok bagusla kan
ReplyDeleteTak pernah cuba Mary Kay. But i am sure this is a good well known product. Harga pun boleh tahan. Yg penting set penjagaan mesti sesuai dgn kita la..xoxo
ReplyDeleteI like this range too. I have been using this range for 2 months. so far my skin loves it. I love the nice scent from the products. so nice to use everyday
ReplyDeleteTB pun mengidam nak pakai nary kay plak dah bila tengok ramai review kata best produk ni
ReplyDeleteAda lagi produk kecantikan untuk perempuan Maru Kay ini pernah dengar ohh yer kawan kita jadi ajen jual produk ni kat office hehehehe untung orang perempuan...
ReplyDeleteBagus yer produk time wise mary kay ni. Lama dah teringin nak guna. Wishlist tahun depan nak beli satu set mary kay ni.
ReplyDeletemary kay satu jenama yang kukuh dan semua orang tahu...cuma saya belum berpeluang guna, next time nak cuba jugak sebab bila semakin meningkat usia , kulit kena ada penjagaan yang lebih dari kebiasaan
ReplyDeletesuka juga dengan produk ni sebab ramai yang cakap bagus hasilnya. tapi kena menabunglah juga hehehe. kalau boleh beri kesan yang bagus pada kulit, harga pun tak kisah dah
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Produk marykay memang highly recommended. Cx Cx s dengan marykay sebab semua produk dia based on kajian. Bukan timbang kilo segala tu. Marykay ni cx dpt tahu dari cousin sebab dia pon jual marykay. Kulit wajah dia pon makin cantik, anjal dan muda dari usia sebab dok pakai timewise ni. Cx lama dah usha marykay ni tp tula, tak terbeli sbb tk kerja. No fulus hihi.
ReplyDeleteTak pernah cuba produk Mary Kay, tapi ada lah sedara yang dah gunakan produk Mary Kay ni, nampak sesuai gan kulit dia. Nantilah..kalau ada rezeki boleh lah sis cuba nanti..risau gak kedutan dah makin jelas dah ni..hehehe
ReplyDeletei saw a lot of mary kay agents everywhere, but always thought they are selling cosmetic products only. but i supposed everyone is afraid of getting old and wrinkles so anti aging products certainly got a big market too!
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
4-in-1 cleanser tu nampaknya praktikal sgt. Blh dijadikan makeup remover, cleanser, exfoliate dan moisturizer. Senang nak bawa satu je bila nak pergi melancong.
ReplyDeleteRamai yang dah bertukar menggunakan Mary Kay sekarang ni kan. Katanya bersifat semulajadi mcm tu.
ReplyDeleteTapi boleh tahan dari segi harga dia juga kan. Hehe
long time didnt use this brand d and i still love to see the pinky packaging.. wait till my sets finish i will use back mary kay
ReplyDeleteSesuai sgt la tu dengan ayu ni. Garisan penuaan kat mata ni dh mula menampakkan diri.
ReplyDeleteI like this range also, especially the cleanser is so good.
ReplyDeleteKak blm tray lg produk dia. tp kenama mary kay mmg femous
ReplyDeleteWidely known products.. Dah berapa lama duk dlm wishlist dah ni.. Hihi. Kat office shad, ada yg jual. Senang sgt la nk beli nanti. Hihi..
ReplyDeleteMary Kay ni bagus tau. Mereka ada range yang sesuai ikut masalah kulit dan apa yang kita concern. Kadang memula kulit jadi purging dan keluar jerawat kecik2 pun dah panik. Sebenarnya dia sedang bertindak utk merawak kulit. Hehe.
ReplyDeleteAah sy dh guna for about 2months ada purging kt muka tgh bersabar dan konsisten hopefully will get the best result soon
Deletewawa..sis bru pkai timewise set. knp sis pkai klit nmpak cam burn n kusam. adakah xsesuai dgn akak?
ReplyDeleteSama dengan saya.. tapi skrg akak pakai dah okey ke muka?
DeleteSaya dah guna moisturizer n softener ni dalam 4bln.muka saya lembab sangat xkering lagi..memang best..sekarang nak cuba 3d cleanser dia pula..tq mary kay
ReplyDeleteSaya dah guna moisturizer n softener ni dalam 4bln.muka saya lembab sangat xkering lagi..memang best..sekarang nak cuba 3d cleanser dia pula..tq mary kay
ReplyDeleteKenapa bila.pakaibrasa mcm kusam n burn ye muka?
ReplyDeleteSaya pun.. dah 2 bulan.. kulit gelap & kusam
DeleteSaya pun.. dah 2 bulan.. kulit gelap & kusam
DeleteSaya pakai timewise 3d 1 set.. tpi muka saya makin gelap , kusam dan timbul jeragat. Adakah itu normal atau sya perlu stop?
ReplyDeleteSaja nk share lepas 5 Bulan consistently guna 3d timewise
ReplyDeleteMmg superb
Sy bg 10 stars
Timewise® Age Minimize 3D™ Day Cream SPF 30 - pakai sekali sahaja...muka saya gatal dan bengkak...apa perlu saya...please help
ReplyDeleteMyb x sesuai guna yg ada spf,sy pun pernah jd mcm tu ms 1st guna marykay..then tukar timewise non spf..alhamdulillah da ok.
Deletesy pun ada krim siang yg non spf ng ada spf.. bila guna non spf kulit jd naik jerawat n glupas, kalu guna yg ada spf ok plk..
DeleteSaya dah pakai timewise, tp muka keluar jeragat teruk. Sebelum ni muka clear. Maksudnya sy mmg tak sesuai la eh? Nak kata healing process, dh beberapa kali sebanarnya saya try, bila jadi camtu sy stop, jeragat terus stop. Skrg bila pakai balik, jadi balik
ReplyDeleteSalam sis.. jeragat tu berpunca dari kene matahari direct dan bole juga disebabkan oleh parut jerawat. so klau sis selalu keluar time tgh2 panas. lebih baik sis pakai spf. moisturizer dan foundation yg ada spf.
Deleten utk jeragat yg keluar tu sis bole pakai serum tuk pudarkan jeragat.
Post a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)