5 Jenis Minuman Kopi Trending | Semestinya anda ingin tahu apakah 5 jenis minuman kopi yang tengah trending, bukan? Kalau anda penggemar kopi, anda perlu baca sehingga habis bicara untuk kenali minuman-minuman kopi ini :

1. Ekspresso
Ekspresso merupakan minuman kopi yang tiada campuran susu tapi ada sedikit gula untuk mengekalkan rasa sebenar kopi tersebut. Selalunya ia diambil pada waktu pagi sekitar jam 9 pagi supaya badan lebih cergas dan tidak berasa letih dan stress.

2. Latte / Cappucino
Hanya mempunya sedikit perbezaan antara Latte dan Cappucino. Jika Latte lebih banyak menggunakan kandungan steam milk berbanding Cappucino. Manakala, Cappucino lebih banyak menggunakan kandungan milk foam berbanding Latte. 
Perbezaan cara buat Latte & Cappucino

3. White Coffee
White Coffee juga semakin digemari kerana kebanyakkan kedai ada menyediakan White Coffee. Ini bukannya kopi berwarna putih ye, tapi cara membuatnya adalah letak ekspresso sedikit seperti Latte & Cappucino dan kemudian diletakkan susu hingga penuh. Ia dinamakan sebagai Flat White Coffee juga.

4. Mocha Latte
Untuk mendapatkan rasa yang pekat dengan kopi, gabungan antara kopi dan coklat dapat membangkit rasa nikmat. Sesuai dijadikan sebagai Ice Mocha Latte ketika musim panas.

Cara buat Mocha Coffee


5. Justea & Juscoffee
Baru-baru ini Yeo's telah mengeluarkan air minuman berasaskan tea dan coffee dengan menggunakan ramuan premium. Rasanya sangat kaw dan kurang manis.

Inilah dia senarai 5 jenis minuman kopi yang trending. Yang paling tengah trending sekarang adalah Justea & Juscoffee keluaran Yeo's! Jom kita ketahui lebih rapat tentang Justea & Juscoffee ini.

Yeo's Justea & Juscoffee 

Bukan sahaja untuk penggemar kopi, malah untuk penggemar teh juga boleh merasai keluaran Yeo's yang baru dengan perisa kali ini yang kaya dengan biji kopi serta daun teh premium lagi berkualiti,  dan mewujudkan rasa yang begitu 'smooth' yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata!

WA percaya, mesti ramai penggemar kopi dan teh rasa teruja nak mencubanya kan? Begitu juga dengan WA, sampai sanggup mencari untuk merasai kenikmatan air tersebut. 

Justea Matcha Latte
Siapa sini peminat Matcha? WA antara penggemar minuman Matcha juga tau. Justea Matcha Latte ini diperbuat dari daun teh hijau premium yang terpilih untuk menjadikan Justea ini mengeluarkan rasa yang segar dan sedap disaat kita menikmatinya. 

Juscoffee Iced Coffee
Juscoffee Iced Coffee ini dirumuskan dari biji kopi premium yang terpilih dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan bau aroma semulajadi kopi yang wangi dan rasa kopi yang sangat kaw-kaw! Anda pernah tak kutip buah kopi dan kemudian jadikan ia serbuk kemudian buat air kopi? Tempat tinggal suami WA ada buah kopi. Setiap minggu hari Rabu akan kutip buah kopi tersebut dan hantar kepada apek yang buat serbuk kopi, kemudian buat air. Seriuss weiii! Macam itulah rasa Juscoffee Iced Coffee, memang kaw habis seperti yang asli berbanding rasa kopi biasa di kedai. Kalau korang pernah rasa original kopi, memang akan terasa pahit sedikit tapi still sedap! Kalau orang tua-tua rasa air ini, mesti mereka akan cakap, "Sedapnya kau buat air kopi, rasa fresh. Kau buat sendiri ke?!" Ini semua gara-gara Juscoffee Iced Coffee. Hahaha!

Juscoffee Cafe Latte
Bagi anda yang mungkin tidak berapa gemar kopi 'kaw' tadi, anda juga boleh mencuba air Juscoffee Cafe Latte ini yang diperbuat sama juga dari biji kopi premium yang terpilih dan berkualiti bagi menghasilkan rasa yang harum dan sedap dengan kehadiran kopi dan susu berkrim yang menggiurkan tekak!

Justea dan Juscoffee ini sesuai bagi mereka yang tidak sempat menyediakan breakfast, tidak sempat untuk meluangkan masa di kafeteria lama-lama, yang mudah rasa letih dan stress dek kerana timbunan kerja pejabat, sekolah atau site. Maka memang sesuailah mereka membeli minuman on-the-go ini! Cepat, mudah dan rasa segar!

Kadang-kadang kita kerap terskip breakfast kerana lewat untuk pergi kerja atau pelajar universiti pergi ke kuliah, boleh sahaja minum dalam kereta kerana ini memang minuman on-the-go! Tak payah nak panaskan air kerana rasanya tetap sama seperti baru dibancuh. Nak sejuk senang saja cuma letakkan dalam peti ais dan kemudian boleh minum.

Bukan itu sahaja, minuman on-the-go Justea dan Juscoffee ini juga sesuai diminum ketika lunch hour atau berehat untuk memberi kesegaran yang berpanjangan sepanjang hari bagi mengelak rasa letih, lesu dan mengantuk.

Malah, anda juga boleh menikmatinya ketika anda bersama family atau kawan-kawan samada ketika berpiknik atau bersembang bersama mereka. Sebab itulah, minuman ini sesuai setiap masa anda memerlukannya.

Tertarik Untuk Mencuba??
So, kalau anda tertarik untuk mencuba Justea dan Juscoffee ini, anda boleh dapatkannya dengan membeli di stesen pam minyak seperti Shell, Petron dan BHP. Dan anda juga boleh dapatkan di kedai runcit terpilih seperti KK Mart dan kedai-kedai yang berhampiran dengan anda. Jangan lupa GRAB one today, TASTE it and FEEL the KAW!

Tidak perlu risau lagi, kerana minuman Justea dan Juscoffee ini sememangnya telah diiktiraf Halal oleh JAKIM dan boleh dapatkan dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Yeo's ini, anda bolehlah layari laman sesawang mereka di www.yeos.com.my ataupun Instagram www.instagram.com/yeosmalaysia/