Penting Ke Sunscreen/Sunblock? | Siapa kata sunblock atau sunscreen tak penting untuk kita lakukan dalam step skincare harian? Memang salah! Haa, jangan memadai je kata benda ini tak wajib okay. Sebenarnya sunblock/sunscreen sangat penting untuk kita apply pada kulit muka mahupun badan supaya kulit kita tidak mudah rosak serta melindungi kulit dari sinaran UVA/UVB!
Jika dahulu, WA kurang menitikberatkan dan ambil tahu tentang sunblock/sunscreen ini tapi sejak rajin jaga kulit badan dan muka selepas breakout 6 tahun yang lepas, barulah WA tahu betapa pentingnya ia pada kulit kita. Baru-baru ini WA diperkenalkan satu produk baharu dari Althea (laman website K-Beauty dari Korea) iaitu Althea Petal Velvet Sunaway!
Sebelum WA perkenalkan Althea Petal Velvet Sunaway ini, sukacita WA ingin menerangkan serba sedikit mengenai sunblock dan sunscreen. Tahukah anda, bahawa ada perbezaan antara sunblock dan sunscreen? Dan apa bezanya sinaran UVA/UVB? Jom kita kenali serba sedikit mengenai perbezaan sunblock dan sunscreen.
SUNBLOCK
Ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran matahari UVB. UVB adalah sinaran yang tidak dapat menembusi lapisan kulit kita. Ia hanya dapat melindungi lapisan luar kulit sahaja. Jadi kulit kita akan mudah terbakar. UV B merujuk kepada 'Burning' iaitu terbakar atau sunburn.
SUNSCREEN
Manakala, untuk sunscreen pula ia berfungsi untuk melindungi kulit dari sinaran UVA. Ini kerana UVA adalah sinaran yang dapat menembusi lapisan kulit. Jadi, UV A merujuk kepada 'Aging' (penuaan), maka kulit akan mudah berkedut, tua, kusam dan terjadi jua beberapa masalah kulit lain.
Tapi anda semua jangan risau, kerana sekarang banyak brand yang telah menggabungkan kedua-dua sinaran (UVA/UVB rays) ini kerana kedua-dua jenis ini dapat membantu untuk melindungi kulit kita dari sinaran merbahaya dan mudah rosak jika tidak memakai pelindung.
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++ ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan tidak mudah kelihatan telah diformulasikan dengan hyaluronic acid dan Damask Rose untuk memastikan kulit anda tetap segar dan hidrasi sepanjang hari tanpa timbul rasa kasar dan kesan putih pada kulit.
Tekstur Ringan Dengan Perlindungan UV Yang Kuat
Dihasilkan dari formula bukan kimia dengan tekstur dan cecair yang ringan untuk melindungi kulit dari sinaran UVA dan UVB. Jadi, anda tidak perlu risau kerana Althea Petal Velvet Sunaway ini mengandungi kedua-dua rays tersebut.
Penghalang Serbuk Mikro
Zarah mikro akan menyerap sebum dan minyak yang berlebihan pada kulit untuk memberi kesan ringan semasa penggunaan manakala asid hyaluronik menambah kelembapan dan kulit terhidrat sepanjang hari tanpa peluh dan minyak yang berlebihan.
Advanced Non-Chemical UV Filter
Dengan menggunakan penapis UV tanpa kimia terkini, sapukan sunscreen ini secara rata di kulit dengan lembut tanpa meninggalkan kesan putih pada kulit seperti sunblock (pekat). Dan ternyata dengan formula yang telus ini, ianya berkesan kerana tiada kesan cecair putih pada kulit.
Damask Rose Extracts
Di dalam Althea Petal Velvet Sunaway, ekstrak Damask Rose telah digunakan di dalam sunscreen untuk melembapkan dan melembutkan kulit. Damask Rose ini mengandungi nano molecular semulajadi dimana ianya kaya dengan vitamin untuk menembusi ke dalam kulit, sensitif yang menenangkan dan minyak Geranium menguatkannya untuk memberi kulit berseri dan menyembuhkan jerawat.
Mesti Ada Althea Petal Velvet Sunaway Ini Untuk :
- Penggunaan harian - Mereka yang perlukan penggunaan yang panjang dan sunscreen perlindungan yang kuat untuk setiap hari.
- Kelembapan kawalan sebum - Mereka yang inginkan sunscreen yang lembap, tanpa meninggalkan kesan putih pada kulit, kulit yang kasar dan meleket.
- Semua jenis kulit - Sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.
Althea Petal Velvet Set
Untuk dapatkan kesan yang lebih ringan dan lembut pada muka, anda boleh padankan dengan Althea Petal Velvet Powder selepas memakai sunscreen Sunaway tersebut. Kini anda boleh dapatkan juga set Petal Velvet ini untuk kegunaan harian anda.
Althea Petal Velvet Powder yang merupakan loose powder ini mempunyai 3 kod powder iaitu Translucent, Warm Beige dan Pink Lavendar. Ketiga-tiga loose powder ini membantu mengurangkan sebum dan kulit lebih halus mulus dengan molekulnya yang sangat nipis dan ringan.
Gambar di atas menunjukkan WA menggunakan Althea Petal Velvet Set iaitu sunscreen dan loose powder kod pink lavendar. Hampir 3 jam WA keluar dan berdepan dengan cahaya matahari, tapi WA lebih rasa selesa kerana selalunya jika WA hanya guna sunscreen/sunblock biasa, kulit WA akan lebih putih (white cast) dan more watery hingga menyebabkan kulit bercapuk dan rasa likat pada kulit. Tapi apabila guna sunscreen Sunaway ini, ianya cepat meresap ke kulit dan senang untuk apply apa-apa skincare mahupun makeup selepas memakainya dan kulit rasa fresh sepanjang hari.
Untuk dapatkan Althea Petal Velvet Powder atau Althea Petal Velvet Set ini, anda boleh layari https://my.althea.kr/ atau instagram www.instagram.com/altheakorea/ sementara masih ada stok!
28 Comments
Comey wawa.. best kan tekstur dia.. tak berminyak.. tak melekit. dia serap terus dalam kulit. .
ReplyDeleteLama dah aim dan usha sunscreen tu.. Hihi..sbb bkenan tgk ramai cakap best
ReplyDeletebelum try lagi sunscreen dari althea ni ,
ReplyDeleteLama tak ambil tahu pasal sunblock dan sunscreen ni. Tapi bagus lah sebab dah ada dua dalam satu yang boleh protect kedua-dua ciri kulit kita.
ReplyDeleteJEMPUT SINGGAH : LEARN YOUR ACTUAL ELIGIBILITY TO APPLYING FOR A HOME LOAN
Althea Petal Velvet Sunaway looks suitable for my skin. Will get 1 to try it out especially I plan to go to beach area next month.
ReplyDeleteDulu mmg malas nak pakai cream2 muka ni. Sejak dah makin berusia ni, mmg menjaga sikit. Boleh la try sunscreen ni.
ReplyDeleteSeronoknya ramai review produk ni. Sunscreen memang penting. Kalau tak pakai, boleh lagi laju kan penuaan. Malah garis halus lagi nampak tau. Jadi, amalkan sunscreen.
ReplyDeleteRawlins suka kerana ia tak menyebabkan capuk dan full coverage. Yang best sebab boleh dipadankan dengan Althea Petal Velvet Set tu.
ReplyDeleteyeah love the smell of it and easy to use. Suitable for my skin and easy for me to travel to use too. Now online shopping easy to shop online.
ReplyDeleteSama macam akak la wa. Sebelum ni x pakai sunscreen just jaga macam biasa. Bila tau kepentingan sunscreen baru terhegeh nak pakai. Althea Sunscreen ni memang fall in love lah
ReplyDeleteI'm using this.. so love it.. I like the packaging too.. so cute and pinky... Sunscreen is truly important for us..
ReplyDeleteadududuiii mcm best betul tengok Althea Petal Velvet Sunaway ni tauu! Geram jee rasa nk try jugak hehe! Packaging dahla comel cun jee colour pink, and mmg bagus unt jadikan as kegunaan harian kan. Loose powder tu pon mcm best jee, qeela mmg suka nk try2 brg2 beauty mcm nii hehe 😍
ReplyDeleteNak try jugak lah sebab sebelum ni tak pernah pakai sunscreen pun. pernah baca pasal twit kecantikan dekat twitter. die ajar pasal skincare. baru tau penting sunscreen ni
ReplyDeleteSunprotector or sunscreen memang penting. Kalau taknak muka cepat kusam n berkedut better kena jaga dari awal.kita ngadap phone ni pon ada sinaran UV taw. Selagi ada cahya selagi tu kena protect skin.
ReplyDeletehuda pun sauka sangat produk Althea terbaru ni. memang wajib guna hari-hari untuk lindungi kulit dari sinaran matahari. Bagus produk ni sebab bebas bahan kimia yang berbahaya
ReplyDeleteLa, mati mati ingatkan sunblock & sunscreen bagi fungsi yang sama. Lain rupanya. Banyak kali gak Wawa update pasal produk Althea kan, mesti pengguna setia ni.
ReplyDeleteComel sangat packaging untuk sunblock dan sunscreen ini kalau orang laki ni macam malu nak bawa yang ada isteri ok lah boleh guna yang isteri punya hehehe tapi bagus boleh lindungi kulit terutama yang kerap bercuti tepi pantai..
ReplyDeleteI suka sangat sunscreen terbaru Althea ni, I pun baru tahu ada perbezaan antara sunscreen dah sunblock.. UVA uvb harituu ada belajar tapi tu la dalam kelas memain tak ingat details. thanks for telling us tau.. suka sebab bau sunscreen ni sedap dan wangi <3
ReplyDeleteliez suka dgn suncreen tu.. ringan dan tak melekit. boleh nampak glowing sikit..sekarang mmg pakai hari-hari walaupun hanya stay dekat rumah..
ReplyDeleteSonok aih dapat barang Althea. Btw, sunscreen memang penting. Dulu tak pernah pakai. Actually mmg kena pakai everyday for protection. Bukan masa pi pantai je. Uv bahaya myebabkan kerosakan kulit
ReplyDeleteSuka dengan packaging dia nampak menarik dan cantek. Ramainyg dah buat review semua puji ni produk ni bagus dan sesuai dengan kulit
ReplyDeleteWah bestnyee. Ramai cakap best PVS ni. Tekstur dia tak melekit dan cepat serap tu mmg dah buat I eager nk try. Bagus jugak sbb ada dua perlindungan UV terus. Aim lama dah, dah masuk cart. Thanks for sharing this Wawa. Great info.
ReplyDeleteBest kannn. Emi suka sebab bila pakai tu, tak rasa macam pakai sunscreen pun. Rasa elok je kat muka tu. tekstur dia sangat light.
ReplyDeletebest kan produk ni.bila rasa tekstur dia macam berminyak,tapi kalau apply kat muka cepat je serap..jadi muka tak nampak berminyak langsung
ReplyDeletemenarik... memang penting untuk pakai sunblock dan sunscreen ni. UvA dan UvB sekarang makin tinggi, bahaya pada kulit...
ReplyDeletesangat suka pakai PV sunaway ni sebab boleh protect kulit dari sunburn. keluar rumah je wajib pakai PV sunaway dulu
ReplyDeletecantik.... suka dpt lindung kulit dari sinaran matahari camni
ReplyDeleteThanks a lot for another submission! I believe you were able to provide us with more reviews.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)