Milk Peel Cream Mask | Belum habis guna produk baru keluar bulan lepas Petal Velvet Sunaway, terkini Althea telah mengeluarkan produk baharu lagi iaitu Milk Peel Cream Mask. Sememangnya, produk dari Althea setakat ini WA guna memang tiada masalah malah rasa lebih serasi pula. Aissh, tak sabar pula nak cerita!
Milk Peel Cream Mask ini mengandungi ekstrak AHA dan BHA, di mana apabila memakainya akan menghasilkan buih yang asalnya dari tanah liat (clay) kepada krim buih bubble secara perlahan-lahan tetapi ianya berkesan dalam mengeluarkan sel-sel kulit yang sudah mati. Turut terkandung di dalam mask ini adalah ekstrak protein susu untuk melembap dan menghidupkan semula kulit dengan lancar supaya kulit jadi sihat.
Bahan-bahan utama yang terkandung dalam Milk Peel Cream Mask ini ialah :
1. AHA & BHA
AHA berfungsi untuk membuang/mengeluarkan sel-sel kulit mati yang ada di permukaan kulit. Manakala, BHA pula untuk mengeluarkan kekotoran dan menanggalkan sebum yang tersumbat di liang-liang pori tanpa keradangan pada kulit.
2. Milk Protein Extract
Melembapkan dan menyegarkan kulit dengan kasein yang ada pada vitamin untuk kulit supaya kulit lebih hidrat, lembap dan sihat.
3. Kaolin
Berfungsi untuk mendetoxkan dan mengeluarkan kotoran dari liang pori.
Cara Penggunaan Milk Peel Cream Mask
Jika korang dapat lihat gambar di atas, ianya berubah dari bentuk clay mask kepada cream buih. Cara hendak menggunakannya sangat mudah iaitu :
1. Basahkan sedikit kulit muka dan kemudian picit seberapa banyak yang korang nak sapu pada kulit muka masing-masing.
2. Sapukan dan buat urutan pada seluruh kulit wajah korang.
3. Kemudian dari clay mask akan timbul buih-buih lembut, biarkan selama 30-60 saat sehingga buih timbul dengan banyak.
4. Lastly, tak perlu gosok, bilas dengan air suam sehingga bersih!
Haaa, siap dah! Kulit pun terasa lebih lembut dan segar sahaja.
Feedback WA Menggunakan Milk Peel Cream Mask
Okaylah, WA nak story seikhlas hati ni. Mula-mula memang WA fikirkan mask ini adalah dalam bentuk clay mask semata-mata. Rupanya ia boleh berubah menjadi kepada bentuk krim buih! Seriuslah, Teruja tau nak guna!
So, WA pun try lah milk mask ni. Mula-mula WA guna memang ia seakan clay mask, tapi lama kelamaan ia berubah kepada krim yang berbuih. Weii!! Muka berbuih laaa.. Bau dia best macam bau susu/bedak bayi. Hehehe... Bila buih timbul, rasa geli pula kat muka tu sebab rasa macam ada benda bergerak kat muka dan macam rasa letup-letup. Hahaha!!!
Then, after basuh memang kulit rasa lembut dan segar je dan pori-pori boleh mengecil tanpa buat kulit keradangan. Boleh lihat video cara WA guna di INSTAGRAM.
Siapa Boleh Guna Milk Peel Cream Mask ini?
- Sesuai untuk mereka yang jenis kulit kombinasi
- Masalah liang pori yang terbuka besar
- Kulit kasar & sensitif yang memerlukan skrub yang lembut
- Kulit kering yang perlukan kelembapan walaupun selepas exfoliate.
Jika korang ingin dapatkan Milk Peel Cream Mask 50ml ini, korang bolehlah layari website Althea di https://my.althea.kr/ ataupun instagram mereka di www.instagram.com/altheakorea/ .
21 Comments
Wow makin comellah wawa selepas ni. Macam best je cream ke bubble ni. Ramai jugalah rakan eiza dah guna milk peel ni.
ReplyDeleteComel je tengok ramai review. Guna secara konsisten dan Semoga cantik. Nanti ruby beli online. Tengah cari face mask.
ReplyDeleteEee best kan Milk Peel Cream Mask ni!! Sesuai sangat dengan tajuk wa memang lembut dan menyegarkan. Rasa kulit bersih gila. Even bau milk pun tapi selasa je pakai. Rasa nak pakai hari hari kehkeh.
ReplyDeleteHehehe I have this too. Such a fun product! This kind of peeling is very mild and suitable for sensitive skin such as mine
ReplyDeletejemput singgah blog :)
ReplyDeletehttps://messarah.blogspot.com/2018/11/cara-jimat-beli-tiket-flight-airasia.html
I have seen a lot of review of this recently. I like the simple packaging. the ingredients sounds promising of the products.
ReplyDeleteSiap ada susu kat belakang tu macam pakai susu kat muka atau mandi susu hehehe tapi produk ini lebih cepat berkesan kalau mandi susu beberapa baldi baru nak putih wakakakak...
ReplyDeleteBaru tahu ad mask jenis mcm ni. Selalu tahu yg jenis topeng tu. Nmpk mcm mudah tinggal picit dan tepek je. Produk Althea ni pun dah ramai kata bagus. Rasa nk tepek juga mask ni kt muke. hehehe
ReplyDeleteWoah! Looks good Wei! Make me feel like getting it now 😍 I like how it looks gentle on the skin with its foamy bubble
ReplyDeleteala, nampak dia punya liquid pon macam cream2 tapi jadi foam ye. best pulak tengok wawa pakai. iday ada clay mask, tapi warna hitam. so bila tengok yang ni macam suci bersihnya hehehe
ReplyDeleteEmi pun ada ni, tapi tak sempat nak pakai lagi. Baca review wawa buat emi rasa tak sabar nak pakai. Malam ni nak try la
ReplyDeleteWahhhh nampak ramai yang beri positif review berkenaan produk althea peel mask nie. Suka dengan tekstur produk nie. Nampak lembut n foamy. Xsangka ada mask dalam bentuk mcm nie. First time jumpa.
ReplyDeleteSejak ada milk cream ni..hari2 pakai..syok plak..suka baunya yg fresh n ringan
ReplyDeletedah rasa macam magic. sebab dia bertukar jadi buih. best pakai. rasa lembut je muka. kak Rose memang akam terus pakai ni. produk Althea memang sesuai dengan kak Rose. hihi
ReplyDeleteSeronok tengok kawan kawan dah guna produk baru ni. Kita pulak naik ikut teruja nak try. Hehe
ReplyDeletemilk peel macam best je..bleh try jugak ni
ReplyDeleteMemang best gilerr.. Mula tgk orang pakai, semua cakap berbuih, kita pun pakaila mcm mne rasa buih tu.. Geli juga bila buih keluar lepas tu jadi maak lembut.. Bestla.. Muka jadi segar dan lembap je.. Althea setakat ni elok dekat muka nad
ReplyDeleteMemang lembut...zaza pakai pun best dan selesa.. Sesuai dgn skin zaza..
ReplyDeleteAkak pakai pun rasa best...bau susu tu best
ReplyDeleteThis is a very nice review. I appreciate your shared thoughts and recommendations! Feel free to contact me when needed.
ReplyDeletebuih tu best sebab buat muka rasa geli2.. haha.. lepas cuci muka je muka jadi segar terus.. terbaiklah Althe keluarkan produk macam ni kan
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)