Alha Alfa Propolis Foundation | Hi readers, baru hari ini berkesempatan untuk menulis. Sebenarnya entry ini dah lama masuk dalam draft, tapi tak sempat nak publish sebab gambar tak ada lagi. Kali ini akan bercerita mengenai barangan kecantikan kosmetik. Setiap wanita mempunyai impian untuk memiliki barangan kosmetik dan ingin kelihatan cantik bukan? Cantik supaya lebih berkeyakinan di hadapan orang dan hobi untuk mencuba sesuatu, seperti WA. Pantang nampak je produk kosmetik yang tak pernah try, mesti nak try.
Sedia maklum, nama ALHA ALFA semakin dikenali. Pengasasnya, iaitu Dato' Alha Alfa, juru makeup selebriti terkenal yang kini juga merupakan usahawan muda berjaya dalam bidang kosmetik telah mengeluarkan brand kecantikan dibawah nama syarikat Alha Alfa Rich Legacy (1206648-v) iaitu Alha Alfa Cosmetics. Kebanyakkan ramai artis tempatan telah ditatarias oleh beliau sendiri dan karya beliau sangat cantik. Dan ramai juga antara kalangan Makeup Artist (MUA) atau Mak Andam telah berguru dengan beliau.
Keluaran pertama produk kosmetik beliau adalah foundation dan kini diikuti dengan produk kosmetik lain sepeti loose powder, lipstick dan macam-macam lagi. Tetapi, untuk kali ini WA nak review sedikit mengenai foundation ini yang semakin digemari ramai orang.
Untuk makluman, foundation atau dikenali 'bedak asas' sebenarnya berfungsi untuk menyamakan tona kulit muka kita supaya kelihatan lebih sekata. Oleh itu, ianya didatangi dengan pelbagai warna kod mengikut tona kulit. Kini, WA memiliki ketiga-tiga kod Alha Alfa Royal Propolis Foundation iaitu kod Auri (light), Fervi (medium) dan Morri (dark).
Fungsi Alha Alfa Royal Propolis Foundation
Alha Alfa Propolis Foundation ini bersifat instant glowing, ia mengandungi air liur raja lebah untuk dijadikan sebagai treatment untuk mencantikkan kulit muka, mengecilkan pori dan mengecutkan jerawat di muka. Foundation ini bersifat 'Matte Finish' dan sesuai untuk orang yang kulit berminyak. Ini kerana supaya makeup lebih kelihatan cantik dan tidak terlalu shining kerana kehadiran sebum yang terlalu banyak di kawasan muka.
Kelebihan Alha Alfa Royal Propolis Foundation
Banyak kelebihan yang ada pada foundation ini, antaranya ialah :
- Full coverage (jika kulit masalah, mungkin perlukan 2x lapisan)
- Tidak berminyak (matte finish)
- Tahan selama 12 jam
- Makeup tidak mudah bercapuk
- Menutup parut jerawat, jeragat
- Menjadikan kulit instant glowing
- Kandungan Vitamin C membantu mencerahkan kulit
- Dapat menutup lingkaran bawah mata
- Melembapkan kulit wajah
- Senang dipakai
- Merawat kulit kusam
- Sesuai untuk semua jenis kulit (skin concern)
- Senang dicuci (mesra wudhuk)
- 1 botol tahan 2 bulan (depends pada penggunaan)
Foundation ini lebih sesuai untuk orang yang jenis kulit berminyak, tetapi untuk jenis kulit lain juga boleh gunakan jika steps makeup anda dilakukan dengan betul. Ini kerana setiap orang mempunyai skin types berbeza dan fokus pada skin concerns seperti gelap bawah mata, tona kulit tak sekata, berjerawat dan lain-lain. Macam WA sendiri adakalanya skin type WA more to oily, tapi adakalanya jadi kering. Mungkin atas faktor cuaca atau sebagainya.
Pengalaman WA Menggunakan Alha Alfa Royal Propolis Foundation
Pertama kali mencuba ketika itu kulit WA betul-betul tengah kering dan bahagian hidung mengelupas teruk. WA tak terfikir masa itu foundation ini bersifat 'matte finish' sebab nak cepat. Sekali dah makeup, mak aii! Makeup WA buruk gila dengan kulitnya merekah dan bercapuk foundation. Mujurlah masa tu tak keluar lagi. Then, barulah terfikir nak research rupanya foundation ini lebih sesuai untuk orang kulit berminyak. Dan kebetulan masa tu kulit WA memang dry habis.
Kali kedua pakai (gambar di atas ini), barulah menjadi sebab masa ini kulit WA tengah berminyak. Makeup jadi smooth, senang nak apply foundation, dan jadi glowing dan flawless setelah beberapa jam guna. Untuk hasil yang meletops, WA try mix kan ketiga-tiga foundation ini dan ternyata ianya berhasil. Hehehehe.. Disebabkan tiga-tiga kod ini tiada warna kulit WA, makanya WA buat eksperimen dengan mixkan ketiga-tiga kod foundation ini.
Sebelum ini, WA pernah pakaikan juga pada muka pengantin guna kod Fervi & Morri (tak ada simpan gambar pengantin), alhamdulillah pengantin suka sangat dan sesuai dengan kulitnya yang berminyak.
Sesuaikah untuk semua kulit???
Seperti yang diberitahu sebelum ini, steps skincare & makeup yang betul, akan membuat makeup nampak lagi cantik dan flawless. Terbaharu, WA ada cuba pakai masa kulit tengah dry tapi bukan mengelupas, makeup tak bercapuk kerana WA betul-betul ikut steps yang sebetulnya iaitu prep skin sebelum makeup. Salah prep skin, maka bercapuklah kulit anda.
Kini Alha Alfa Cosmetics telah mengeluarkan 2 lagi kod baharu iaitu kod Edel dan Salvia. WA belum mencubanya lagi mungkin akan datang dan WA rasa lebih sesuai dengan kod Edel kerana kulit WA warna medium dan warnanya seakan warna kulit. Kod Fervi juga medium tapi ia lebih ke arah kuning langsat.
Alha Alfa Royal Propolis Foundation berharga RM49.90 (30ml) sahaja sebotol. Kualitinya setaraf produk antarabangsa tetapi harga masih mampu milik. Jika anda inginkan kelainan dan cara mudah untuk bersiap, boleh cuba foundation instant glowing ini.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh layari www.instagram.com/alhaalfacosmetics_hq/ untuk ketahui pelbagai produk kosmetik yang telah dikeluarkan oleh Dato Alha Alfa.
47 Comments
Harga dia okay, berpatutan. My skin selalu more to dry. Kena moisturizer bagi cukup, baru bole apply this foundation. Look awesome, ada banyak shade, nice..
ReplyDeleteyup..berbaloi shad..hehhee.. betul..mositurizer pon ade utk skin types... boleh cari mne ssuai..
DeleteRamai yg guna produk ni
ReplyDeleteaah ramai guna termasuklah MUA..
DeleteAlha alfa fd mmg best.. Nak blend pun sng.. Zaza pun mmg pakai sampai skg
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semakin ramai cuba dan beli.. Boleh repeat order just contact 0179550145. Agent Pahang
Deletemula lah rasa nak try beli.. huhuhu..macam best je baca review ni
ReplyDeletewah cantik hasil make up Wawa guna foundation ni. banyak kod warna yang ada. boleh pilih ikut kesesuaian tona kulit ni :)
ReplyDeleteMasyaAllah...yg ni ada utk kulit berminyak mmg terbaik la kan! pulak tak bercapuk walaupun kita berpeluhhh..mmg kena ada...kalau jenis kulit kuning langsat gelap gituuu code mana eh sesuai?
ReplyDeleteCantiknya foundations ni, tengok wawa makeup muka nmpk lain
ReplyDeleteRamai cerita pasal jenama alha aufa sekarang ni. Teringin jugak nak try. Hasilnya pun cantik la wawa. Wawa nampak lain la bila guna foundation ni..
ReplyDeleteInteresting product! I like your blog, wanna follow each other?:)
ReplyDeletehttps://julesonthemoon.blogspot.com/
cantiknya finishing dia.airah tak pernah lagi cuba foundation ni tapi tengok ramai bagi positive feedback.selalu pakai yang light je macam bb cushion
ReplyDeleteSeronok nye main mekap2. Sejak beranak pinak ni dah x dan nak bermekap2. Mak kalut sgt tang nak siap2 tu huhu
ReplyDeleteso nice sbb ada shade ranges byk tu. selalu 2 ke 3 shades je ada.
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Macam menarik je produk ini. Patutlah ramai je wanitwanita yang gunakan produk Alha Alfa ni.
ReplyDeleteKaka saya ssendiri pun guna produk dia. Penuh kat rumah ni hah.
Alha Alfa brand has such a nice and cute packaging, I like! Wanna look cantik like you. Let me check it out now hehe. :)
ReplyDeleteNi produk yang menaja ABPBH heheheh tengok perubahan yang dihasilkan daripada produk ini memang best untung lah orang perempuan boleh cantik dengan secepatnya hehehehe...
ReplyDeleteEh emi dah lama duk nak beli foundation alha alfa ni. Taknak beli online sbb takut tersalah shades, hehe. Kat mana eh boleh beli selain online?
ReplyDeleteBoleh cari agen atau dropship alha alfa kawasan terdekat anda.. 0126780540
Deleteaa ni memng dah semkin popular kan. Kawan2 yang kaki mekap kata fd aa ni bagus
ReplyDeleteCantiklah wawa pakai foundations ni, bila tengok lain muka
ReplyDeleteTingin nak pakai produk alha ni..tgok ramai mua pun pakai..harga pun not bad..
ReplyDeleteTak pernah dengar tentang produk ni, Waaa ada pelbagai warna bolehlah pakai ikut mood dan padankan dengan tema baju... nak cubalah nanti
ReplyDeleteNi yang sponsor anugerah ape ye.. Lupa pulak.. Wah nampk cntik wa pakai.. Nak try jugala foundation dia
ReplyDeleteFirst time dengar brand ni masa anugerah bintang paling popular. Nampak menarik sebab dia ada banyak pilihan foundation. Ingat nak cubalah kebetulan nake up foundation mmg dah habis
ReplyDeleteCantik pulak makeup wawa tu. Memang nampak kemas. Iday suka kalau foundation yang banyak jenis warna ni, boleh pilih yang mana sesuai untuk kulit. Selalu ada 3 je. Hehehe nanti nak try la sebab Memang tengah mencari hehehe
ReplyDeleteFoundation ni memang harga berpatutan dari Alha. Ramai suka sebab matte finish. Cuma kena tahu teknik pakai. Siap ada yang guna Booster AA tu lagi tau. Nak mekap lelama ni tak cukup masa dah. InsyaAllah ada duit lebih, Ruby beli. Wakakaka. Sebab belum sibuk guna mekap.
ReplyDeleteBoleh la AM cuba juga produk AA nie.. AM pun ada masalah kulit kering.. nak nak skrg keje betul2 dlm. Bilik beraircone... mng menggelupas abis kulit.. aduhai..
ReplyDeleteNak try Alhaalfacosmetic ?whatsapp 0126780540
DeleteUikss..baca je pun dah tau mesti best pakai foundation ni sebab ada propolis. Paling best bila pakai foundation tak bercapuk
ReplyDeleteMacam nak beli je Foundation ni. Sebab foudation yang ada tu nak habis dah. Macam nak try, sebab tengok wawa pakai elok cantik je.
ReplyDeleteBerminat boleh whatsapp 0126780540
Deletememang best fd nih
ReplyDeletecantiklah wa makeup gun foundation alha alfa ni. nak cuba jugalah nanti.
ReplyDeleteNak cuba? Aku whatsapp 0126780540
DeleteSaya ada beli tp botol tu bukan jenis yg pump punya.. Memang ada packaging mcm tu ya? Atau saya terbeli yang tiruan
ReplyDeleteSemua foundation bentuk pump la sis
DeleteUtk keluaran alha alfa royal propolis ada pump.. Sis beli kat mana.. Hati² beli lg2 kt shopee.. Better beli dgn ageh sah sahaja..
DeleteAssalamualaikum sis wawa maaf ya saya promote sbb saya suka awak punya blog entry bagus. Boleh tgk fb saya Alhaalfacosmetic.ezanj ngan ig alhaalfa. Rtw. Ezanj
ReplyDeleteWassalam. Terima kasih sis..
Deletemula-mula guna produk AA okey..lama2 muka tambah kering dan ada jerawat halus mula timbul.. dah start guna since April 2019... atau saya salah step make up? any tips? sebab tengok banyak feedback positif, mungkin bukan sebab produk ni... mula2 apply memang okey tp after 1 hour bila tengok kat cermin, fd mcm timbul2, jadi dry... ada yg experience mcm ni tak? mungkin saya yang salah step atau sebab lain..share tips fd tak merekah kat muka pls...:)
ReplyDeletePropolis ini sesuai utk yg kulit berjerawat & berminyak. If kulit dry xdigalakkan guna. But if nk juga guna, prep skin btul2 bru guna. Guna moisturize yg utk kulit dry supaya lembapkan kulit, & guna primer or gntikn dgn argan oil.
DeleteSalam sis.nak mintaki dari sis untuk mohon share info tentang royal propolis foundationni.
ReplyDeleteshare info apa ya... atas ni sy de share tentang propolis AA
DeleteFd memang best sy pakai fd fervi,xpi mcm kena mix jugak dgn yg cerah,sbb xkena dgn kulit..kulit cerah xpi jd kuning langsat hehe
ReplyDeleteYup sbb fervi ni more to kuning langsat. Better klo nk light medium mix kan auri + fervi. Atau jika nk medium biasa mixkan auri + morri... Tp skrg dh ada kot edel so sng leh amik edel sahaja.
DeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)