Jom Shopping di Althea | Hello uolls! Mesti ada yang tak sabar kan nak tau apa yang WA dah shopping kat Althea sebelum ini? Haa, buat yang tidak tahu lagi apa itu Althea, ia merupakan satu website online shopping barangan Kbeauty iaitu directly posted out from Korea dan yang pastinya ia adalah 100% authentic! Yesss, dan Althea kini sudah dikenali dikalangan Kbeauty. Paling mengejutkan barang Althea lebih murah dari website barangan Malaysia tapi estimated shipped take time around 1-2 weeks. Yelah, kan dari oversea. Jangan risau sebab setiap pembelian akan dapat kotak pink!!!
Untuk pembelian kali ini, WA menggunakan rewards 120 points untuk mendapatkan barang-barang seperti di atas. Apa yang WA shopping kali ini?
1. Althea Petal Velvet Powder #Pink Lavendar (2pcs)
2. Althea Petal Velvet Powder #Translucent
3. It's Skin Power 10 Formula PO Effector (3 bottles)
4. COS.W O2 Bubble Black Mask
5. COS.W My Real Skin Facial Mask
Althea Petal Velvet Powder
Althea telah mengeluarkan produk kosmetik pertama iaitu Althea Petal Velvet Powder dengan kod Translucent & Warm. Kemudian, baru-baru ini sempena Althea Turns 3 ia telah mengeluarkan kod baharu iaitu Pink Lavendar. Kali ini WA ingin mencuba loose powder Althea kod Translucent & Pink Lavendar. Ramai yang kata best loose powder dari Althea sebab ia bersifat ringan di muka.
It's Skin Power 10 Formula Effector
WA tertarik untuk mencuba serum dari It's Skin ni sebab banyak review positif dalam website Althea. Dan kebetulan WA juga telah kehabisan serum muka, jadi apa salahnya beli kan? It's Skin Power 10 Formula Effector ini mengandungi 13 jenis serum dan setiap serum mempunyai fungsi yang berbeza. Untuk pilihan kali ini, WA mencuba serum untuk pores, whitening (arbutin) dan juga vitamin C. Nanti WA share details untuk posting akan datang tentang serum ini ye.
COS.W O2 Bubble Black Mask
Memandangkan WA pengguna setia mask setiap malam, COS.W O2 Bubble Black Mask ini menjadi tarikan. First time WA nak cuba mask yang boleh mengeluarkan buih. Sebelum ini, hanya tahu bubble foam sahaja ada buih. Lagipun, bubble black mask ini ada 2 jenis sahaja iaitu Volcanic (pores/hydrate) dan Charcoal (moisturize).
COS.W My Real Skin Facial Mask
Mask COS.W jenis lain pula adalah My Real Skin Facial Mask. Ada bermacam variasi dan pilihan WA adalah Green Tea, Apple dan Coffee. WA suka pakai Green Tea sebab ia dapat lembut dan segarkan kulit dan kulit jadi bersih. Sheet mask ini sangat best kerana tidak terlalu keras seperti sheet mask yang lain.
===========================================================================
Untuk full review setiap barang yang dibeli, WA akan try buat satu per satu dan akan update entri di blog nanti. Bagi anda yang ingin dapatkan barangan original dari Korea dan murah, bolehlah shopping di website Althea https://my.althea.kr/ atau layari laman social mereka :
Facebook
Instagram
21 Comments
Wah nampaknya WAWA lebih banyak beli maskers, I beli macam macam juga ni sat lagi nak publish macam best je kan.. hee apapun what a great shopping EXPERIENCE !
ReplyDeletei pun baru shopping kat althea.. syok nya... happy unboxing.. love the beauty hauls i get from there... nice nice..
ReplyDeleteArrrhhh tension kita bila tengok orang perempuan boleh shopping banyak barang kat banyak tempat hehehe sebab orang perempuan barang untuk penjagaan mereka macam-macam kalau orang laki ni satu jer boleh guna kat semua bahagian hehehehe... untung lah jadi orang perempuan..
ReplyDeleteBanyaknya barangan yang wawa shopping kat Althea...best laaa...terbekenan kat serum tu..kejap lagi nak skodeng...Akak pun suka shopping kat ALTHEA...PUAS HATI
ReplyDeleteserum tu best gila (yang hijau) sha pakai kan pore sha macam makin mengecil tapi masih nampak la hehehe nanti nak repeat orderlah! sha menyesal beli Althea Petal Velvet Powder tu satu je, sumpah best gila guna powder tu :(
ReplyDeleteRamai blogger yang review produk ni bagus. Ibu tak tahulah kan sebab tak pernah pakai sendiri jenama ni. Masih setia dengan jenama sekarang
ReplyDeletebanyak kali dah baca pasal produk Althea..lama-lama tertarik gak la gini.nasib baik produk wanita je kan
ReplyDeleteRambang mata bila masuk web althea , hohoho dah rembat Althea Powder tu dedua jugak , memang best guna , terbaik
ReplyDeleteWahhh wawa shopping althea petal velvet powder lagi, sampai 2 pulak tu. Emi haritu banyak beli face mask dan produk untuk rambut. Tak sempat nak try semua lagi hehe
ReplyDeleteAkak kalau shopping kt Althea kan memang penuh cart..pastu nanti sebelum submit tu akan review dlu..hahahha...yg serum tu akak pun ada...yg vit c n propolis...syiok pkai
ReplyDeleteWow.. banyaknya membeli di Althea! menarik semua barang-barang yang dibeli tu. nak kena tengok juga website Althea ni. kalau masuk website tu susah nak keluar haha
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Sis dah shopping bulan Julai. Banyak gak sis shopping, memang seronok betul shoping kat Althea ni.
ReplyDeletememang borong beli sekali banyak ni. mungkin ada promosi dan ada kemampuan wang ringgit. boleh jimat jangka panjang kan
ReplyDeleteamboiii banyaknya shopping. perempuan dan kecantikan memang berpisah tiada. tapi tulah, bila dah minat, memang kalau dah start nak membeli tu, sampai satu bakul. hahahhaa.
ReplyDeleteBorong sakan ya. Nampak jugak kawan perempuan beli barang kecantikan die althea ni. Macam2 die jual rupanya. Patotlah cantik.hehehe
ReplyDeleteLia pun suka dengan Althea Powder tu. Lia beli semua version bedak tu. Althea ni memang berhantu kalau shopping rasa nak beli macam2 kan.
ReplyDeleteMenariknya..rata2 cte pasal althea ni..kte yang tengok ni je pun rambang mata dibuatnya heheh lagipumg suka product dari korea
ReplyDeletewah macam-macam wawa shopping ye..best shopping althea..semua barang dia ramabng mata..rasa nak beli semua..sebab produk dia semua best..hehee
ReplyDeletewahhh kak wawa mmg suka shopping althea kan
ReplyDeleteAM xpenah cuba lagi produk Althea ini.. teringin nak cuba.. hope beri kesan masalah kulit AM yg cepat mengering ini..
ReplyDeleteHai bila ntah nak beli barang kat althea ni. Byk betul yg berkenan, bubble black musk tu macam best jerk
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)