Exfoliate Bibir | Pernahkah anda mengalami kulit bibir yang kusam, kering dan bibir pecah-pecah? Jika anda pernah atau sedang mengalami situasi sebegini, anda perlulah menekankan keadaan bibir anda supaya kulit bibir anda menjadi sihat.
Bukan itu sahaja, dengan pemakaian lipstick setiap hari boleh membuat kulit anda terdorong menghadapi simptom-simptom seperti itu? Dengan lipbalm juga tidak cukup untuk melembapkan bibir kerana bibir juga memerlukan exfoliate. Untuk mendapatkan kulit bibir yang halus dan mulus kita perlu exfoliate bibir juga. Maksud exfoliate bibir adalah untuk membuang atau menghilangkan sel-sel kulit mati yang ada pada kulit yang boleh membuat kulit bibir menjadi kusam, hitam, kekeringan dan kulit bibir pecah-pecah. Jom kita ketahui sebab kenapa kita perlu exfoliate bibir.
Ketahui Sebab Kenapa Perlu Exfoliate Bibir
1. Mudah Dilakukan
Setiap kali penjagaan muka mahupun badan, mesti orang akan terfikir kena pergi ke salun kecantikan untuk buat rawatan, tapi tahukah anda bahawa dengan exfoliate bibir sendiri, ia dapat menjimatkan kos dan bahan-bahan juga mudah didapati di pasaraya. Anda boleh membuat lipscrub sendiri di rumah dengan menggunakan bahan dapur seperti gula perang halus & madu dan lain-lain. Atau boleh sahaja beli mana-mana lipscrub dan buat dirumah sambil menonton TV.
2. Menanggalkan Sel Kulit Mati
Dengan membuat exfoliate, ia sebenarnya membantu pergalakkan pertumbuhan kulit baru pada kulit dan membuang sel kulit mati atau yang kering. Bayangkan jika anda mengenakan lipstick, tapi tak exfoliate bibir, kulit semakin kering dan pecah-pecah, kemudian anda akan salahkan lipstick. Punca utama adalah anda tidak exfoliate bibir anda terlebih dahulu!
3. Permukaan Bibir Menjadi Halus
Selepas anda mengexfoliate bibir, anda akan dapati bahawa kulit bibir anda menjadi lebih halus dan tidak terasa kasar seperti sebelumnya. Jadi, anda kenalah rajin-rajinkan diri untuk exfoliate bibir paling tidak 3 minggu sekali.
4. Bersihkan Sisa Makeup
Mesti anda pernah bersihkan makeup tapi kawasan bibir sangat susah untuk tanggal. Sampaikan anda tonyoh-tonyoh barulah hilang. Anda boleh ubah dengan cara exfoliate bibir selepas makeup, kerana kulit bibir kebanyakkannya akan kekeringan apabila sudah lama memakai lipstick. Jadi sesuailah untuk anda mengexfoliate bibir. Tapi jangan kasar supaya kulit bibir anda tidak sakit selepas membuang sel kulit mati.
Amalkan exfoliate bibir anda 3 kali seminggu. Tapi jika anda kurang rajin, buat bila perlu. Tapi jika ingin dapatkan kulit bibir yang halu mulus kenalah rajin exfoliate. Asalkan jangan gosok terlalu kuat, hanya buat urutan perlahan pada bibir sehingga sel kulit mati tanggal dengan bersih.
25 Comments
menarik ni....
ReplyDeleteno wonder my lips selalu kering n berdarah.
ReplyDeleteray here | imperfectly perfect
terus terang, aida da mula scrub bibir.
ReplyDeleteada member rekomen one product.
bibir aida dari dulu is kering, kusam and tak menarik lah kan.
pakai lip balm pun tak lama bertahan moisture nyer.
now, scrub 3-4 hari sekali, getting better.
tq for sharing. nice.
Betulla tu, saya rasa bibir saya berkeperluan exfoliate 3 kali sehari
DeleteTak pernah pulak scrub bibir. selalu pakai lipbalm je. Ingat dah cukup dah untuk masalah bibir kering.. nak kena cuba ni. Mana2 lipscrub pun boleh kan. hehe..
ReplyDeletePerubahan cucaca sekarang ni adakalanya jadikan bibir jadi merekah. Boleh la try produk ni. Takda la bibir merekah dan luka lagi
ReplyDeleteOhh tak pernah lagi exfoliat bibir , muka pun malas nak buat huhuhu
ReplyDeletememang betul.bibir pun kena jaga taw.kalau xcukup hidrat pun tu yang jd penyebab bibir asyik mengelupas taw.so nk bibir cantik kena la rajin jaga bibir.
ReplyDeleteDah banyak dah produk yang boleh dipakai untuk jaga bibir ni. Bibir ni paling penting kot nak dijaga sebab kalau merekah tu mak aih sakitnya. Dan kalau tak dijaga, nampak kusam dan hitam
ReplyDeleteBoleh cerahkan bibir ke
Deleteccl seminggu sekali skrub bibir haa , pas tue sapu vaseline
ReplyDeleteTak pernah exfoliate bibir. Baru tahu penting rupanya. Okay,kena buat ni.
ReplyDeleteBaru tau yang kita kena juga exfoliate bibir supaya dapat kembalikan sinar dan seri. Hehe. Serba serbi kena jaga
ReplyDeleteTak pernah lagi scrub bibir, tapi memang perasan kalau kerap pakai lipstick then masa cuci make up tak cuci betul-betul lama kelamaan bibir jadi kusam dan gelap. lepas ni kena rajinkan diri scrub bibir la pulak. selalu muka je.
ReplyDeleteBaru tahu penting rupanya untuk exfoliate bibir. Selama nie tak tahu n biarkan je bibir macam tu. lepas nie nak buat jugaklah supaya bibir nampak mungil dan sexy. Gitue !
ReplyDeleteMemang tak pernah buat exfoliat bibir ni..nampak nya kena buat la nak bagi bibir merah menyala..bibir kita ni dahla tak cantik..huhu
ReplyDeleteRawlins pun dah try exfoliate bibir dah sebab ada kawan yang rekomen aritu. Why? Sebab kulit bibir Rawlins kering dan senang mengelupas.
ReplyDeleteMudah je nak buatnya, tapi malas hahahah. Tak dapat nak tolong la kan klu dab malas tu
ReplyDeleteBetul lipbalm pun xdapat nak bantu lembapkan bibir. Lepas ni kena rajin nak exfoliate bibir baru lah bibir terjaga Dan anjal gitu .
ReplyDeletekulit bibir pun kena buat pengelupasan juga ya. Macam leceh je nak buat. dah lah kulit kawasan tu nipis
ReplyDeletePatutlah kulit bibir orang tu ada nampak kusam dan kering je. rupa rupanya inilah kepentingannya
ReplyDeleteat least kena buat 2 kali seminggu. pastu jangan amalkan jilat bibir ye. tak elok. guna lipbalm atau vaseline. yang tu baru proper. hehe
ReplyDeleteAM baru tahu pasal penjagaan bibir nie.. patutlah bibir selalu kering n hitam.. AM ingatkan punca dr lipstik yg AM pakai.. huhuhu.. kena start jaga bibir la pasni.. terima kasih atas perkongsian tips ini ya!
ReplyDeleteSaya kalau mulut kering memang wajib polish bibir. Senang nak pakai makeup dan supaya lebih kemas.
ReplyDeletesalam singgah. terima kasih perkongsian. sebelum ni kak tak penah tahu lak. huhuhu :D
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)