Kuey Teow Ladna | Sekembalinya WA bersiaran di blog setelah lama tak update entry untuk resepi. Hahaha. Tersangatlah busy tapi alhamdulillah views blog tak pernah turun walaupun jarang update. Thanks my readers!
Kali ini WA nak update resepi mee yang berkuah. Sebab WA sejenis suka makan mee berkuah. So, setelah sekian lama tak makan Kuey Teow, alang-alang kita up kat sini jelah sebagai simpanan kalau-kalau dah tua lupa resepi. Haha! Btw, ini resepi WA sendiri ada tokok tambah.
Kalau korang nak tahu, Kuey Teow Kung Fu dengan Ladna berbeza sikit ya. Kalau Kuey Teow Kung Fu, mee perlu digoreng dengan telur sahaja. kacau rata telur then tuang dalam mee dan gaul rata barulah goreng. Manakala, Kuey Teow Ladna pula, mee perlu digoreng dengan kicap sehingga mee bertukar warna hitam kicap.
Kalau korang nak tahu, Kuey Teow Kung Fu dengan Ladna berbeza sikit ya. Kalau Kuey Teow Kung Fu, mee perlu digoreng dengan telur sahaja. kacau rata telur then tuang dalam mee dan gaul rata barulah goreng. Manakala, Kuey Teow Ladna pula, mee perlu digoreng dengan kicap sehingga mee bertukar warna hitam kicap.
(Hidangan untuk 4 orang)
Bahan- Bahan :
- 1kg kueyteow
- 5 ulas bawang putih *diketuk
- 4 batang cili api merah *diketuk
- 1 kiub ayam
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 ikat sayur sawi
- 1/2 batang carrot *dipotong panjang/bulat belah dua
- 1/3 bunga kobis
- 3 biji tomato *dibelah 4
- 3pcs fishcake
- 1 plastik fishball
- isi dada ayam *ikut suka banyak mana
- 10-15 ekor udang
- 4 biji telur
- sedikit air tepung jagung
- garam, ajinamoto & air
Cara masak Kuey Teow Ladna :
1. Gorengkan dahulu kueyteow bersama telur & sedikit kicap jika mahu berwarna. Buat macam pizza maggi. Ketepikan kueyteow yang sudah digoreng bersama telur. *skip kicap jika tak mahu
2. Tumiskan bawang putih bersama dengan cili api merah yang sudah diketuk. Sehingga naik bau tumis. Masukkan isi ayam dan udang (tak buang kulit pun boleh lagi best besar2). Dan diikuti dengan fishcake & fishball. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian, masukkan air untuk kuah banyak mana nak. Masukkan kiub ayam, sos tiram beserta garam & ajinamoto secukup rasa.
4. Selepas didih air, masukkan segala sayur-sayuran yang ada seperti carrot, bunga kobis, sawi kecuali tomato diakhir sekali.
5. Didih sekali lagi selepas masuk sayur, masukkan telur dan tepung jagung dan dikacau hingga rata sehingga telur pecah dalam kuah dan kuah menjadi pekat.
6. Akhir sekali, masukkan tomato sebab tomato mudah masak. Then, siap untuk dihidang!
~video ringkas kueyteow ladna~
24 Comments
Waaaa shedapnyaaaa...
ReplyDeleteNanti nak cuba gakk laaa...
jom.. sis lin lagi pakar masak.hehe
Deletetak pernah lagi masak sendiri kuey teow kungfu,sllu bli kat kedai
ReplyDeletenti free2 nak try la,thanks 4 da resepi wawa
jom buat... nak tambah pon senang,,hehhee
Deletesedap.dulu masa zaman study suka menu ni. adalah juga pernah masak bila zaman kawin ni.bila bulan puasa je.kena guna telur banyak nak bungkus mi.
ReplyDeleteaah kak,,, tp style ni xbungkus mee.. goreng ngn telur je..hehehe.. sebab nk jimat telur..ahhaa
DeleteSedapnya.. suka makan ni juga dlu. Kena plk ngn cabai cuka.. dapppp
ReplyDeletepehhh cabai cuka... meletopppsss...hehehe
DeleteLama x msk kungfu2 ni..sbb dh x leh mkn teluq ngan ketiau..huhu..tp bole try resepi ni tuk tok laki hihi
ReplyDeletehehe,,, buat yukkk.... makan xsudah nnti
DeleteLama tak makan kue tiau kungsu, pernah buat tapi kena ada telur banyak kan
ReplyDeleteaah kene banyak telur...
DeleteKeteow kungfu, sangat sangat la favourite lagi lagi kalau takde selera makan. Tapi 1 je masalahnya. Pernah buat sendiri, tapi rasa macam tak best. Mesti nak beli jugak.
ReplyDeleteheheh.. apa yg xbestnya tu mimie?
Deletemy fav kuey tiow..tapi kuey tiow kung fu tak pernah makan lagi.pernah makan kuey tiow biasa je.
ReplyDeletehehehe,,, try la buat rabia....
DeleteFirst time mkn menu ni masa kua mkn dgn mak, suka sbb byk sayur
ReplyDeleteFirst time mkn menu ni masa kua mkn dgn mak, suka sbb byk sayur
ReplyDeleteOh wow! macam sedap and simple to cook. Will try to make it this weekend.
ReplyDeleteSedapnya... kak rose tak pernah masak sendiri lagi. Tapi suka je beli kat kedai. Hihi. Suka kalau banyak sayur dalam tu...
ReplyDeletesedapnyaaa tak penah cuba buat sendiri. kalo nak makan kat kedai.. dap dap kuah tu sampai licin hirup =D
ReplyDeletekalau nak gantikan tepung jagung dengan tepung gandum boleh ke?
ReplyDeleteBoleh takde masalah
Deletekalau nak gantikan tepung jagung ke tepung gandum boleh ke?
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)