Resepi Vietnam Roll | Sejak kebelakangan ini, macam-macam makanan luar negara masuk ke dalam Malaysia cumanya tak tahu halal atau tidak. Tapi sekarang mudah nak dapatkan sebab boleh homemade sendiri. Kali ini, WA nak bawakan resepi mudah dari Vietnam iaitu Vietnam Roll.
Dulu, masa mula-mula viral Vietnam Roll dekat Malaysia, berpusu-pusu orang mencari cara buat ni. Dan susah nak jumpa rice paper untuk balut ni. Yelah, sebab dari Vietnam je ada jual. Tapi korang jangan risau tau sebab rice paper ni ada yang halal dari Vietnam. Jangan beli yang tak ada logo halal dari Vietnam pula ye. Jom layan cara buat Vietnam Roll beserta sos versi WA sendiri.
Homemade Vietnam Roll
Bahan-Bahan Diperlukan :
1. Rice paper
2. Meehoon @ Soohoon
3. Salad
4. Isi ketam
5. Udang
6. Carrot
**anda boleh menambah bahan lain seperti daun mint atau timun dan lain-lain.
Bahan Untuk Sos Pencicah :
1. Sos Cili Thai
2. Bawang Putih (potong dadu) *4 ulas
3. Cili api (potong bulat) *6 tangkai
4. Tepung jagung (pekatkan kuah) *1 sudu besar
**nak sedap lagi boleh tambah peanut butter/kacang yang telah ditumbuk
Step By Step :
1. Celup dahulu carrot, isi ketam dan udang di dalam air yang mendidih kecuali salad dan soohoon. Soohoon anda boleh rendamkan dengan air panas suam sahaja sebab ia mudah masak. Untuk udang pula, anda boleh goreng/celup kemudian baru buang kulit. Kalau tidak akan jadi macam udang WA jadi kecut sebab dah buang kulit dulu. Hehe..
2. Ambil rice paper dan celup ke dalam air yang suam/air biasa suhunya. Jangan gunakan air panas dikhuatiri rice paper anda cepat lencun dan mudah terkoyak semasa hendak menggulung. Dan jangan pula terlalu keras rice papernya. WA celup ke dalam air suam biasa sahaja.
3. Susun susunan ikut kreativiti anda. WA suka buat begini sebab mudah untuk digulung nanti. Pastikan anda lapik rice paper yang telah dicelup di atas pinggan/lapik yang licin bukan atas kayu papan. Takut ia mudah melekat. Susun dahulu salad, soohoon, carrot, kemudian letak udang/isi ketam seperti dalam gambar. Kemudian lipat kiri kanan dan gulung dengan kemas.
4. Pastikan anda tidak buat terlalu tebal untuk halang rice paper mudah koyak.
5. Kemudian, siap. Boleh cicah sos!
Cara Membuat Sos Vietnam Roll :
1. Bawang putih, cili api di tumis sekejap bagi ia betul-betul masak. Minyak masak sedikit sahaja buat syarat.
2. Kemudian, tuangkan sos cili Thai dalam setengah botol.
3. Tuangkan air sedikit (ikut banyak mana nak sosnya).
4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan tabur sedikit garam buat rasa dan kacau sehingga rata dan mendidih.
Sangat mudah kan? Boleh dibuat sebagai menu diet juga tau. Mudah dan mengenyangkan! Jom cuba resepi mudah buat Vietnam Roll ini.
47 Comments
sdapnya..:)
ReplyDeleteseadapnya
DeleteMasya-Allah sedap kot. Rajin share resepi, tQ sis. Nanti klu rasa2 mood nak bertukang di dapur boleh Ty try ni.
ReplyDeleteSeriously, masa ke vietnam dulu pelik tengok makanan ni dan rasa dia light-light gitu.. hihi.. tapi bila ramai yang cari resepi ni mmg sedap la bagi orang yang suka..hihi.. rindu lak vietnam ni wak.
ReplyDeleteWah. Dah boleh jual dah nie Wawa. Hehe. Bagus sebab rajin membuat resipi begini. Rawlins rajin nak makan je. Hehe
ReplyDeleteSedapnya ! Dari haritu dah teringin nak makan tapi nak beli dekat luar boleh tahan mahal jugak hahaha nak buat sendiri tak buat buat lagi eeei tergoda tengok
ReplyDeleteMudah penyediaannya.. Tapi suka mkn yg Vietnamese Spring Roll yg deep fried. .tq sharing resepi
ReplyDeleteMy children love to eat this Vietnam roll and we always order this whenever we had Vietnam food. WIth your recipe, I will try to make it now for them. Tq
ReplyDeletemudah jer rupanya buat vietnam roll ni. Nak try la buat menu berbuka dan buat makan moreh pun sedap ni. tq WA sharing resipi mudah tapi sedap ni.
ReplyDeleteHa nti nak buat utk menu berbuka..hat ni k.el sorang je hadap..sesuailah utk diet bln pose ni kan
ReplyDeleteSally buat dulu guna isi ketam je sebab udang mahal...hahahaha..sos dia guna sos Thai Life tu je...nampak x malas dia...rajin WA buat jual kan..hehe
ReplyDeleteAha. Tengok post ni teringin tengok cerita Hyori's Bed n Breakfast semalam. Episod tu tunjuk yg Bo Gum suka makan roll ni.
ReplyDeleteoh mcm tu rupe rice paper...kat pasaraya sini xpernah nampak
ReplyDeleteWow, can fight with other Vietnam roll at Vietnam restaurant. I will never miss order the Veitnam Roll when I visit the restaurant. Now I can enjoy it anytime by follow your recipes.
ReplyDeletedah rasa, haritu beli je..sedap yang udang . Tapi bial makan pat yang macam mihun putih tu..pelik pulak rasanya..ahhaha..makan ni mesti ada sambal yang sedap..
ReplyDeleteSedapnya wawa..tp boleh x kalau x letak daun corriander tu..heheh..amboi udang tu besar2 ha..ada jual eh rice paper tu kat supermarket..nanti akak nak cuba cari la..boleh buat dan ikut resepi ni
ReplyDeleteZira pun suka buat ni senang sangat tapi mak tak suka jadi tak semangat nak buat. Sesuai untuk sapa yg diet
ReplyDeleteSenang dan nampak sedap api wa akak nak anya step ketiga tuh isi ketam letak kat mana?dekat udang atau kat area salad. Sebab akak duk belek gambar tak jumpa isi ketam..rasa nak buat juga untuk makanan berdiet..hehehe
ReplyDeleteI love Vietnamese spring rolls, will try your recipe over the weekend.
ReplyDeleteWahh senangnya nak buat resipi ni kita selalu tengok orang updata tapi tak pernah cuba pun heheheh sebab banyak sayur kalau popia basah atau goreng tu kita boleh makan sikit hehehehe..
ReplyDeleteTB tak pernah makan lagi vietnam roll ni.. taktau la leh terima dek tekak ke tak.. apa rasa dia yea wawa? yamg ni bukan yang wawa makan ritu kan? yang pedas tu
ReplyDeleteNever ever crossed my mind to try doing this. With this guide and recipe maybe I could try it after all. Thanks for sharing
ReplyDeleteResepi seakan sama dengan yang selalu Fatin buat, dia memang akan ambik order kalau balik asrama laku keras jualan dia sentiasa sold out, dan [andai buat nanti boleh buat jualan pada bulan Ramadhan
ReplyDeleteSis memang suka makan vietnam roll ni. Buat tak tahu..hehehe. Nanti nak cuba buatlah ikut resepi ni. Thanks ya sudi kongsi resepi
ReplyDeleteWawa....akak memang teringin lama nak makan vietnameese roll ni. Tak tau nak buat macamana. Ni wawa dah share resepi boleh la cuba. Wa, rice paper tu wawa beli mana? Kat umah ada encik udang boleh buat...hihi
ReplyDeleteWahhh, wawa reti buat vietnamese roll ni? Ni salah satu fevret emi, tapi tak pernah buat sendiri. Kalau pegi buffet ramadhan yg ada menu ni, excited betul emi
ReplyDeletemy fav and liez jual lagi.. healthy food sagt dan yang lagi best sbb ada rasa masam manis thai sos tu... liez buat sendirithai sostu.. sbb lebih sedap dan puas makan
ReplyDeleteBelajar makan Vietnam Rolls ni bila travel ke Ho Chi Minh city beberapa tahun lepas. Balik Malaysia terus cari ada siapa jual sebab sedap sangat dan macam healty food dah kan. Dah tengok resepi Wawa ni boleh lah cuba sendiri kat rumah lepas ni.
ReplyDeletePernah rasa Vietnam roll nie somewhere n sgt mudah. Ingatkan susah nk buat rupanya senang je. Okay nk belilah bahan2 utk buat vietnam roll nie. Thanks for sharing !!
ReplyDeleteYa ampun tq fir the recipe. Mmg mencari sebab nak try buat puasa ni. Cuma kulit dia ni payah nak jumpa kat kedai biasa kan
ReplyDeleteOh wow! This is really delicious, healthy and easy to make. I love Vietnamese food and going to try it too.
ReplyDeleteboleh cuba ni..^_^
ReplyDeletemna nk beli rice paper..kat aeon n gaint x de logo halal
ReplyDeleteJaya grocer ada
Deletehehe mekasih mira jawabkan.. dekat aeon big ada jual tapi kena cari yg ada logo halal vietnam. try search logo halal vietnam mcm mana.
DeleteMf tnya.. kalau kte buat mlm.. simpan smpai ke pg. Blh x.. nk simpan dlm peti @ pn letk luar je
ReplyDeletetahan awak,,,simpan dalam peti ais bawah je.. makan time sejuk pun sedap je no hal..
DeleteBetul tu.. MKN sejuk sedap...😋😋
Deleteterbaik boleh cuma di rumah nanti
ReplyDeleteJom cuba sis
DeleteTadi kami baru try beli ... Allahhuakhbar sedapnya sos nya ada rasa masam2 sikit ... Memang terbaiklah ...🤤🤤rasa mcm x sabar nak buat sendiri
ReplyDeleteBoleh try buat sendiri pula sis.. Hehe..
DeleteMcm mane nk buat kulitnya x melekat antara 1 sama lain?
ReplyDeleteSelepas siap gulung, boleh lapik dgn plastik yg buat bungkus mknn tu.. Ptong ikut size.. Supaya xmudah lekat
DeleteAlhamdullilah memalam cari resepi. Tq sharing boleh buat lepas ini ❤️.
ReplyDeleteJangan lupa follow blog sy fizangah89.blogspot.com
Hehehe boleh cuba sis... Smoga menjadi buatnya =)
DeleteThis is too good article for more information visit here. If you're intrested in travling and looking for some visa company who provide best visa in Turkey visa.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)