Guardians Haul | Haii semua... Lama dah WA tak muncul buat entri dari pengalaman WA shopping sendiri kan? Yelah, sebelum-sebelum ini WA shopping tapi tak kesempatan nak up dekat entri macam yang lain. Maklumlah, tak semua benda kita nak share. Takkanlah barang privasi nak share juga? Hahahaha.. Okay, I'm just kidding.
Korang ingat lagi tak, Guardians ada buat Beauty Sales sebanyak 50% seminggu sebelum tahun baru cina yang lepas? Ye, tahun ini lahh, takkan tahun lepas punya. Haiiihhh~ Ramai yang tanya WA hari itu apa yang WA beli dan suruh share. Tapi maaflah sebab WA share lambat sebab WA menunggu barang yang order online sampai (berjanggut tunggu weeii). Dan WA dan share melalui FB Live tempoh hari. Mungkin ada terlepas pandang, so WA up dekat entri blog pula.
Haa, nampak tak betapa banyaknya WA beli barang makeup uiii. Dan seksanya nak beli secara walk in tau. Dahlah ramai, pula tu nak beli ada jenis orang konker tempat tu macam dia yang punya. Ehh, I bayar tax tau. Hahaha! Last-last WA ambil mana yang WA target dan rasa perlu. WA perati je sorang budak yang konker tempat ni, macam takde arah tuju nak pilih. Dia tak paham then tanya kawan, kawan dia boleh cakap, " alaa ko bukan reti makeup pun.. nak ambil pun tak tahu. ambil jelah mana ko kenan, tapi cepat sikit penat tunggu ko pilih takde juga". WA tengok tangan dia. Ehhh, memang tak ada lagi barang yang dipilih. Walaupun rasa geram, WA tolong juga explain kat dia sekian-sekian barang itu ini untuk apa. Agaknya budak tu malu dia ambil eyeshadow then terus blah. Amboi, dahlah tak ucap terima kasih, dengan konker tempat tu.. ishh isshhh ishh.. Tapi dia patah balik pilih lagi satu barang, itu pun lambat. Last-last WA yang selesai pilih 6 barang dulu dari dia. Hihi..
Ehhh, sory terpanjang pula bebel. Kekekeke.. Oklah, jom layan haul WA barang apa yang dibeli. Tapi jangan tanya harga tau sebab WA tak ingat. Korang rajin, calculate lah harga normal tolak harga sales 50%. Then dapatlah jawapan. Hihi
1. ESSENCE STAY ALL DAY 16H FOUNDATION
Ini merupakan botol foundation yang ke-2 WA beli. Serius WA suka sangat tekstur dia, sebab ia mattekan kulit kita. Tahan sampai petang dan senang remove of course. Kod yang WA pakai adalah kod 20 Soft Nude. Wa pernah review foundation ini. Lihat post terdahulu Review Essence Stay All Day 16H Foundation.
2. CATRICE MAKEUP TO STAY MAKEUP 24H FOUNDATION
First time WA nak mencuba foundation ini. Bukan first user untuk Catrice foundation, sebab WA dah ada foundation Catrice yang lain. Yang ini tak silap WA jarang ada atau baru keluar gitulah. WA terpikat nak mencuba sebab harga dia murah, bila sales lagilah murah. Dan WA tertarik sebab WA lihat review omputih kat youtube. Yess, kalau WA nak cuba foundation dari drugstore, WA akan research kat youtube sahaja. Belum try lagi, tapi akan cuba.
3. MAYBELLINE INSTANT AGE REWIND CONCEALER
Okay, dalam banyak-banyak concealer yang best kat drugstore, WA suka pakai ini. Sebab ini bekas kali ke 4 WA guna dah. Kod yang WA guna adalah Light/Pale. Memang best gila kalau guna ni. Tak pandang concealer lain dah. Kalau tengok IG MUA pun ada je yang pakai concealer ni. So far, Maybelline tak mengecewakan bila beli concealer dia. Hehehe...
4. CATRICE LIQUID CAMOURFLAGE CONCEALER
Concealer ini WA baru nak try sebab WA tengok dekat youtube omputih review. Dan result dia memang seperti yang ditulis. High Coverage. So, apa salahnya WA nak cuba concealer Catrice ini pula kan. Mana tau boleh jadi second favourite concealer drugstore. Hihi..
5. CATRICE LASH DRESSED COMB MASCARA
Tak tahu kenapa WA beli ini. Mungkin sebab frust mascara yang nak dah habis. Plus harga dia time ni RM10 kalau tak silap. Warna packaging dia purple pink sebenarnya tau. Lagi satu WA saja beli perabis duit sebab maskara ini bentuk dia jenis sikat. Tapi bukan waterproof okay. So paham-paham jelah. Huhuhu..
6. CATRICE GLAM & DOLL VOLUME MASCARA WATERPROOF
Inilah maskara yang WA nak tapi dah habis kat outlet Guardians. So WA beli online jelah siap beli 2 batang terus. Hahaha! Sebab apa ekk? Sebab review omputih kat youtube lah menggoda kita. Panjang bulu mata dan curl gitu. Yang penting ia waterproof senang nak cuci ok.
7. SILKY GIRL EYE OPENER WATERPROFF MASCARA
Haa, jenama ini dah famous terlebih. Asal nak beli je habis, nak beli je habis. Tak kiralah time tak sales ke sales ke tetap habis cepat. Ini WA beli online jelah. Harga dia tengah sales dalam RM7 lebih gitu. Tengok review omputih pun kata ok, review Malaysia pon ok, so WA rembatlah satu. Hihihi.. Agaknya mata kita akan terbuka luas kot. Hahaha!
8. CATRICE LASH BROW DESIGNER
WA tak tahu kenapa ambil ini. Hahaha! Sebab harga sales dia hanya RM5 lebih sahaja. Yang WA tahulah lash brow ni macam bentukkan lagi bulu kening kita supaya ikut arah kening dan menjadi kemas. Dia gel tau. So, memang bulu kening yang degil nak terpacak juga tu akan shape jika pakai lash brow ini. Nanti try lah jadi ke tidak. Hihi...
9. SILKY GIRL MATTE JUNKIE LIP CREAM
Last but not least, lipcream yang digemari ramai. Memang sold out cepat weii! WA sempat beli online juga yang ini. Kod yang sempat ambil kod 04 Vintage. Huhu.. Ramai kata best. Dan mostly feedback dan review dekat youtube pun best dohhh! Hahaha..
==========================================================================
Ada 9 barang yang WA beli dan sempat haul bagitahu details nama-nama kat dalam ini. WA bukan beli sembarangan macam orang lain main rembat je, tapi WA fikir juga mana yang bagus dan berguna untuk WA gunakan dalam makeup harian WA. Nanti ada masa WA akan review satu persatu except yang Essence foundation. Agak-agak2 korang nak WA review mana dulu? Hehehe..
22 Comments
brg2 catrice ni best2 jugak. lagi2 murah dari barang lain. rambang mata jugak duk depan rak catrice ni
ReplyDeletekan...mmg rambang mata tgk catrice...huhu
DeleteHeeee... terjebak juge yew ;) Inaa hari tuh singgah Guardian penuh raga. Nasib baik hubby ada temankan mudah nak pilih... ;) Yelah, susah nak dapt price begini kan?
ReplyDeletebetul2... hehehe...
Deletebelum terjebak lg sbb $$$ lambat masuk..tp kalau ade sales mmg mbeli gak la mcm2 hehe
ReplyDeletehehehe... mmg dugaan btul la tme tu..
Deletetak pernah cuba jenama catrice tapi memang betul, reviewer ramai kata jenama ni best pakai :D
ReplyDeleteyup btul sis... kita pon dh suka dgn catrice dah
Deletebeli eyeliner catrice hari tu..tak bestlah...
ReplyDeletewah.. banyak juga wawa shopping yea..wawa pakai sendiri ke untuk makeup orang? geram tengok semua yang wawa pilih tu.. TB tak reti nak beli apa kalau ada sale pun. haha. kalau beli pun eyeliner.. lipstick dengan bedak compact kot.. yang lain TB tak reti.. klu beli pun mesti tersalah beli.. huwaaa . rugi2..
ReplyDeleteuishhh.. pakai sendirilah...makeup org bahan lain..huhu...mujur stkt ni apa yg dibeli kita mmg nk guna,,hehhee
DeleteWah..sakan dia memborong ye...trbaik wawa..boleh jimat kan shopping time sale gila2 ni
ReplyDeletehehe..sekali sekala kan kak..huhu
DeleteUuuuuu banyak jugak dia beli. Emi sekarang tengah didik diri kurangkan berbelanja brg kecantkan, haha
ReplyDeletehehehehe....sekali sekala je emi..beli bulan 2.. smpi bulan 7 xbeli dah ni... hehehe
DeleteWahhh banyaknya shopping.. time sales nilah time untuk kaki make up beli barangan make up. Sangat berbaloi!!
ReplyDeleteyess...exactly kak yati.. hehehe...jimat sgt2..
Deleteorite..thanks for coming!
ReplyDeleteain datang singgah sini :)
ReplyDeleteTak pernah cuba catrice. next nak cuba la. thanks sharing!
ReplyDeletewahh boleh try ni..cantiknya blog kak
ReplyDeleteAkak pakai powder matte ctarice memnag best.lepas nih memang nak cari produk catrice yang lain pula.tapi susah nak jmpa catrice nih kan..guardian je ada. Kalau essence tuh biasa dah jumpa.tengok produk produk nih rasa nak beli tapi tuhlah yang orfer kat guardian online pun tak dapat lg..sedih
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)