A Famosa Resort Melaka | Tibanya cuti sekolah, mahupun cuti umum yang panjang, sudah tentu anda ingin membawa keluarga bercuti sambil tenangkan fikiran sambil menikmati percutian tersebut. Kalau boleh, tidak mahu ada gangguan ketika waktu bercuti. Pernahkah anda terpikir tempat menarik untuk anda bercuti di Melaka?

Melaka sememangnya yang sudah dikenali sebagai Bandaraya Melaka Bersejarah dan menjadi tarikan pelancong bahkan orang Malaysia untuk datang bercuti. WA sendiri apabila bercuti ke Melaka, WA akan fikir dahulu tempat yang sesuai untuk menginap. Kalau WA hanya bercuti bersama suami, WA lebih fokus pada tempat yang tenang dan tiada gangguan. Jika bercuti bersama keluarga dan membawa anak-anak kecil pula, WA akan mencari tempat menginap yang sesuai untuk mereka melakukan aktiviti luar.

Dalam banyak-banyak pilihan tempat bercuti di Melaka bersama keluarga, WA lebih selesa memilih percutian yang sekali pakej dengan aktiviti luar. Maksudnya, tempatnya tidaklah jauh dari tempat tinggal. Oleh itu, anda boleh memilih A Famosa Resort sebagai destinasi bercuti bersama keluarga. Nak tempah macam mana? Semestinya membuat tempahan dengan traveloka.

Untuk pergi ke A Famosa Resort sangat mudah, jika anda melalui laluan lebuhraya Utara Selatan, hanya perlu memasuki Plaza Tol Simpang Ampat Alor Gajah dan perjalanan menuju ke sana hanya 10 minit sahaja. Jika anda menyusuri jalan dari bandaraya Melaka, memerlukan 30 minit masa perjalanan  menuju ke A Famosa Resort. Anda boleh mengakses application Waze untuk memudahkan perjalanan anda jika tidak arif dengan laluan Melaka.

Masuk sahaja pintu A Famosa Resort, anda akan nampak pintu utama iaitu ruangan lobi untuk ke kaunter pendaftaran. Memang luas sangat dalam ini tau. Mempunyai pemandangan yang luas dan bersih. Sejuk mata memandanglah senang kata.

Tapi, kenapa dinamakan percutian 4 dalam 1? Haa, kalau nak tahu lebih kenalah baca sampai habis barulah anda tahu nanti. Kita lihat dahulu bilik-bilik apa yang disediakan di dalam A Famosa Resort ini beserta dengan kemudahan yang ada.

3 Jenis Tempat Penginapan Yang Selesa

Untuk memberi keselesaan dan kepuasan hati pelanggan, A Famosa Resort telah menyediakan 3 jenis tempat penginapan, samada anda ingin resort hotel, condo atau villa dengan harga berpatutan. Bilik-bilik tersebut dihiasi dengan perabot standard dengan pemandangan padang golf yang tenang beserta balkoni yang luas. Kesemua bilik dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi untuk memastikan penginapan yang selesa.

1. A Famosa Resort Hotel


Dengan kehadiran resort hotel, anda boleh membuat pilihan samada memilih standard room, superior atau suites. Jika anda ingin melihat pemandangan diluar, ada disediakan privasi balkoni individu sambil menikmati persekitaran yang selesa.

2. A Famosa Condotel


Jika anda inginkan suasana seperti berada di dalam bilik yang mewah, anda bolehlah memilih condotel ini samada hendak bilik yang mempunyai 2 tempat tidur atau 3 tempat tidur atau studio family. Malah, ruang tamu dan ruang menonton TV di asingkan dari tempat tidur seolah-olah kita berada di rumah kondominium yang mewah. Ianya  dapat memberi keselesaan dan kepuasan hati anda.

3. A Famosa Villa

Sangat menarik design A Famosa Villa ini kan? Siap ada private swimming pool lagi untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga anda. Jika anda mempunyai keluarga yang besar, sangat sesuai untuk memilih villa ini. Rekaannya yang menarik ini ibarat kita berada di rumah orang berada atau diluar negara.


Mengenai rekaan dalaman villa pula sangat cantik sekali. Malah, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti berada di rumah orang berada. Sudah tentu WA akan memilih villa ini jika bercuti bersama keluarga kerana dalam carian google, A Famosa Resort Villa on low prices dengan  platform website dari Traveloka. Harga sangat jauh murah berbanding dengan yang lain.

Apakah Kemudahan-Kemudahan Yang Disediakan Di A Famosa Resort Melaka?

Memang tidak dinafikan, jika bercuti semestinya kemudahan yang disediakan amat dititikberatkan. Ini kerana ia merupakan satu keperluan di samping dapat memberi kepuasan hati pelanggan. Antara kemudahan  asas yang ada di A Famosa Resort Melaka ini antaranya ialah :
  • Aircond
  • Parking
  • 24 hours front desk
  • Restoran / Cafe
  • Wifi / LAN Internet
  • Swimming Pool (Villa)
  • Room Services
  • Hall (for event)
Untuk kemudahan dalam bilik, ia turut menyediakan TV, meja, pengering rambut, dapur kecil, peti sejuk, tempat mandi shower, pemanas air dan lain-lain. Manakala, untuk kemudahan yang berhampiran seperti bank ATM, kedai hadiah dan kedai lain juga boleh didapati disini.

Apa Yang Menarik Di A Famosa Resort Melaka ini?

Okaylah, memandangkan ramai nak tahu apa yang menariknya bila bercuti di sini kerana ianya merupakan percutian 4 Dalam 1 di A Famosa Resort Melaka. Yelah, kita jarang jumpa tempat yang sekali pakej dengan aktiviti-aktiviti lain seperti tempat mandi-manda, lawati zoo. Kalau ada pun, mesti berasingan tempat menginap dan kemudian kena pergi tempat lain untuk aktiviti luar. Jadi, A Famosa Resortlah pilihan terbaik untuk membawa keluarga bercuti bersama-sama.

Percutian 4 Dalam 1 di A Famosa Resort Melaka

Percutian 4 Dalam 1 ini menarik kerana ia mempunyai tarikan yang berhampiran dengan resort. Antaranya ialah :

1. A Famosa Safari Wonderland

Di Safari Wonderland ini anda boleh berjalan ke taman haiwan dimana boleh melihat taring harimau  yang ganas dan menyentuh arnab yang jinak, malah boleh menunggang kuda, unta dan gajah. 

Anda juga boleh berjalan melalui flamingo (bangau pink), raccoon yang comel dan juga burung unta. Jika anda ingin melihat hidupan liar, anda juga boleh menaiki trak Safari Adventure Ride untuk melewati zirafah dan harimau, unta, gajah dan lain-lain.

Anda juga boleh menaiki rakit ke Pulau Monyet untuk melihat Capuchins kecil yang cerewet, tupai monyet dan beruk putih (white-hand Gibbon) dengan lebih dekat untuk bersentuh dan memberi makan kepada mereka.

Ada pelbagai lagi aktiviti menarik disini antaranya seperti pertemuan gajah, pertunjukkan haiwan-haiwan, burung-burung, rumah ladang untuk melihat jenis telur, ayam dan rabbit, rumah reptilia, dan juga melihat Orang Utan.

Waktu beroperasi Safari Wonderland pada pukul 9 pagi hingga 5 petang (setiap hari).

2. A Famosa Water Theme Park

Water Theme Park disini terkenal sebagai Taman Tema Air Terbesar di Malaysia. Dengan pelbagai aktiviti air seperti kolam sejuk, gelongsor yang panjang dan pelbagai bentuk, menarik perhatian pengunjung untuk mencuba aktiviti yang mengasyikkan ini. Lagi menarik jika anda hadir bersama keluarga tercinta sambil menikmati masa bergembira di A Famosa Water Theme Park.

Antara tempat mandi-manda yang disediakan untuk kanak-kanak adalah Arabian Village, Kids Adventure Pool. Tempat mandi-manda untuk keluarga pula ada 4 jenis iaitu Family Raft, Wave Pool, Sandy Beach dan Lazy River.

Lazy River

Jika anda inginkan aktiviti mandi-manda yang lebih mencabar, anda bolehlah mencuba Big Ice Cream, Wa Ha Ha, Hula Hula, Inner Tube dan High Speed Ride. Kebanyakkannya ramai orang dewasa memilih aktiviti yang lebih adventure ini dan berasa teruja dapat melakukannya.

Big Ice Cream merupakan salah satu ICE CREAM yang tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, luas diameter sebanyak 18.3 meter dan panjang keseluruhan 108 meter. 

Waktu beroperasi :
11 pagi - 7 malam (Isnin-Jumaat)
9 pagi - 7 malam (Sabtu & Ahad, Cuti Umum & Sekolah)
**Tutup setiap hari Selesa kecuali Cuti Umum & Sekolah

3. A Famosa Old West

Waktu malam adalah waktu untuk anda menyaksikan Red Indian Show (meniup api), karnival (perarakan muzik), 4D Theatre (rumah hantu & under water adventure), pertunjukkan bunga api, fun fair dan juga taman tema kanak-kanak (Rodeo, Mini jet, Trampolin, Bot Pirate, Memanah dan lain-lain). Old West dikenali kerana mempunyai pelbagai kedai hiburan seperti restoran, pusat permainan bagi membuat anda berasa seronok kegembiraan menikmati malam tersebut.

Waktu beroperasi Old West hanya pada pukul 9 malam hingga 12 pagi (setiap hari).

4. Freeport A Famosa Outlet

Freeport A Famosa Outlet menawarkan lebih daripada 70 jenama fesyen, sukan dan aksesori. Cawangan ini terletak di pusat membeli-belah terbuka yang memaparkan tasik, air pancut, karusel dan kincir angin dengan seni bina yang bertemakan secara meluas di warisan Belanda Melaka.

Di dalam Freeport A Famosa Outlet ini mempunyai pelbagai aneka kedai seperti kedai kecantikan dan wangian, kanak-kanak, fesyen, makanan dan minuman, konsep rekaan rumah, kedai optik dan aksesori, kedai kasut, beg dan bagasi, dan juga kedai pakaian sukan. Jadi, anda boleh membeli-belah disini atau mencuci mata melihat rekaan yang ada. Keadaan disini lebih kurang seperti masuk ke dalam Johor Premium Outlet. 

===========================================================================

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba sukan dan rekreasi di A Famosa Resort ini dengan pelbagai aktiviti sukan yang disediakan seperti menunggang kuda, go kart, rock climbing,  layang-layang terbang, memancing atau boleh mencuba permainan paintball game dan lain-lain.

Waktu beroperasi hanya pada pukul 11 pagi - 7 malam (Isnin-Ahad)
** Tutup setiap hari Selesa kecuali cuti umum & sekolah

Bahkan, ada juga padang golf untuk mereka yang ingin mengisi waktu lapang mereka dengan bermain golf di sana. 

===========================================================================

Banyak kan aktiviti yang ada di A Famosa Resort Melaka ini? Memang tak puaslah kalau hanya tidur satu malam sahaja disini. Alang-alang datang bercuti bersama keluarga, apa kata ambil percutian yang lama sedikit sambil menikmati kemudahan dan aktiviti yang disediakan. Barulah berbaloi, betul tak?

Kalau anda ingin membuat tempahan percutian 4 dalam 1 di A Famosa Resort Melaka, anda hanya perlu mengakses laman sesawang Traveloka ini - Booking A Famosa Resort dengan Traveloka