Rahsia Kulit Flawless | Hai korang, setelah sekian lama juga WA cuti dari update entri, kali ini WA akan update entri mengenai tips. Haa, tapi kali ini tips lebih pada cara moden lah. Kalau petua lama ada je. Nanti WA selitkan petua lama sekali di akhir sekali.
Jom kita lihat rahsia nak dapatkan kulit flawless!
1. TIDUR 8 JAM SEHARI
Kunci utama untuk dapatkan kulit yang halus mulus adalah tidur. Bila kita tidur secukupnya, kulit akan lebih segar dan tidak akan wujudnya dark cirle bawah mata. Jadi, cuba untuk kita amalkan sendiri untuk tidur secukupnya. Paling tidak 6 jam sehari pun memadai.
2. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA YANG BANYAK
Pengambilan gula yang banyak dan berlebihan boleh menyebabkan berat badan meningkat naik dan akan mengalami masalah kulit muka seperti penuaan dengan lebih cepat berbanding usia.
3. ELAKKAN STRESS
Stress boleh membawa kesan negatif pada kesihatan badan. Bukan hanya menyebabkan maslah timbul jerawat atau jeragat, malah akan menyebabkan seri muka akan hilang. Jadi, elakkan dari stress yang melampau dan cuba hindarkan dengan membuat sesuatu yang positif.
4. ELAKKAN DARI CAHAYA MATAHARI
Meski pun cahaya matahari memberi vitamin D kepada kulit, ianya juga boleh memberi kesan negatif seperti kanser kulit, iritasi atau keradangan kulit berlebihan. Ada sesetengah orang, apabila terlampau berjemur atau terkena matahari, kulit muka akan mula merekah akibat kekeringan.
5. GUNAKAN PELEMBAP
Untuk elakkan penuaan lebih awal akibat kulit kekeringan, pastikan kita menggunakan pelembap untuk kulit sentiasa kekal lembap dan lebih anjal. Untuk pemilihan pelembap, pilih yang bersesuaian dengan skin types anda. Boleh lihat pelembap tersebut untuk skin types mana yang sesuai dengan kulit masing-masing.
===========================================================================
6 PETUA KULIT LICIN & CANTIK MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI
Seperti yang kita maklum, sekarang berlambak petua yang kita boleh amalkan dengan menggunakan bahan semula jadi. Jadi, WA selitkan serba sedikit petua orang dulu-dulu untuk dapatkan kulit licin dan cantik.
1. Timun
Timun membantu untuk melicinkan kulit muka dan menghilangkan eye bag bawah mata. Hanya dengan memotong timun menjadi kepingan kemudian tepek pada mata serta di bahagian lain. Atau boleh juga blender untuk dibuat masker.
2. Buah Tomato
Blender buah tomato untuk dijadikan sebagai mask. Tepek dimuka untuk dapatkan kulit lebih licin dan dapat mengecilkan pori terbuka. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengamalkan dengan meminum air tomato secara fresh.
3. Aloe Vera
Aloe vera mampu membantu mengurangkan parut jeragat, kedutan dan garis-garis halus dimuka. Ambil gel aloe vera dan tepek dimuka sebagai mask 2-3 seminggu.
4. Air Masak
Sememangnya air masak memang mujarab untuk dapatkan kulit lebih bersih dan sihat. Amalkan minum air masak 2-3 liter sehari disamping mengamalkan pengambilan buah-buahan.
5. Jus Lemon
Enzim pada jus lemon dapat membuang sel kulit mati malah mengurangkan warna parut di kulit muka dan melicinkan kulit. Bagi yang kulit berminyak, sangat sesuai untuk anda amalkan petua ini. Boleh campur jus lemon + putih telur atau jus lemon + baking soda atau jus lemon sahaja. Lakukan dengan cara membuat mask.
6. Madu
Tidak dapat dinafikan dengan 1001 khasiat madu. Selain untuk dimakan, ianya juga boleh dijadikan sebagai petua dan untuk disapu ke kulit. Ambil madu dan jadikan sebagai mask. Sapu di kawasan muka dan leher selama 20-30 minit dan bilas. Atau boleh juga campurkan madu dengan batang kayu manis, atau madu dengan jus lemon kemudian sapu dimuka dan bilas.
Haa, bagi yang bakal pengantin boleh amalkan sekarang supaya kulit lebih segar dan licin dan dipermudahkan untuk makeup nanti. Tips yang amat mudah untuk kita amalkan.
27 Comments
tips yang bagus ni terima kasih sharing wawa..
ReplyDeletesama2 k.ros :)
DeleteGreat tips. Guna bahan2 semulajadi lagi terbaek..
ReplyDeletebetul tu.. masa muka wawa breakout pon xbrni guna skincare mana2..
Delete4,5 tu memang buat.. Sbb mcm zaza memang jarang keluar rumah. Pelemban mmg pakai kalau tak nanti muka kering. Kalau mcm kt muka biasa guna timun dgn alovera je sbb sng bahan mudah dpt. Hihi
ReplyDeletekan...jimat pon jimat..hehhee
DeleteNak cantik flawless juga. Tapi macam tak sempat je nak buat semua tu huhu. Kinah cuma amalkan minum air masak dan guna pelembap je bila keluar rumah
ReplyDeletepon boleh..air masak mmg penting untuk kita..
Deletealaa nak flawless macam wawa jugakkkk
ReplyDeletehahaha.. kita xflawless la kak,,
DeleteNak tidur 8 jam swhari memang tak dapat wa..nak nak ada baby.tapi akak memang cuba petua yg lain.
ReplyDeletekan.. kita yg xde ank lg pon kdg tdo kol 2 pagi.. hehe... tp amalkan yg lain pon ok
DeleteAir masak je selalu mnum wat masa ni.hhehe
ReplyDeletegood for ur skin ..
DeleteTips flawless ni best.. tapi kan Wawa, macam mana nak elak stress tu pulak.. kak rose rasa mudah sangat stress sekarang ni..
ReplyDeletekalau stress cuba elakkan dari terus memikir.. try do something mcm makan ke atau keluar ke..atau amik udara... kdg2 boleh release kita punya stress selain beribadah :)
Deletetips no 1 dengan no 3 tu payah betul nak buat. mmg asyik stress memanjang. hahah
ReplyDeletetau xpe...ahahha.. xpe...petua lain masih ada..hehe
DeleteYg 2,3 tak mampu lg nak buat..haahahaha
ReplyDeletekekekekekekeke... try pelan2 nnti boleh.hehe
DeleteTerbaiklah tips yang wawa kongsikan ni. Akak pun perasan kalau berat naik ja mesti muka nampak tua.. Lain-lain tips tu pun terbaik dan patut di amalkan.
ReplyDeletehehhee.. kan... kita cuba cara mudah dan sihat ni...
DeleteMinum Air Masak adalah cara yang paling elok untuk memiliki kulit cantik .. lain2 tips TB nak cubalah nanti.. thank you tips ni.. berguna sangat2
ReplyDeletebetul TB.. hehehe..sama2 :)
DeleteTips dia mudah je kn. Tapi kadang malas nak amalkan je.
ReplyDeleteaah..wawa pon kdg2 malas..hihi
DeleteElakkan stress and tidur secukupnya tu penting.Barulah kulit cantik berseri.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)