Resepi Makaroni Goreng | Hi, kali ini WA up entri untuk resepi pula. Sekali-sekala apa salahnya kan? Hehehe. Siapa sini suka makaroni goreng? Kita geng yeayy!! :) Sebenarnya WA dah lama nak buat makaroni goreng, tapi disebabkan dalam famili majoriti tak minat makaroni, jadi WA hold buat. Husband pon bukan jenis melayan makan makanan macam ini. 

Tapi disebabkan dah tak tahan sangat asyik hold je buat makaroni ni, yelah kalau buat sikit je sorang makan, memang tak bestlah baik beli yang dah siap kan? Tapi haritu WA tak tahan sangat so WA buat je banyak. Seharian makan makaroni je. Hahaha... Jom layan resepi cincai dari WA :)

Maaf tak ada gambar yang cantik

RESEPI MAKARONI GORENG

Bahan-bahan :
  • Bawang besar 1 ulas
  • Bawang putih 3/4 ulas
  • Halia sedikit sahaja 
  • Cili kering (sejemput) - ikut suka nak pedas mana
  • Daging Kisar Ramly (pek kecil ada 2 keping) - guna sekeping je
  • Makaroni Kimball 400g - sepeket
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Kicap 1 sudu besar
  • Tomato Puri tin (sos tomato pun boleh) - 1 sudu besar
  • Ajinamoto & garam secukup rasa
**Blender bahan no 1-5 seperti blender nak buat sambal tumis

Bahan tambahan :
  • Carrot (belah 2 macam dalam gambar)
  • Sosej (potong bulat)
  • Ayam (potong dadu) - nak letak boleh tak letak pun takpe

Cara masak Makaroni Goreng :

1. Rebus dahulu makaroni sehingga lembut kemudian toskan dan sapu dengan minyak sedikit supaya ia tidak melekat sebelum menggoreng.

2. Tumis bahan yang diblender dan daging kisar sehingga garing dan naik bau. 

3. Kemudian masukkan garam & ajinamoto secukup rasa. Dan masukkan kicap, tomato puri & sos tiram ikut rasa kita. Kalau nak sos tiram banyak, jangan letak garam banyak nanti masin kang.

4. Dah sebati bahan tadi, masukkan pula bahan tambahan seperti carrot, sosej dan ayam.

5. Akhir sekali, masukkan terus makaroni dan gaul sehingga sebati dengan rencahnya.

Maka, terhasilnya makaroni goreng versi WA. Walaupun rupanya agak kelam sebab lighting tak cantik, tapi rasanya umpphhhh sangat! Hehehehe...

Selamat mencuba semua.......