Night Care Routine for Tomorrow Makeup | Hello gaiisss! Untuk pertama kalinya WA akan share night care routine WA dengan anda semua tau. Selalunya WA hanya share daily routine or any skincare when I need only. So, this time WA nak share dengan anda semua mengenai penjagaan muka pada waktu malam untuk makeup esok harinya.
Anda mungkin sudah tahu mengenai satu brand skincare ini yang memang sudah dikenali di Malaysia yang didatangkan dari Korea iaitu Klairs. Sebelum WA mengenali Klairs, sahabat WA sendiri ada rekemenkan brand ini jika untuk skincare routine. Dan akhirnya, WA sendiri terjebak untuk mencubanya. Hehehe...
Dengan 4 step mudah sahaja untuk night care routine WA ini, mampu membuat kulit wajah lebih fresh dan berseri pada keesokkan hari. Antara bahannya ialah cleasing, toner, vitamin mask, serum dan BB cushion. Tapi sayangnya, kali ini toner masa tu sudah kehabisan stok jadi WA skiplah pengambilan toner. Hehehe :)
Penjagaan muka pada waktu malam sangatlah senang dan WA amalkan dengan mengikut step yang betul iaitu :
- Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
- Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask
- By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum
- Klairs Mochi BB Cushion
MY NIGHT CARE ROUTINE FOR TOMORROW MAKEUP
Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
Ianya bukan sahaja sebagai pembersih muka minyak, tetapi dengan gabungan bijirin hitam dan bahan semula jadi yang telah di ekstrak, secara perlahan-lahan ia akan menjaga kulit anda. Antara bahan-bahan utama yang digunakan ialah :-
1. Black Bean Oil (Minyak Kacang Hitam) :
Membantu mengawal pengeluaran sebum, meningkatkan keanjalan kulit dan memberi kesan yang tenang dengan perlahan-lahan.
2. Black Sesame Oil (Minyak Bijan Hitam) :
Bijan hitam berfungsi mencegah dehidrasi dan penuaan kulit sambil memberikan kesan antioksidan yang kuat melalui pelbagai komponen seperti Beta-carotene, Rinolenic acid, sesamin, sesaminol dan tocopherol.
3. Black Currant Seed Oil (Minyak Benih Anggur Hitam) :
Berfungsi menguatkan lapisan kulit untuk mengelakkan penyejatan kelembapan dari kulit. Ia menggalakkan pertumbuhan sel kulit dengan kesan antioksidan yang mengandungi pelbagai jenis mineral.
Pembersih minyak ini sangat digalakkan untuk anda jika :
- Mempunyai kulit kasar oleh bintik-bintik hitam dan sel kulit mati
- Mempunyai kulit muka kering dan sensitif
- Mahu kesan penjagaan kulit semasa pembersihan
- Mencari pembersih muka yang dapat membersihkan liang-liang terbuka
tekstur cleansing oil Klairs
Cara penggunaan :
Picit sedikit cleansing oil dan gosok ke wajah yang kering (tanpa bilas air dahulu) ke dahi, hidung, pipi dan dagu dengan rata. Selepas gosok, jangan lap dengan tisu sahaja tapi basuh dengan air sehingga bersih.
Klairs cleasing oil ini boleh bertindak sebagai pembersih muka dan juga makeup remover. Macam WA, nak cuci muka yang masih bermakeup, WA picit sahaja dan gosok rata ke muka hingga tanggal segala sisa makeup di muka, kemudian WA akan sapu dengan kapas muka untuk tarik sisa makeup kemudian barulah WA bilas muka dengan air dan lap muka hingga kering.
Direct link to buy : www.hermo.my/klairs_gentle_black_deep_cleansing_oil/
Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask
Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask ini paling berkesan jika ia digunakan bersama dengan vitamin C. Kedua-dua vitamin ini dapat meningkatkan keberkesanan satu sama lain melalui rangkaian antioksidan dan melindungi kulit dari oksigen aktif dan mencegah penuaan. Di samping itu, vitamin E dapat menghalang vitamin C daripada teroksidasi sebelum diserap ke kulit serta dapat menguatkan kesan peningkatan kulit.
Vitamin E yang telah dimasukkan ke dalam minyak dapat memberikan kuasa pelembap yang kuat. Tekstur yang seakan puding itu berubah menjadi intipati yang terbaik apabila diletakkan ke kulit, ia dapat mengekalkan kelembapan lebih kurang selama 8 jam, walaupun untuk kulit kering.
Fungsi bahan utama Vitamin E ialah :
- Sebagai antioksidan cecair lipid yang utama dalam kulit dan menghalang pengoksidaan dalam kosmetik
- Bahan-bahan asing berbahaya akan menyerang dan memberi tanda penuaan di kulit jika bahan utama vitamin E kurang
- Mengelakkan penuaan sel dengan mengekalkan sel-sel kulit
- Mempunyai sifat melembutkan kulit dan melegakan keradangan
- Melindungi kulit daripada kerosakan cahaya matahari
Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask ini boleh digunakan sebagai pelembap. Ini kerana, kandungan vitamin E sangat sesuai dijadikan sebagai pelembap untuk kulit. Jika anda lihat akan tekstur mask ini, ianya seperti pudding, jika anda gaul ia akan jadi seperti cream cair, tapi ia akan kembali ke bentuk asalnya iaitu pudding supaya dapat mengekalkan bahan di dalamnya dari kering dan terpisah.
Cara penggunaan :
Calitkan mask ini dan jadikan ia sebagai moisturizer/pelembap di muka dan urut muka hingga ia betul-betul meresap ke dalam kulit. Ini kerana ia dapat memberi kesan pencerahan dan whitening dan juga dapat melembapkan kulit dari kulit kering. Dan senang untuk kita makeup esok hari kerana kulit lebih lembap dan anjal.
Direct link to buy : www.hermo.my/klairs_freshly_juiced_vitamin_E_Mask/
By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum
Advanced Serum ini adalah formula yang baru dan lebih baik yang telah direka dengan mengurangkan bahan-bahan tertentu untuk kesan yang lebih. Vitamin C21.5 Advanced Serum ini telah dicipta dengan kandungan 21.5% vitamin C tulen untuk kelembapan maksimum.
Serum ini tekstur yang ringan serta tidak melekit pada kulit. Ianya mudah meresap untuk memberi hidrasi, kelembapan, membaiki serta pencerahan kulit.
Cara penggunaan :
Jadikan ia sebagai last step basic care anda sebelum tidur. Ianya sangat mudah. Hanya titiskan beberapa ke wajah dan sapu ikut urutan di muka sehingga ia meresap sepenuhnya de dalam kulit.
Direct link to buy : www.hermo.my/by_wishtrend_pure_vitamin_c21.5_advanced_serum/
Klairs Mochi BB Cushion
Klairs Mochi BB Cushion ini adalah edisi terhad Mochi BB Cushion kerana ianya merupakan the best seller for BB cushion. Dengan kehadiran warna yang semula jadi dan memberi kulit anda lebih bersinar. Mochi BB Cushion ini telah diperbaiki dengan light finish, long lasting coverage untuk menghalang dari berpeluh dan berminyak sepanjang hari supaya anda tidak perlu lagi memikirkan cara lain untuk mengatasinya.
CIRI-CIRI MOCHI BB CUSHION
- Mochi BB Cushion direka dalam bentuk produk sejenis balm bukannya cecair. Ia bertindak untuk mengisi liang-liang pori terbuka supaya kulit menjadi halus.
- Mempunyai tona warna apricot-beige iaitu mengikut warna kulit kuning coklat (kulit asli) dan merah (redness) secara semula jadi. Maka ia dapat meneutralkan kemerahan kulit untuk kelihatan lebih segar.
Mochi BB Cushion dapat mengawal pengeluaran minyak di muka serta mempunyai perlindungan UV. Ini kerana ia mengandungi SPF40 dan bertindak sebagai sunblock serta melengkapkan makeup harian anda.
Cara Penggunaan :
Gunakan Mochi BB Cushion pada hari esoknya untuk makeup anda supaya muka lebih segar, bersinar dan lembap selepas membuat night care routine. Hanya oleskan ke seluruh muka untuk mendapatkan kesan yang lebih glowing.
Direct link to buy : www.hermo.my/klairs_mochi_bb_cushion/
Tonton video WA membuat night care rountine for next day makeup dengan Klairs :)
Setakat ini, WA memang suka sangat dengan cleansing oil Klairs sebab dia membersih dengan cepat dan tidak mengeringkan muka. Sedikit kelainan dengan cleansing oil yang lain dimana kalau brand lain, ia akan keringkan kulit muka.
Untuk Vitamin Mask pula memang patut setiap wanita mempunyainya kerana ianya boleh dijadikan sebagai mask atau moisturizer untuk melembapkan kulit muka supaya sentiasa lembap hingga keesokkan hari.
Formula baru Advanced Serum ini juga bagus bagi mengurangkan bekas jerawat dan memperbaiki tona warna kulit yang kusam. Bagi yang ada luka di muka, mungkin akan terasa pedih sedikit ketika apply serum ini. Tapi ia boleh mengurangkan parut luka di muka.
========================================================================
Jika anda ingin dapatkan produk Klairs, anda bolehlah layari laman website Hermo iaitu www.hermo.my atau terus ke link ini - www.hermo.my/klairs/
34 Comments
macam best jugak klairs ni. banyak review best2 ja baca
ReplyDeleteyup mmg best..klairs ramai yg suka...
DeleteBB Cushion dia tu comel teramat nya la hai. Germa je tengok.
ReplyDeletehehehe...bekas dia sama dgn bb lain tp design dia tu comel...hikhikhik
DeleteCute je bb cushion dia hehee.. Klairs ni zaza ada jgk produk dia. Lain2 produk yg wawa tjuk ni pun istimewa sbb ada fungsi masing2..
ReplyDeletekan..hehehe... klairs setakat ni wawa try mmg best..
DeleteKenapa la BB cushion tu comel sangat
ReplyDeletesebab ia secomel k.mimi.. hehee
DeleteBagusnya bb cushion ni ada pelindung uv
ReplyDeletekan....sesuai nak pakai kt luar....
DeleteNampak menarik produk daripada klairs ni.. Suka tengok bb chushion tu sbb ada pelindung untuk kulit. Serum dia pulak mampu merawat masalah jerawat
ReplyDeleteyup....mmg menarik dan byk feedback positive.... kita suka cleansing dia sbb bru try tp mmg best..
DeleteFirst time Sally tau psl Klairs ni...suka vitamin mask dia tuu..nmpk best..Sally tertarik nak try yg tu je
ReplyDeletehehee....vita mask dia best..sejuk mcm puding....hehehe
Delete1st time dgr klairs ni.. tp menarik..
ReplyDeletekan.... mmg rugi kalau xcuba cik en...
DeleteK.el tertarik dgn bb cushion dia..mcm best je
ReplyDeletesangat best kak...sesuai dgn harga dia..mmg berbaloi la org kata..
DeleteMenarikkan produk kecantikkan klairs ni .. macam tertarik je nak cuba cleansing oil . Bb cushion tue comel je tau
ReplyDeletesgt menarik yana....cleansing tu bru je try tp mmg best sbb dia xberminyak mcm cleansing oil lain
DeleteComelnya mochi BB cushion... macam best je :)
ReplyDeletesangat best kak rose...percayalah...hehe
Deletebrand Klairs ni memang antara yang TB pernah cuba dan hasilnya TB serasi dengan produk-produk dari Klairs ni.. yang TB paling suka kat atas ni vitamin serum dengan mochi bb cushion tu..
ReplyDeletehehhee,,,kalau kita suka semua ok.. tp yg most top seller adalah cleansing dan bb cushion dia....letoppss..
Deleteproduk klairs ni memang best, iday dah try bb cushion dia, memang best menyerap dekat kulit. Nanti nak try Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask la. macam best je. hehehe
ReplyDeletekan...bb dia sgt best....effect glowing tp xminyak....vita mask dia mmg best sbb lembapkan kulit..
DeleteWow. Nmpk best je produk ni. Pnh juga baca review tentang produk klairs sblm ni.
ReplyDeleteaah mmg best syamimi..hehehe
DeleteTertarik dengan serum dan bb cushion dia
ReplyDeletehehehe.... kan.... bb dia terbaikk
Deletekan kak....klairs best sgt....mse mula2 kita beli takut2 sbb takut xserasi...rupanya sgt serasi..
ReplyDeletekorean skincare are very suitable for malaysian skin too!
ReplyDeletethe bb cushion looks so cute!
yeay truely babe... thats why so many Korea skincare in Malaysia now...
DeleteMask vit E puding tu pakai hari2 ke?
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)