Review Concealer Maybelline | Hai semua. Hari ini WA kembali lagi dengan mereview satu produk drugstore ini. Sebenarnya concealer ini sudah lama berada di pasaran di bawah jenama Maybelline tau. Nak tau apa dia? Inilah Maybelline Pure Concealer Mineral.

Concealer pertama yang WA gunakan ketika belajar makeup adalah jenama ini. Harga dia pun boleh tahan murah dan sesuai digunakan. Ianya sejenis liquid dan medium coverage. Mempunyai 2 shades iaitu light & medium dan WA memilih shade light untuk bentukkan kening dan juga untuk menutup dark circles di bawah mata.

First WA cuba memang so far okay, sesuai juga untuk beginner mencuba concealer ini jika tidak sesuai jenis cream. Walaupun ianya sejenis cecair tetapi ianya tidak mudah luntuh. Sebab kebanyakkan orang bila guna concealer akan nampak luntuh atau bercapuk terutama untuk yang kulit berminyak. Tapi dengan Pure Concealer Mineral ia meresap terus ke kulit dan membantu mengurangkan pembentukan dark circles di bawah mata


Walaupun ianya kecil, tapi mudah dibawah, dan tahan lama juga. Sebab WA guna boleh tahan dalam 3-4 bulan. Kalau tidak silap WA harga dia dalam RM20 lebih gitulah. Kalau tengah sales dekat Watsons atau Guardians atau SASA, harga dia jatuh dalam belas ringgit. Dalam gambar di atas WA menggunakan kod light untuk bentukkan kening dan dark circles.

Sekarang susah nak jumpa stock yang ini mungkin kerana cepat habis stock. Kadang-kadang tinggal yang kod medium sahaja. Tapi tak tahulah kalau di kawasan korang kan. Nanti WA buat swatches kat tangan untuk 2 shades ini. Gambar dulu ada tapi dah hilang. Hehehee..

Nak tanya apa-apa mengenai concealer atau sebarang pertanyaan? Boleh drop komen dibawah dan WA akan cuba menjawabnya. Terima kasih.