Makeup Sanding | Hai semua WA kini kembali lagi. Kali ini WA nak up entri yang sepatutnya bulan 8 lagi WA update tapi WA lupa sangat. Banyak telan semut macam inilah jadinya. So, WA nak share serba sedikit hasil WA makeup kawan WA. Dia request nak look natural means look yang nampak muka asal. Kening pun nak asal kalau boleh. WA nak buat bentuk sikit pun dia tak nak. So ikut jelah permintaan client kan.


Inilah wajah pengantin WA dulu. Ini pun dia kata heavy. Hehehe.. Tak tahu nak buat tak heavy macam mana dah. Ini jelah yang mampu minimize kan look untuk sanding. Alhamdulillah pengantin suka. Mungkin inilah yang pengantin nak, tak nak ubah wajah, kening dan tak nak heavy.


Pengantin kata mula-mula mata nampak tebal, tapi lama-lama tak nampak pun tebalnya. Sebab nanti nak bergambar kawasan mata itu penting untuk nampak naik makeup. Akhirnya pengantin pun suka sebab ramai kata cantik look natural ini. Alhamdulillah. 

WA bukan MUA full time tapi as a freelance makeup sahaja. Kalau WA free WA akan amik job makeup secara sambilan dengan harga berpatutan iaitu harga makeup bajet. So, kalau ada yang berkenan, boleh hubungi WA untuk dapatkan harga makeup bajet untuk event seperti dinner, tunang, bridesmaid, nikah, sanding dan bertandang. Kawasan yang WA cover sekarang adalah satu Johor untuk harga makeup bajet, makeup minimize look tak heavy dengan harga murah ikut bajet client.