Hot Ice Fragrance | Wanita dengan minyak wangi memang tidak dapat dipisahkan. Kalau nak ke mana-mana mesti akan ada minyak wangi di dalam beg tangan. Bukan sahaja makeup penting, malah bau aroma sangat penting untuk membangkitkan keyakinan diri dalam seorang wanita. Tidak terlepas juga dengan WA yang memerlukan minyak wangi untuk kegunaan harian terutama ketika bekerja diluar.
Terbaharu, WA diperkenalkan dengan salah satu jenama minyak wangi iaitu HOT ICE FRAGRANCES, dimana ianya mendapatkan bahan minyak wangi terbaik yang diimport dari Perancis dan telah diadunkan dan dibotolkan di Dubai. Wahh! Sangat menarik kan? Jarang WA beli minyak wangi dari luar sebab kebanyakkannya mahal-mahal yang lain.
Cantik packaging botol =)
IFI Perfumes adalah syarikat muda bercita-cita tinggi yang berminat mengenai inovasi dan perkhidmatan yang berkualiti dan meninggalkan kesan kepada perdagangan dan pengguna dengan jenama 'Hot Ice' yang pertama. Malah, pelbagai jenis semburan dibawah jenama ini telah mendapat perhatian orang ramai. Buat pengetahuan anda, wangian Hot Ice didatangkan dengan dua variasi iaitu minyak wangi dan juga deodoran body spray.
HOT FRAGRANCES FROM DUBAI
Untuk kali ini, WA akan menerangkan mengenai :
- Perfume (EDP)
- Body Spray
1. Hot Ice Perfume (Pink)
Perfume Hot Ice berwarna pink ini sesuai untuk orang yang bertenaga, feminin dan happy-go-lucky. Ia adalah minyak wangi yang menggabungkan tenaga, kewanitaan dan keghairahan. Antara bahan yang digunakan adalah jeruk oren, daun ketumbar, buah pelaga dan buah pic, bunga melati dan sedikit buah oren. Manakala, bahan yang kering dan berkayu kering terdiri daripada kayu cendana, vanila dan juga kasturi.
Perfume Pink ini mempunyai haruman yang lembut. Haruman seakan vanila. Yelah, bahan yang digunakan pun ada vanila. Hehe.. Jadi, sesuai sangat untuk semua mencubanya.
2. Hot Ice Perfume (Gold)
Perfume Hot Ice Gold direka khas terutamanya untuk gadis-gadis diluar sana yang glamor dan seksi (menawan) untuk menikmati kehidupan tanpa halangan. Ia diperbuat daripada limau mandarin, lada merah jambu, bunga ungu dan sedikit campuran dengan buah pic. Dan untuk membangkitkan sensual (scent-sasi) ia menggabungkan nilam dan amber.
Sesuai untuk mereka yang jenis berani berhadapan dengan orang dan ada keyakinan diri. Haruman yang tahan lama seperti wangian Pink.
Buat pengetahuan anda, perfume sejenis EDP hanya memerlukan satu atau 2 semburan sahaja kerana ia mengandungi kandungan minyak wangi yang tinggi. Oleh itu, anda tidak perlu sembur berkali-kali. Hanya satu atau 2 semburan sudah membangkitkan haruman wangian.
Buat pengetahuan anda, perfume sejenis EDP hanya memerlukan satu atau 2 semburan sahaja kerana ia mengandungi kandungan minyak wangi yang tinggi. Oleh itu, anda tidak perlu sembur berkali-kali. Hanya satu atau 2 semburan sudah membangkitkan haruman wangian.
3. Deodoran Body Spray (Gossip)
Deodoran Body Spray Gossip ini merupakan keseimbangan sempurna antara keseronokan, glamor dan keghairahan. Antaranya bahan yang digunakan adalah minyak, buah-buahan, wangian bunga yang terdiri daripada rhuharb, bergamot, Indian tuberose, moonflower, centifolia rose, patchouli (nilam) dan sandalwood (kayu cendana).
Bauan aroma ini boleh membuat orang bergosip. Haha.. Sebab ia bercampur dengan bauan sensual dan happy. Sesuai untuk mereka yang inginkan rasa fresh setiap hari.
4. Deodoran Body Spray (Soul)
Deodoran Body Spray Soul dicipta untuk wanita-wanita yang menawan, segar dan bertenaga. Buah segar yang digunakan adalah buah nenas, tembikai susu dan anggur sebagai permulaan untuk mengambil mood sensual wanita. Manakala, untuk bau floral bunga lily, lily air dan melati digunakan untuk meningkatkan bauan yang lembut. Untuk tumbuh-tumbuhan pula ia menggunakan vetiver dan kayu cendana dalam meningkatkan lagi rasa hangat buah-buahan tersebut bagi menghasilkan haruman yang kekal dalam wangian ini.
Haruman wangian yang boleh memukau si pemakai. Baunya seakan bau white musk gitu. Tapi memang lembut je aromanya. Sesuai untuk mereka yang bertenaga dan feminin dan inginkan gaya gerak bebas.
5. Azka Body Spray (Musk D'Arabie)
Azka Body Spray Musk D'Arabie di datangkan khas dengan reka bentuk yang klasik ala-ala arab dan diabadikan sebagai kenangan. Bau yang selesa dan sehalus baldu, haruman ini mempunyai haruman arab, dan ia ditujukan untuk setiap wanita dan menyempurnakan untuk setiap masa.
Di dalam Azka ini ia mengandungi bahan seperti ylang-ylang, galbanum, basil, jasmine, rose, musk, lily, amber, patchouli, vetiver dan vanilla.
Lihatlah rupa botol Azka ini. Sangat menarik! Dengan kehadiran bulu tergantung seperti topi tarbus yang di pakai oleh orang turki. Haruman orang arab yang memukau ini sesuai untuk mereka yang suka dengan aktiviti santai bersama family dan sahabat handai seperti pergi ke mana-mana majlis.
Kenapa nama-nama bahan yang digunakan pelik? Usah risau akan nama-nama tumbuhan dan bunga yang digunakan di dalamnya kerana anda boleh google untuk lihat sendiri nama-nama tersebut kerana kebanyakkannya bahan tersebut terdapat di negara sana.
Berminat Nak Beli Hot Ice Fragrances??
Best tak dengan packaging dan bahan-bahan yang digunakan? Bukan semua bahan ada di Malaysia tau. Untuk kaum lelaki ada tak? Uishh, takkanlah tak ada, mestilah disediakan sekali. Anda berminat untuk membeli HOT ICE FRAGRANCES ini? Haaa, sabarrrr.......
Buat pengetahuan anda semua, dengan setiap satu pembelian untuk setiap satu hari istimewa, anda berpeluang untuk dapat PERCUMA SATU! Yeahh, BELI 1 PERCUMA 1!! Tapi hanya sah untuk hari istimewa iaitu 12 December 2017 sahaja. Iye betul, sales hanya pada 12.12 ini. Ha, siapa yang tak nak kan? Dahlah wangian dari Dubai, beli 1 percuma 1, harga pun boleh tahan sangat murah.
SAVE THE DATE!!!
12 December 2017
Promo name : 12.12 SALE
BUY 1 FREE 1 !!
Ingat tau jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan HOT ICE FRAGRANCES! Untuk sebarang pembelian, anda bolehlah layari laman website di :
Website : http://www.firvitacouture.com
Shopee : @firvita.online
Instagram : www.instagram.com/firvita.online/
Search dengan hashtag #hoticemalaysia #firvitaonline #ifiperfume #hotfragrances
5 Comments
Sound fragrant! I wish I could have one :) Thank you for sharing BTW :D
ReplyDeletewelcome.. jangan lupa tengok LIVE fb di fb Wawa Ashihara hari ini mengenai review ini :)
DeleteSweet betul botol perfume dia..
ReplyDeleteaah....comel kan.... bau dia pon best...
DeleteThe use of fragrances developed within the four great centres of culture in China, India, Egypt and Mesopotamia, and was extended in the elite societies of Greece, Palestine.Rome, Persia and Arabia. Parfum Jimmy Choo
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)