Honey Bee by True Island | Hi semua, disini WA nak share dengan anda semua mengenai basic skincare rountine yang WA amalkan selama ini. True Island telah mengeluarkan rangkaian dari Korea iaitu Honey Bee Venom Multi Solution Cream by True Island sebagai moisturizer/pelembab. Dan kini, didatangi dengan koleksi produk lain seperti cleanser, scrub, mask, serum dan fixing mist.


Kali ini, WA akan perkenalkan antara basic skincare routine WA menggunakan produk Honey Bee True Island adalah Honey Bee Royal Propolis Nutri Sheet Mask (mask), Honey Bee Almonds Gommage Smoothing Gel (scrub), Honey Bee Nutri Cleansing Foam (cleanser), dan Honey Bee Venom Multi Solution Cream (moisturizer).

Produk yang diperbuat dari Korea, True Island kini telah dikenali ramai oleh rakyat Malaysia dan ramai yang mengakui menyukai produk ini kerana berkesan dalam merawat kulit muka. Bukan itu sahaja, malah ianya boleh membuat kulit cerah menawan persis orang Korea.

Sebagai basic skincare routine, WA menggunakannya pada waktu pagi dan juga waktu malam sebelum tidur untuk lebih berkesan. Untuk pengetahuan anda, produk ini selamat digunakan kerana tiada merkuri dan telah mendapat kelulusan dari KKM. Dan ramai telah memberi feedback yang positif dari hasil setelah menggunakannya.

Jom kita mengenali fungsi-fungsi setiap jenis produk.

FUNGSI HONEY BEE TRUE ISLAND 
 1. Honey Bee Royal Propolis Nutri Sheet Mask (RM12)

Mask wajah ini berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan merawat kulit wajah supaya sentiasa lembap dan berseri selepas menggunakannya. Mask ini mengandungi bahan-bahan utama seperti Ekstrak Royal Jelly, Ekstrak Madu dan Ekstrak Propolis. Penggunaan sekeping mask ini ibarat menggunakan sebotol serum HB!

Antara kelebihan Honey Bee Mask berbanding mask lain :

  • Kepingan mask diperbuat dari 100% pokok kapas yang lembut
  • Dilitupi dengan lapisan yang mengekalkan nutrient dan kelembapan mask
  • Lebih banyak cecair yang kaya nutrient di dalam mask
Cara penggunaan :

1. Cuci muka dengan Honey Bee Nutri Cleansing Foam
2. Skrub muka anda dengan Honey Bee Gommage Smoothing Gel
3. Letakkan mask pada muka
4. Biarkan 15-20 minit dan urut lembut cecair yang masih ada pada kulit untuk meningkatkan penyerapan nutrient

Anda boleh pakai pada waktu pagi atau malam. WA lebih prefer pakai pada waktu malam untuk merehatkan muka supaya nutrient meresap ke kulit sepenuhnya. Mask ini tidak perlu pakai setiap hari. Boleh guna dalam satu kali seminggu.

Untuk check KKM no berdaftar NOT160800060K - Boleh search TRUE ISLAND HONEY BEE ROYAL PROPOLIS NUTRI SHEET MASK

2. Honey Bee Almonds Gommage Smoothing Gel (RM58) - Face Scrub

WA suka dengan kehadiran skrub ini sebab jarang jumpa skrub muka yang teksturnya lembut serta tidak kasar. Face Scrub ini mempunyai tekstur yang lembut dan halus bagi membuang sel-sel kulit mati agar lapisan kulit lebih bersih dan segar.

Antara kelebihan & fungsi yang terdapat di Honey Bee Face Scrub :

  • Tinggi vitamin E dan anti oksidan
  • Membuang sel kulit mati
  • Merawat kerosakan akibat sinaran UV
  • Mengelakkan pigmentasi
  • Melembapkan kulit
  • Boleh mencegah jerawat
  • Menghilangkan blackhead & whitehead
  • Meredakan alergi dan ruam kulit
  • Mengelakkan kulit menjadi kering
Tekstur HB Face Scrub

Untuk skrub ini, boleh amalkan penggunaan sebanyak 2 kali seminggu sudah mencukupi. WA mengamalkannya dengan membuat urutan atau gosok secara lembut di wajah selama 3-5 minit kemudian cuci hingga bersih barulah menggunakan cleanser.

Untuk check KKM no berdaftar NOT710602683K - Boleh search TRUE ISLAND HONEY BEE ALMONDS GOMMAGE SMOOTHING GEL 

3. Honey Bee Nutri Cleansing Foam (RM58) - Face Cleanser

Pembersih muka ini mempunyai bau yang wangi. Ianya bertindak untuk menyingkirkan kotoran, sisa solekan dan cela tanpa mengeringkan kulit wajah. Teksturnya yang begitu lembut dan berkrim ini  memudahkan ia meresap ke dalam lapisan kulit dengan lancar.

Selain itu, ianya juga mempunyai kelebihan sebagai :

  • Membersih secara lembut
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menanggalkan kotoran/sisa makeup dengan berkesan
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Meremajakan kulit yang kusam
  • Membekalkan nutrisi yang baik untuk kulit (kolagen + vitamin)
  • Mengatasi kulit berminyak, berjerawat, parut, bintik hitam & liang pori terbuka
  • Menjadikan kulit lebih segar, anjal dan tegang
Tekstur HB Cleansing Foam

Selepas menggunakan skrub, barulah WA menggunakan cleanser untuk mencuci dan membersihkan kulit wajah dari segala kotoran. WA apply cleanser ini setiap pagi dan malam setiap hari supaya kulit tidak kusam dan sentiasa berseri-seri.

Untuk check KKM no berdaftar NOT161103783K - Boleh search TRUE ISLAND HONEY BEE NUTRI CLEANSING FOAM

4. Honey Bee Venom Multi Solution Cream (RM78) - Moisturizer

Dalam set Honey Bee, WA suka sangat dengan moisturizer ini. WA dah pakai moisturizer ini sejak setahun yang lepas masa mula-mula produk True Island dibawa masuk oleh NAFURA. Moisturizer ini juga boleh berfungsi sebagai makeup base sebelum start makeup bagi melembapkan kulit tanpa mengeringkan kulit wajah.

Moisturizer HB Venom ini sangat terkenal tau, dan ramai dah tahu kelebihan dan fungsi-fungsi yang ada di dalamnya. Antaranya :

  • Melembab dan menggebukan kulit
  • Merawat jerawat dan parut
  • Menyembuhkan luka melecur
  • Menghilangkan sunburn
  • Mencerah dan menganjalkan kulit
  • Boleh dipakai pada waktu siang dan malam
  • Selamat digunakan serta tidak mengandungi minyak mineral, paraben @ benzophenone 4
  • Bertindak sebagai anti aging
Buat pengetahuan anda semua, moisturizer HB Venom ini sesuai untuk yang berkulit sensitif, normal dan kering. Tapi tidak sesuai untuk yang kulit berminyak.

Tekstur HB Venom pekat dan lembut

Krim pelembap ini mempunyai tekstur yang pekat dan lembut, malah berupaya untuk menghalus dan menganjalkan kulit wajah dengan sempurna. Walaupun ianya kelihatan pekat tetapi ia tidak meleket seperti krim pelembap jenama lain. Baunya yang wangi sangat memikat hati, kalau boleh rasa nak makan jer. Hehehe...

Untuk penggunaan moisturizer HB Venom ini, WA menggunakannya sebagai makeup base sebelum makeup supaya kulit muka lebih lembap dan tidak kering. Boleh tahan setahun penggunaan sebab WA hanya calit sedikit sahaja. Jika anda kerap guna kerana berkerja, mungkin boleh tahan dalam 4-6 bulan. Berbaloi sangat kan? 

Pada waktu malam WA akan calitkan sedikit krim ini sebelum tidur bagi melembapkan kulit semasa kulit tengah berehat. Jika anda mempunyai jerawat, cuba calitkan sebelum tidur dan bangun esok pagi jerawat pasti akan kecut! WA dah pernah mencubanya dan ianya berkesan pada WA! 

Kejappppp.... Dengar-dengar HB Venom Cream ada yang fake? Betul ke? iyee, betul... jahat yang buat fake tu kan. Tapi anda semua jangan risau sebab senang je nak kesan mana yang ori dan fake.
Packaging di kotak dan bekas moisturizer ini boleh lihat dengan jelas bahawa ianya tiada huruf M. Malah boleh dilihat dibawah tulisan expired dan kod bawah tarikh kelihatan serong serta kecil berbanding yang fake. Malah tulisannya juga lebih padat dan nampak rapi berbanding yang fake kelihatan besar melebar. Dan akhir sekali, warna krim yang original lagi pekat kekuningan berbanding yang fake.

Untuk check KKM no berdaftar NOT161003914K - Boleh search TRUE ISLAND HONEY BEE VENOM MULTI SOLUTION CREAM 


Untuk dapatkan produk True Island, anda bolehlah dapatkan di NAFURA dan cari agen-agen/stokis sah Nafura yang menjual produk Honey Bee True Island ini. Atau anda bolehlah hubungi stokis sah dari Nafura iaitu Puan Ayu di talian 012-3645407 atau di instagram beliau www.instagram.com/ayuqistinabeauty/