ALTHEA KOREA BBO SONG BOX | Hello gaiss! Pernah dengar tentang Althea? Peminat Korea mesti dah tahu. Jika anda belum tahu lagi mengenai Althea, mari WA kenalkan kepada anda. Apa itu Althea??

Althea  merupakan salah satu laman website K-Beauty yang terkemuka dipelosok dunia seperti Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand, United State, Malaysia dan juga negara-negara yang lain. Kesemua barang-barang yang diterbangkan adalah dari Korea dan 100% authentic. Fans K-Beauty bolehlah shopping melalui Althea tanpa menunggu pre-order yang lama berbulan-bulan sedangkan dengan Althea hanya perlu menunggu dalam masa seminggu dua sahaja!

Selalunya Althea akan mengeluarkan limited edition Althea Beauty Boxes dikalangan fans dan ternyata ianya sangat laku dan cepat sold out! Wow, menarik kan? Mana taknya kerana setiap box akan ada 5-7 full size items produk dengan harga jimat. Kali ini Althea mengeluarkan satu box istimewa.. ??

Althea Bbo Song Skin Box
Althea beauty box Bbo Song adalah untuk kulit kelihatan lembut seperti bayi (Baby Soft Skin Look). Tapi kenapa ia dipanggil dengan Bbo Song? Bobo Song ke? Tentulah bukan.. Buat pengetahuan semua, di dalam bahasa Korea, 'Bbo Song' bermaksud kulit yang lembut. Jadi, bila guna beauty box Bbo Song ni confirm kulit selembut bayi!


Untuk Bbo Song box, terdapat 6 full size items didalamnya  yang terdiri daripada :
  1. Nakeup Face Coverking Powder Cushion #22 Silky Cover
  2. Innisfree No Sebum Powder Cream
  3. The Saem Saemmul Single Blusher #PK01 Bubble Gum Pink
  4. Petitfee Hate U! Red Spot Sulfur Powder
  5. Skinfood Choco Eyebrow Powder Cake
  6. W.Lab Sebum Out Oil Control Mist
Lets watch my video unboxing Bbo Song Box!


1. Innisfree No Sebum Powder Cream


Fungsi krim sebum ini bertindak sebagai krim 3 in 1 iaitu sebagai sebum control, moisturizer dan juga primer. Jadi, anda dah tak perlu asingkan lagi satu per satu, jimat bukan? Memang jimaaaatttt!
  • Sebum Control : Mengendalikan minyak dan sebum di kawasan T-zon di muka dan biarkan kulit terhidrasi. Sangat sesuai digunakan untuk semua musim.
  • Moisturizer : Melembabkan kulit muka supaya tidak terlalu kering dan sentiasa terhidrasi.
  • Primer : Dengan pengawalan sebum dan moisturizer, ia akan membuatkan makeup lebih tahan lama. Ia bertindak sebagai primer muka dimana ia mengalir di kulit muka dan kelihatan lebih jelas.
My Review / Result :

First impression WA menggunakan sebum ini, memang WA tak nafikan memang best! Serius! Ini kali pertama WA cuba krim yang 3 in 1 yang mempunyai bahan yang lengkap sebagai sebum control, moisturizer dan primer. First cuba memang ia kelihatan sedikit oily, tapi apabila ia meresap ke kulit, muka kelihatan lebih bermaya dan lembut. 

Rating : 5/5 star

2. Nakeup Face Coverking Powder Cushion


Jika anda inginkan hasil makeup yang soft tapi kulit anda jenis berminyak, maka Nakeup Face Coverking Powder Cushion jawapannya.  Ia memang sesuai untuk kulit berminyak. Disamping itu, ianya juga dapat cover semua cela di muka, liang-liang pori yang terbuka dan juga kedutan di muka. 

Kelebihan Nakeup Face Coverking Powder Cushion :
  • Coverage yang sempurna dari concealers - Dengan satu sentuhan, semuanya hilang!
  • Tahan lebih kurang 19 jam walaupun berpeluh dan menangis tanpa sebarang gangguan
  • Memberi kelembapan berganda dengan menggunakan Cherry Blossom water
  • Soft finishing - Serbuk mikro cahaya  tambahan hanya menyerap minyak di kulit
  • Bertindak sebagai pemutihan, memperbaiki kedutan dan menyekat sinaran ultraviolet
Cushion ini ada 3 kod tapi yang available kod #22 Silky Cover

My Review / Result :

Nampak tak perbezaan sebelum dan selepas WA cuba buat di muka? Jika gambar sebelum kelihatan sedikit gelap dan tona kulit tak sekata, manakala gambar selepas kelihatan lebih cerah dan look fresh. Pada permulaan sapuan, ianya akan kelihatan seperti basah dan glowing muka tapi WA suka sangat sebab ia tak mengeringkan powder cushion tersebut di muka setelah beberapa jam kemudian. Ada sesetengah cushion bila kita apply, ia mengeringkan kulit muka tapi tidak untuk Nakeup Face Coverking Powder Cushion!

Rating : 4.5/5 star

3. Petitfee Hate U! Red Spot Sulfur Powder


Petitfee Hate U Red Spot Sulfur Powder membantu untuk menyamarkan kesan red spot seperti jerawat. Serbuk sulfur yang terdapat di dalamnya bertindak sebagai menghalang jerawat dari menjadi bintik gelap.

Terdapat 2 bahan iaitu lapisan cecair dan juga serbuk. Kedua-dua lapisan ini membantu mengawal sebum dan kesan merah. Jika anda ada jerawat, cepat-cepat apply red spot sulfur powder ini kerana ia dapt mengecutkan jerawat dengan cepat.

My Review / Result :

Sejujurnya, first time WA cuba sulfur powder yang dapat mengecutkan jerawat. Kebetulan dekat hidung WA baru sahaja muncul satu jerawat. Apabila WA cuba apply di kawasan red spot tersebut, ia dapat menyamarkan red spot dan membantu mengecutkan jerawat! Sangat puas hati dengan sulfur powder ini.

Rating : 4.5/5 star

4. Skinfood Choco Eyebrow Powder Cake


Inilah masanya untuk anda praktis belajar melukis bingkai kening. Didatangkan dengan duo warna iaitu Grey Black beserta berus alis kening, dapatkan kening semula jadi dengan Skinfood Eyebrow Powder Cake untuk lengkapkan look anda. 

Diperbuat dari koko semula jadi yang terdapat di dalam produk, maka terhasillah makeup look coklat semula jadi tanpa warna yang terang. Bahkan, dengan size yang kecil ini membolehkan anda bawanya kemana sahaja dan melukis kening dengan senang hati.

My Review / Result :

Warna yang lembut semula jadi but very pigmented! Yelah, kadang-kadang ada jenis eyebrow powder bila kita nak apply mesti serbuk bertaburan. Tapi Skinfood Eyebrow Powder Cake ini tidak! Memang sangat semula jadi seperti kening orang Korea. Tengoklah gambar swatches di atas. Lembut je kan warnanya. Tapi pigmented tau! Masa WA first apply kat kening dalam video, so nice color dia. Tak terlalu pekat warna coklatnya. Dan tak terlalu hitam.

Rating : 4/5 star

5. The Saem Saemmul Single Blusher


Blusher yang diperbuat dari serbuk halus ini menghasilkan warna-warna yang semula jadi untuk membuatkan makeup anda lebih natural dan sempurna. Ia direka dengan bentuk bukat kecil dan mempunyai warna yang pigmented. Untuk kod Bubble Gum , warna warm pink cerah sangat sesuai untuk anda yang ingin kelihatan sihat dan berseri.

My Review / Result :

WA seorang pecinta blusher. Jadi WA sangat menitikberatkan mengenai blusher. Kalau boleh WA nak pilih yang jenis warnanya terang tapi tahan lama dan pigmented. Jadi WA cuba buat swatch di tangan dan resultnya memang best sangat.Itu baru secalit sahaja, belum lagi apply di pipi. Blusher ini nak apply guna tangan boleh, guna berus pun boleh. Lovee sangat!

Rating : 5/5 star

6. W Lab Sebum Out Oil Control Mist


Sebum ini mengandungi serbuk yang dapat menyerap paras lebihan minyak dan sebum pada kulit disamping melegakan dan membersihkan kulit yang bermasalah. Dengan 45% kandungan ekstrak daun teh, ia memberi penghidratan kepada kulit dan mengawal sebum yang berlebihan. Manakala, 15 jenis yang menggunakan serbuk penyerap dan bahan sayuran untuk menyerap sebum untuk menyesuaikan air dan keseimbangan minyak.

Sebelum guna, goncang botol tersebut dengan sebati dan hendaklah menutup mata ketika hendak menyembur. Dan anda akan merasai kulit menjadi segar dan sejuk.

My Review / Result :

Perbezaan antara sebelum dan selepas jelas kelihatan dimana sebelum semburan sebum mist ini, kulit kering manakala selepas semburan ia kelihatan lebih fresh dan terasa sejuk dimuka disamping ia dapat memberi kelembapan pada kulit. Untuk sebum ini, WA lebih selesa semburan ketika sebelum atau selepas makeup bagi mengawal pengeluaran minyak di muka atau WA akan sembur ketika cuaca terasa terik dan kulit berminyak. Memang berkesan! Dahlah dapat kawal kulit dari berminyak, muka pun terasa segar dan sejuk je. So Nice!

Rating : 5/5 star



Inilah hasil makeup Wawa dengan menggunakan 6 full size items yang terdapat didalam Althea Bbo Song Box. Kulit terasa smooth like a baby dan sangat senang nak apply dengan hanya menggunakan 6 item sahaja. Untuk melihat full video menggunakan bahan didalam box ini, anda bolehlah  klik link ini - FULL VIDEO 

Setakat ini, WA sangat berpuas hati dengan kehadiran Althea Bbo Song Box. Dan rasa tak sabar untuk mencuba box yang lain. Yelah, setiap bulan Althea akan mengeluarkan 2-3 beauty box untuk fans K-Beauty. Tapi selalu sangat cepat sold out tau. Jadi, kalau anda tak nak terlepas peluang emas ini, cepat-cepatlah order Althea Bbo Song Box ini atau beauty box yang lain. Click Althea untuk shopping sakan !

Info selanjutnya boleh layari laman berikut :