Cream to Powder Foundation | Untuk pertama kalinya, Wawa buat review mengenai barang kecantikan iaitu foundation. Sebab apa? Kadang-kadang tak serasi dengan kulit, kadang-kadang ambil masa untuk serasi. Untuk permulaan Wawa menggunakan Okaya Cream to Powder Foundation, memang tak serasi. Tapi lama-lama menjadi sebati dengan kulit muka.
Betullah orang kata, kalau kita pandai blend memang akan menjadi. Sebab itu, pentingnya belajar ilmu makeup ini. Wawa mencari mana silapnya teknik Wawa dan akhirnya Wawa telah jumpa masalah yang Wawa hadapi untuk sesuaikan diri menggunakan Okaya Foundation.
Untuk review kali ini, Wawa takkan menerangkan fungsi dan kelebihan foundation tetapi ia lebih kepada testimoni dari Wawa sendiri sepanjang menggunakannya. Anda semua boleh google kelebihan atau kegunaan Okaya Foundation.
Untuk yang kaki makeup, memang ramai sudah mengenali foundation ini kerana telah diviralkan oleh MUA-MUA Malaysia untuk diguna pakai dalam hasil solekan mereka. Keistimewaan Okaya Foundation kali ini adalah, ia dicipta dalam bentuk cream to powder dimana berfungsi sekali sebagai powder tanpa memakai bedak boleh juga. Kebanyakkan foundation dicipta dalam bentuk cecair atau liquid tetapi kali ini, foundation bertaraf local tempatan dicipta dalam bentuk cream to powder.
Kenapa Dalam Krim Ada Bintik-Bintik Hitam?
Akan tetapi, ramai menyuarakan dan bertanya mengapa dalam krim tersebut ada bintik-bintik hitam dan putih seperti berkulat? Jangan khuatir! Ini kerana, bintik-bintik hitam dan putih yang terdapat di dalam Okaya Foundation tersebut sememangnya kilang membuatnya sebagai warna di dalam krim. Jadi ianya selamat digunakan dan bukannya kulat tau.
Masa mula-mula Wawa beli pun terfikir macam itu juga, tapi setelah Wawa tanya pada mereka-mereka yang telah menggunakannya, ternyata ianya hanya sebagai warna di dalam krim tersebut sahaja. Fuhhh! lega sikit hati. Hehehe..
Cara Yang Betul Untuk Blend Okaya Foundation
Okay, memandangkan ramai juga tanya Wawa bagaimana nak blendkan Okaya Foundation dengan cara yang betul? Sebab bila guna je bercapuk, asal berpeluh je terus buruk muka. Kalau ikutkan, memanglah geram kan, tapi ada tak anda terfikir adakah cara anda itu betul?
Mungkin untuk yang dah pro atau pandai tidak jadi masalah guna teknik macam mana sekalipun atau bergantung pada keadaan kulit juga. Jika kulit normal bersih tiada masalah. Tapi yang kulit bermasalah perlu kena ada teknik yang betul.
Paling tidak anda perlu memakai moisturizer kemudian primer as makeup base. Kemudian, barulah letak sedikit argan oil (apa-apa jenama) dan barulah blendkan foundation dengan flat brush atau pun dengan beauty blender sponge. Atau jika anda kesuntukan masa, hanya titik sedikit argan oil/I-Flawless di muka atau foundation kemudian blend sampai jadi.
Okaya foundation tidak memerlukan krim yang banyak. Hanya calit sikit-sikit di muka dan blendkan ia sehingga jadi rata di bahagian muka.
Gambar di atas adalah contoh salah satunya dari gambar Wawa mengenakan Okaya Foundation. Wawa hanya menggunakan hanya secalit di setiap bahagian muka dan blendkan dengan beauty blender sponge. Alhamdulillah, menjadi juga. Mula-mula lihat memang macam tepung kurma sebab putih melepak. Yelah, cream to powder kan mau nampak putih. Hehehe. Selepas touch up dengan yang lain-lain dapatlah look simple macam ini.
Jika ada sebarang pertanyaan atau anda berminat untuk membelinya, bolehlah layari :
Facebook : OKAYA Malaysia
Instagram : @okayabeauty
17 Comments
saya pun pengguna okaya best je guna
ReplyDeletekan...best sangat guna okaya.. kalau nak cepat wawa apply okaya je...
Deletecantik! okaya ni mmg tenagh femes.. mua banyak guna ni .
ReplyDeleteyup..memang tengah famous, dah terlebih famous :D
Deletecantiknya kak wawa pakai. dia kesat tak tekstur ?
ReplyDeleteThank you..
DeleteTak kesat..kalau nak makeup smooth senang blend, letak argan oil
cantik wawa..teringin juga pakai okaya..tp baru lepas beli foundation lain...next time la try okaya
ReplyDeleteyup..okaya sesuai utk kulit org berminyak...
Deletedengar cite best okaya ni selepas fondesen RT.. tp tk cuba lagi hehe
ReplyDeleteyup....mmg best...kalau tak pandai guna RT, boleh try okaya :)
DeleteFamous juga foundation okaya ni..ramai yang pakai kan.
ReplyDeleteaah famous kak... ramai MUA yang guna okaya ni...
Deletekan....okaya ni best juga...masa mula2 je pakai mcm xbtul..hahaha...
ReplyDeleteNak tanya.. wawa masih guna cream to powder ni ke? Sblom wawa apply, wawa apply apa dlu? Wawa punya kulit berminyak ke? Sy teringin nk beli tp kulit sy berminyak sgt..huhu
ReplyDeletehi sis... saya dah tak guna dah sebab saya lebih prefer fd yang jenis liquid.. masa pakai okaya ni, sebelum pakai fd cream okaya, wawa just prep skin dulu dgn moisturizer dan primer.. kulit wawa dulu cpt berminyak. skrg more to normal-dry...
DeleteMne lbih baik fd liquid or cream to powder ye,untuk oily skin
ReplyDeleteyang liquid okaya xpernah try lagi jd xtau mana yg ok. hehehe..
DeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)