Contact Lens Dari Horien Eye Secret | Mungkin anda merupakan salah seorang pemakai tegar kanta lekap atau contact lens. Begitu juga dengan Wawa yang mula memakai contact lens berumur 18 tahun lagi. Bukan niat memakai untuk kelihatan cantik, tapi lebih selesa memakai tudung tanpa memakai cermin mata. Ini kerana ia membuatkan kelihatan tidak sesuai dengan muka lebar Wawa. Hehehehe....

Sebelum-sebelum ini Wawa pernah share pengalaman Wawa memakai contact lens berwarna brown iaitu lebih kepada mata natural orang Barat. Tetapi, kali ini Wawa nak kongsikan penggunaan contact lens yang berwarna kepada anda pula.

APA ITU HORIEN EYE SECRET?
Anda pernah dengar HORIEN EYE SECRET? Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang belum pernah lagi jenama ini. HORIEN EYE SECRET mempunyai syarikat iaitu Horien Optic (Malaysia) Sdn Bhd sebagai pengeluar dan pengedar kanta lekap dan produk penggunaan kanta lekap di bawah jenama Eye Secret, yang dikilangkan oleh Yung Sheng Optical Co. Ltd di Taiwan.

KENAPA JARANG DENGAR JENAMA INI? 
Atau aku yang ketinggalan tahu tentang jenama ini? Hahaha! Sebenarnya, jenama HORIEN EYE SECRET telah dikenali di Malaysia dan kebanyakkannya ramai yang menggunakan jenama ini. Seriuslah wei?! Serius sebab ramai juga sahabat-sahabat di facebook menyatakan yang mereka pengguna jenama ini! Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana HORIEN EYE SECRET telah mendapat pengiktirafan dari ISO9001-2008, Japan's FMA, European CE and Taiwan GMP.


Untuk contact lens penggunaan 3 bulan dari HORIEN EYE SECRET, terdapat 6 jenis warna iaitu Madrid Grey, Kiev Blue, Berlin Gold, Vancouver Pink, New York Green dan Rome Grey. Lens ini diperbuat dari material polymacon dan teknologi warna Bio-Molecule BMW Wrap (BMW) bagi memastikan warna tambahan tidak terlepas dari mata. Dengan adanya bahan tersebut, ia untuk mencipta warna yang lebih terang dan jelas dengan permukaan kanta yang nipis dan licin.


Kali ini, Wawa mencuba 3 color iaitu Kiev Blue, Berlin Gold dan Vancouver Pink. Satu kotak ada 2pcs untuk power yang sama. Contact lens penggunaan 3 bulan ini mempunyai 38% kandungan air bagi membuatkan mata akan berasa lebih selesa dan tidak kering walaupun melebihi 8 jam pemakaian. Bukan itu sahaja, walaupun ianya bersaizkan diameter 14.2mm (mengikut standard saiz), tetapi anak mata akan nampak lebih besar seperti memakai lens yang berdiameterkan 16mm. Menarik kan??
KANDUNGAN PRODUK 
Untuk kandungan produk HORIEN EYE SECRET 38% 3 Months Color Contact Lens adalah :
  • Material : Polymacon
  • Diameter : 14.2mm
  • BC : 8.7mm
  • SPH : 0.00, -1.00 ~ 6.00 (0.25 steps), -6.00 ~ 8.00 (0.50 steps)
  • Sodium Hyaluronate & Trehalose
  • BMW 3D Wrap Technology
  • UV Protection Function
  • Artificial Intellectual
  • Bigger Tinted Area
  • 7-9mm Wide Optic Zone
REVIEW OLEH WAWA

Nampak tak perbezaan mata Wawa tu? Nampak besar kan walhal saiz hanya 14.2mm diameter sahaja. Memang best sangat pakai contact lens dari HORIEN EYE SECRET ini. Wawa pakai dari pagi hingga ke lewat petang dari Batu Pahat ke Johor Bahru sangatlah selesa tak rasa macam pakai contact lens biasa tu.

Vancouver Pink 


Ini adalah look Wawa mengenakan color Vancouver Pink. Cantik tak mata? Nampak natural je tak seperti lens berwarna yang lain kalau pakai pink, dari jauh dah nampak color pink! Hehehe...

Kiev Blue


Ini pula look Wawa menggayakan warna Kiev Blue. Wow, Seriusss!! Jarang lens berwarna biru nampak natural macam ini dengan design sebegini. Wawa pernah pakai lens color biru jenama apa tak ingat, tapi bila pakai kat mata kenapa nampak macam mata hantu? Hahaha! By the way, cantiklah color ini.

Berlin Gold


Dan ini look Wawa menggunakan warna Berlin Gold. Auuww!! Wawa jatuh hati dengan color ini. Nampak shining gitu. Its shine like a diamond. Ewahhh!! Hahaha. Tapi memang cantik weii.. Tak tipu! Sebab warna-warna dia nampak sahaja terang tapi sebenarnya bila pakai dekat mata akan nampak lebih smooth je.


Nahh, Wawa bagi gambar secara zoom in lagi! Hehehe. Cantik kan? Tak tipu! Dahlah nampak natural je, sedap dipakai tak rasa sakit, mata tak berair, tak merah, tak gatal-gatal tapi rasa makin selesa walaupun guna berjam-jam sebab ia mempunyai 38% kandungan air!

Anda berminat ingin dapatkannya? Boleh layari HORIEN EYE SECRET di :